1Dalam pada itu, orang Filistin mengumpulkan semua angkatan tentera mereka ke Afek: dan orang Israel mendirikan khemah di tepi mata air yang berada di Yizreel.
2Dan para tuan orang Filistin melintas lalu dengan pasukan-pasukan seratus, dan dengan pasukan-pasukan seribu: tetapi Daud dan orang lelakinya melintas lalu di barisan belakang dengan Akhis.
3Kemudian para penguasa orang Filistin berkata, Buat apa orang-orang Ibrani ini di sini? Dan Akhis berkata kepada para penguasa orang Filistin, Bukankah ini Daud, hamba kepada Saul, raja Israel, yang telah berada bersamaku hari-hari ini, atau tahun-tahun ini, dan aku tidak mendapati apa pun kesalahan di dalamnya sejak dia memihak kepadaku pada hari ini?
4Dan para penguasa orang Filistin beroleh murka terhadapnya; dan para penguasa orang Filistin berkata kepadanya, Buat orang ini pulang, supaya dia dapat pergi semula kepada tempat yang telah ditentukan baginya, dan biar dia tidak turun bersama kita ke dalam pertempuran, supaya jangan dalam pertempuran itu dia menjadi seteru pula kepada kita: sebab dengan apakah patut dia mendamaikan diri kepada tuannya? bukankah dengan memakai kepala-kepala orang-orang ini?
5Bukankah ini Daud, yang telah dinyanyikan mereka dengan tarian, dengan berkata, Saul telah membunuh beribu-ribu, dan Daud berpuluh-puluh ribu?
6Kemudian Akhis memanggil Daud, dan berkata kepadanya, Sudah tentu, sementara TUHAN hidup, kamu telah bersikap jujur, dan pemergianmu keluar dan kemasukanmu ke dalam bersama-sama diriku di angkatan tentera adalah baik di pandanganku: sebab aku tidak menemui kejahatan di dalam dirimu sejak hari kamu datang kepadaku sampai kepada hari ini: walau bagaimanapun para tuan tidak meredaimu.
7Lantaran itu, pulanglah, dan pergi dengan damai sejahtera, supaya kamu tidak menimbulkan ketidaksenangan para tuan orang Filistin.
8Dan Daud berkata kepada Akhis, Tetapi apakah yang telah dilakukanku? dan apakah yang telah ditemui kamu di dalam hambamu ini sepanjang waktu aku berada bersamamu sampai ke hari ini, sehingga aku tidak dapat pergi berlawan menentang musuh-musuh tuanku, yang raja?
9Dan Akhis menjawab dan berkata kepada Daud, Aku tahu bahawa kamu baik di pandanganku, seperti seorang malaikat Allah: namun begitu para penguasa orang Filistin telah berkata, Dia tidak akan naik bersama kita ke dalam pertempuran.
10Lantaran itu, bangunlah pada awal pagi dengan hamba-hamba tuanmu yang telah menyertaimu: dan sebaik sahaja kalian bangun pada awal pagi, dan ada cahaya, berangkatlah.
11Maka Daud dan para lelakinya bangun awal untuk berangkat pada waktu pagi, untuk pulang ke tanah orang Filistin. Dan orang Filistin pula naik ke Yizreel.