2 Korintus 3

2 Corinthians 3

1Adakah kami mulai lagi untuk mengesyorkan diri kami sendiri? atau perlukah kami, seperti sesetengah orang lain, surat-surat pengesyoran kepada kalian, atau surat-surat pengesyoran daripada kalian?

2Kalian merupakan surat kami yang tertulis dalam hati kami, yang dikenali dan dibaca oleh semua manusia:

3Sebanyak seperti kalian nyata-nyata diisytiharkan sebagai surat Kristus yang dilayani oleh kami, tidak tertulis dengan dakwat, tetapi dengan Roh Allah Yang Maha Hidup; bukan dalam loh-loh batu, tetapi dalam loh-loh hati yang daging.

4Dan kami ada kepercayaan sebegitu melalui Kristus terhadap Allah:

5Bukan seakan-akan kami bersecukupan dalam diri kami sendiri untuk memikir diri kami apa pun sendiri; tetapi kesecukupan kami adalah daripada Allah;

6Yang telah menjadikan kami para pelayan wasiat baru yang berkemampuan; bukan oleh surat hurufiah, tetapi oleh roh: sebab surat hurufiah membunuh, tetapi roh memberi hidup.

7Tetapi jika pelayanan maut, yang tertulis dan terukir dalam batu adalah mulia, sehingga bani Israel tidak dapat memandang terus kepada muka Musa kerana kemuliaan wajahnya; iaitu kemuliaan yang sudah harus dibuang:

8Bagaimana tidak mungkin pelayanan roh lebih mulia?

9Sebab jika pelayanan mengagih pengutukan itu mulia, betapa banyak lagi pelayanan mengagih kewajaran itu melebihi dalam kemuliaan.

10Sebab yang dijadikan mulia itu pun tiada kemuliaan dari segi ini, oleh sebab kemuliaan yang mengungguli.

11Sebab jika apa yang telah dibuang adalah mulia, betapa banyak lagi apa yang kekal adalah mulia.

12Maka memandangkan kita ada harapan yang demikian, kami memakai pertuturan yang sangat jelas:

13Dan bukan seperti Musa, yang telah menaruh selubung menutupi wajahnya, sehingga bani Israel tidak dapat memandang dengan cukup jelas kepada matlamat akhir apa yang telah dimansuhkan:

14Tetapi minda mereka dibutakan: sebab sampai hari ini kekal selubung yang sama yang tidak dikeluarkan dalam pembacaan wasiat lama; selubung yang telah dikeluarkan dalam Kristus.

15Tetapi sampai ke hari ini pun, ketika Musa dibaca, selubung itu ada pada hati mereka.

16Walau bagaimanapun ketika ia berpaling kepada Tuhan, selubung itu akan dikeluarkan.

17Dalam pada itu, Tuhan ialah Roh itu: dan di mana Roh Tuhan berada, di situ ada kemerdekaan.

18Tetapi kita semua, dengan muka yang tidak berselubung melihat seperti di dalam cermin kemuliaan Tuhan, diubahkan kepada gambar yang sama dari kemuliaan demi kemuliaan, melalui Roh Tuhan.