1 Samuel 20

1 Samuel 20

1Dan Daud melarikan diri dari Nayot di Rama, dan datang dan berkata di hadapan Yonatan, Apakah yang telah dilakukanku? apakah kedurjanaanku? dan apakah dosaku di hadapan ayahmu, sehingga dia berusaha mencabut nyawaku?

2Dan Yonatan berkata kepadanya, Biar Allah melarangkannya; kamu tidak akan mati: lihatlah, ayahku tidak akan berbuat apa-apa baik besar mahupun kecil, tetapi apa yang akan ditunjukkannya kepadaku: dan mengapakah ayahku menyembunyikan hal itu daripadaku? ia bukan demikian.

3Namun Daud bersumpah, dan berkata, Ayahmu sudah pasti tahu bahawa aku telah peroleh perkenan di matamu; dan dia berkata, Janganlah Yonatan mengenal hal ini, supaya jangan dia didukakan: tetapi benar-benar sementara TUHAN hidup, dan sementara jiwamu hidup, tinggalnya satu langkah lagi di antara diriku dengan maut.

4Kemudian Yonatan berkata kepada Daud, Barang apa yang diingini jiwamu, aku pun akan melakukannya bagimu.

5Dan Daud berkata kepada Yonatan, Lihatlah, esok ialah bulan baru, dan aku tidak terlepas untuk duduk bersampingan raja untuk makan: tetapi biarlah aku pergi, supaya aku dapat menyembunyikan diriku di ladang sampai hari ketiga pada waktu petang.

6Jika ayahmu sama sekali merinduiku, maka berkata, Daud dengan sungguh-sungguh mohon cuti daripadaku supaya dia dapat pergi ke Betlehem, kotanya: sebab ada korban tahunan di sana bagi segenap keluarganya.

7Jika dia berkata, Itu elok; maka hambamu akan ada damai sejahtera: tetapi jika dia sungguh murka, maka ketahuilah dengan pasti bahawa celaka diniatkan dirinya.

8Oleh sebab itu, kamu akan berbudi kepada hambamu; kerana kamu telah membawa hambamu ke dalam waad TUHAN bersama dirimu: Walau bagaimanapun, jika adanya di dalam diriku kedurjanaan, biar kamulah yang membunuh diriku; sebab mengapakah harus kamu membawaku kepada ayahmu?

9Dan Yonatan berkata, Biar itu jauh daripada dirimu: sebab jika aku tahu dengan pasti bahawa celaka telah diniatkan oleh ayahku untuk ditimpa pada dirimu, maka tidakkah aku memberitahu itu kepadamu?

10Kemudian Daud berkata kepada Yonatan, Siapakah yang akan memberitahuku? atau bagaimana pula jika ayahmu menjawabmu dengan kasar?

11Dan Yonatan berkata kepada Daud, Marilah, dan biar kita keluar ke padang. Dan mereka berdua pergi ke padang.

12Dan Yonatan berkata kepada Daud, Ya TUHAN Allah Israel, ketika aku telah memeriksa ayahku pada bila-bila masa hari esok, atau pada hari ketiga, dan melihat adanya kebaikan terhadap Daud, dan aku tidak mengutus orang kepadamu, dan menunjukkan itu kepadamu;

13Maka TUHAN berbuat demikian dan lebih banyak lagi kepada Yonatan: tetapi jika ia menyenangkan ayahku untuk melakukan celaka kepada dirimu, maka aku akan menunjukkannya kepadamu, dan mengutusmu jauh, supaya kamu dapat pergi dengan damai sejahtera: dan TUHAN berada bersamamu, seperti yang telah TUHAN berada bersama ayahku.

14Dan kamu akan bukan sahaja ketika aku hidup menunjukkan kepadaku kemurahan TUHAN, supaya aku tidak mati:

15Tetapi juga kamu tidak akan memutuskan kemurahanmu daripada rumah tanggaku untuk selamanya: jangan, malah jangan pun ketika TUHAN telah memutuskan setiap musuh Daud dari muka bumi.

16Maka Yonatan membuat waad dengan rumah tangga Daud, dengan berkata, Biarlah TUHAN menuntutnya di tangan musuh-musuh Daud.

17Dan Yonatan menyebabkan Daud untuk bersumpah sekali lagi, kerana dia mengasihinya: sebab dia mengasihinya seperti mengasihi jiwa sendiri.

18Kemudian Yonatan berkata kepada Daud, Hari esok ialah bulan baru: dan kamu akan dirindui, kerana tempat dudukmu akan kosong.

19Dan sesudah kamu berdiam untuk tiga hari, kamu kemudian akan turun dengan lekas, dan pergi ke tempat yang kamu menyembunyikan diri pada waktu urusan berlangsung, dan akan mengekalkan diri di batu Ezel.

20Dan aku akan memanahkan tiga anak panah ke sampingnya, akan seperti aku telah memanah ke suatu sasaran.

