2 Samuel 14

2 Samuel 14

1Dalam pada itu, Yoab anak lelaki kepada Zeruya, menanggap bahawa hati raja merindui Absalom.

2Dan Yoab mengutus orang ke Tekoa, dan dari sana mendapatkan seorang perempuan yang berhikmah, dan berkata kepadanya, Aku mohon kepadanya, Berpura-puralah dirimu orang berkabung, dan kenakanlah pakaian berkabung, dan jangan mengurapi diri sendiri dengan minyak, tetapi jadilah seperti seorang perempuan yang telah lama berkabung untuk orang mati:

3Dan hadaplah raja, dan berbicara dengan cara ini kepadanya. Maka Yoab menaruh perkataan ke dalam mulut perempun ini.

4Dan apabila perempuan Tekoa itu berbicara kepada raja, perempuan itu rebah dengan mukanya ke tanah, dan membuat sujud hormat, lalu berkata, Tolong, ya raja.

5Dan raja itu berkata kepadanya, Apakah yang menyusahkanmu? Dan perempuan itu menjawab, Aku memang seorang balu, dan suamiku sudah mati.

6Dan hamba perempuanmu ini ada dua anak lelaki, dan mereka berkelahi sesama di ladang, dan tiada orang untuk memisahkan mereka, tetapi salah satu menyerang yang lain, lalu membunuhnya.

7Dan, lihatlah, seluruh keluarga itu bangkit menentang hamba perempuanmu itu, dan mereka berkata, Serahkanlah orang yang yang telah menyerang saudaranya, supaya kami dapat membunuhnya, bagi nyawa saudaranya yang telah dibunuhnya; dan kami akan membinasakan pewarisnya juga: dan dengan itu mereka akan memadamkan batu arang yang tertinggal, dan tidak akan meninggalkan bagi suamiku baik nama mahupun sisa di bumi ini.

8Dan raja itu berkata kepada perempuan itu, Pergilah ke rumahmu, dan aku akan memberi perintah berkenaan kamu.

9Dan perempuan Tekoa itu berkata kepada raja, Tuanku, ya raja, kedurjanaan ditanggung diriku, dan rumah tangga ayahku: dan raja dan takhtanya tidak bersalah.

10Dan raja berkata, Barang siapa berkata apa pun kepadamu, bawalah dia kepadaku, dan dia tidak akan mengusik kamu lagi.

11Kemudian dia berkata, aku mohon kepadamu, biarlah raja ingat TUHAN Allahmu, bahawa raja tidak akan mengizinkan para pembalas tumpahan darah untuk membinasa lagi, supaya jangan mereka membinasa anak lelakiku. Dan raja berkata, Sementara TUHAN hidup, sehelai rambut pun tidak akan jatuh ke bumi.

12Kemudian perempuan itu berkata, Biarlah hamba perempuanmu ini, aku mohon kepadamu, mengucapkan sepatah kata lagi kepada tuanku. Dan raja berkata, Ucaplah.

13Dan perempuan itu berkata, Maka mengapakah raja memikirkan hal sedemikian terhadap umat Allah? sebab raja telah membicarakan hal ini akan seperti seseorang yang telah berbuat salah, kerana raja tidak membawa pulang semula orangnya yang terbuang.

14Sebab kita pasti perlu mati, dan adalah seperti air yang tertumpah ke tanah, yang tidak dapat dikumpulkan semula; dan Allah tidak memandang bulu: namun dia membuka jalan, supaya orangnya yang terbuang tidak terusir daripadanya.

15Oleh sebab itu, kedatanganku untuk berbicara akan hal ini kepada tuanku raja, adalah kerana umat telah menjadikanku takut: dan hamba perempuanmu ini berkata, Aku akan berbicara sekarang kepada raja; mungkin terjadi bahawa raja akan melaksanakan permohonan hamba perempuannya ini.

16Sebab raja akan mendengar, untuk melepaskan hamba perempuannya ini dari tangan orang yang mahu membinasakanku dan anak lelakiku bersama supaya terputus daripada warisan Allah.

17Kemudian hamba perempuanmu ini berkata, Titah tuanku raja akan sekarang menenangkan hati: sebab seperti malaikat Allah, demikianlah tuanku raja dalam hal membeza-beza baik dan jahat: oleh sebab itu TUHAN Allahmu akan menyertaimu.