21Dan, lihatlah, aku akan mengutus seorang budak lelaki, dengan berkata, Pergi carilah anak-anak panah itu. Jika aku dengan terang-terang berkata kepada budak lelaki itu, Lihatlah, anak-anak panah berada pada sebelah dirimu ini, ambillah; maka kamu datang: sebab ada damai sejahtera kepadamu, dan bukan ancaman; sementara TUHAN hidup.

22Tetapi jika aku berkata demikian kepada budak lelaki itu, Lihatlah anak-anak panah jauh daripadamu; maka pergilah menurut jalanmu: sebab TUHAN telah mengutus kamu pergi.

23Dan bagi hal yang telah dibicarakan dirimu dan diriku, lihatlah, TUHAN berada di antara diriku dan dirimu untuk selamanya.

24Maka Daud menyembunyikan dirinya di padang: dan sesudah datangnya bulan baru, raja duduk untuk makan.

25Dan raja itu duduk di tempatnya seperti dahulu, bahkan pada tempat duduk dekat dinding: dan Yonatan berdiri, dan Abner duduk di sebelah Saul, dan tempat Daud sudah kosong.

26Walau bagaimanapun Saul tidak menyatakan apa pun pada hari itu: kerana Saul memikir, Sesuatu mungkin telah menimpa dirinya, dia tidak tahir; tentulah dia tidak tahir.

27Dan terjadilah pada hari keesokan, yang merupakan hari yang kedua bulan itu, bahawa tempat duduk Daud kosong: dan Saul berkata kepada Yonatan, anak lelakinya, Mengapakah anak kepada Isai tidak datang untuk makan, baik pada hari semalam mahupun pada hari ini?

28Dan Yonatan menjawab Saul, Daud dengan sungguh-sungguh mohon cuti daripadaku untuk pergi ke Betlehem.

29Dan dia berkata, Biarlah aku pergi, aku mohon kepadamu; sebab keluarga kami ada korban di kota; dan saudaraku, telah mengarahkanku untuk berada di sana: dan sekarang, jika aku menemui perkenan di matamu, biar aku pergi, aku mohon kepadamu, untuk menziarahi saudara-saudaraku. Oleh sebab itu, Daud tidak berada di meja makan raja.

30Kemudian kemarahan Saul ternyala terhadap Yonatan, dan dia berkata kepadanya, Kamu anak kepada perempuan yang babil dan yang pemberontak, tidakkah kutahu bahawa kamu telah memilih anak Isai sampai kamu sendiri keliru, dan sampai kepada kekeliruan ketelanjangan ibumu?

31Sebab selama anak kepada Isai itu hidup di bumi, kamu tidak akan dimantapkan, dan juga kerajaanmu. Lantaran itu, utuslah sekarang dan bawalah dia kepada ku, sebab dia pasti akan mati.

32Dan Yonatan menjawab Saul, ayahnya, dan berkata kepadanya, Mengapakah dia harus dibunuh? Apakah yang dilakukannya?

33Dan Saul melemparkan tombak kepada Yonatan untuk membunuhnya: dengan itu Yonatan tahu bahawa ayahnya sudah berniat untuk membunuh Daud.

34Maka Yonatan bangkit dari meja dengan kemarahan yang ganas, dan tidak makan daging pada hari kedua bulan itu: sebab dia berduka untuk Daud, kerana ayahnya telah mengaibkan Daud.

35Dan terjadilah pada waktu pagi, bahawa Yonatan pergi ke padang pada masa yang telah ditentukan dengan Daud, dan seorang budak lelaki ada bersamanya.

36Dan Yonatan berkata kepada budak lelaki itu, Larilah, dan carilah anak-anak panah yang kupanahkan. Dan sementara budak lelaki itu berlari, Yonatan memanah sebatang anak panah mendahului budak itu.

37Dan sesudah budak lelaki itu sampai ke tempat anak panah yang dipanahkan Yonatan, Yonatan berseru kepada budak lelaki itu, dan berkata, Bukankah anak panah itu jauh daripadamu?

38Dan Yonatan berseru kepada budak kecil itu, Lekaslah dirimu, bergegas, dan jangan kekal berdiri. Dan budak lelaki Yonatan mengumpulkan anak-anak panah itu, lalu kembali kepada tuannya.

39Tetapi budak lelaki itu tidak tahu apa-apa: hanya Yonatan dan Daud mengenal hal-hal itu.

40Dan Yonatan memberi senjatanya kepada budak lelakinya, lalu berkata kepadanya, Pergi, bawanya ke kota.

41Dan sebaik sahaja budak lelaki itu sudah pergi, Daud bangkit dari tempatnya menghala ke selatan, lalu jatuh tersungkur ke tanah, dan menyujud diri tiga kali: dan mereka mencium satu sama lain, lalu menangis dengan satu sama lain, sampai Daud melebihi.

42Dan Yonatan berkata kepada Daud, Pergilah dengan damai sejahtera, sebanyak semana kita berdua telah bersumpah dalam nama TUHAN, dengan berkata, TUHAN berada di antara diriku dan dirimu, dan di antara benihku dan benihmu untuk selamanya. Dan dia bangkit dan berangkat pergi: dan Yonatan pulang ke kota.