18Kemudian raja itu menjawab dan berkata kepada perempuan itu, Janganlah bersembunyi daripadaku, aku mohon kepadamu, hal yang akan ditanyaku kepadamu. Dan perempuan itu berkata, Biarlah tuanku raja berbicaralah sekarang.

19Dan raja berkata, Bukankah campur tangan Yoab berada bersamamu dalam segala hal ini? Dan perempuan itu menjawab dan berkata, Sementara jiwamu hidup, ya tuanku raja, tidak seorang pun dapat berpaling ke kanan atau ke kiri daripada segala apa yang telah diucapkan tuanku raja: sebab hambamu Yoab, dialah yang suruh aku, dan dia menaruh segala perkataan ini di dalam mulut hamba perempuanmu ini:

20Untuk mempersembahkan bentuk ucapan ini telah itu dibuat oleh hambamu Yoab: dan tuanku adalah berhikmah, dengan hikmah yang serupa malaikat, untuk mengenal segalanya yang ada di bumi.

21Dan raja itu berkata kepada Yoab, Lihatlah sekarang, aku telah melakukan hal itu: maka pergilah, bawalah kembali lelaki muda Absalom itu.

22Dan Yoab rebah dengan mukanya ke tanah, dan menundukkan dirinya, dan berterima kasih kepada raja: dan Yoab berkata, Pada hari ini hambamu tahu bahawa aku telah mendapat belas kasihan di pandanganmu, tuanku, ya raja, di dalam hal bahawa raja telah menggenapi permohonan hambamu ini.

23Maka Yoab bangkit dan pergi ke Gesur, dan membawa Absalom ke Yerusalem.

24Dan raja itu berkata, Biar dia berpaling ke rumahnya sendiri, dan biar dia jangan melihat mukaku. Maka Absalom kembali ke rumahnya sendiri, dan tidak melihat muka raja.

25Tetapi di seluruh Israel tidak seorang pun yang dipuji seperti Absalom bagi kecantikannya: dari telapak kakinya sampai kepada batu kepalanya tiada cacat padanya.

26Dan ketika dia menggunting rambutnya, (sebab setiap akhir tahun dia mengguntingnya: kerana rambutnya berat baginya, maka dia mengguntingnya:) dia menimbang rambut kepalanya pada berat dua ratus syikal menuruti timbangan raja.

27Dan bagi Absalom, dilahirkan tiga orang anak lelaki, dan satu anak perempuan, yang namanya Tamar: dia seorang perempuan yang ayu wajahnya.

28Maka Absalom berdiam genap dua tahun lamanya di Yerusalem, dan tidak melihat muka raja.

29Oleh sebab itu, Absalom mengutus orang untuk memanggil Yoab, supaya mengutusnya menghadap raja; tetapi Yoab tidak mahu datang kepada Absalom: dan sesudah Absalom mengutus orang pada kali kedua, Yoab tidak mahu datang.

30Oleh sebab itu, Absalom berkata kepada para hambanya, Lihatlah, ladang Yoab berdekatan ladangku, dan dia ada tanaman barli di sana; pergilah dan nyalakanlah api kepadanya. Dan para hamba Absalom menyalakan api kepada ladang itu.

31Kemudian Yoab bangkit, dan datang kepada Absalom di rumahnya, dan berkata kepadanya, Mengapakah para hambamu menyalakan api kepada ladangku?

32Dan Absalom menjawab Yoab, Lihatlah, aku mengutus orang kepadamu, dengan berkata, Datanglah ke mari, supaya aku dapat mengutusmu kepada raja, untuk berkata, Mengapakah aku datang ke sini dari Gesur? ia lebih baik bagi aku untuk masih berada di sana: oleh sebab itu, biarlah aku melihat muka raja; dan jika adanya apa pun kedurjanaan di dalam diriku, biarlah dia membunuhku.

33Maka Yoab datang kepada raja, dan memberitahu raja: dan sesudah dia memanggil untuk Absalom, dia datang kepada raja, dan menyujud dirinya dengan mukanya ke tanah di hadapan raja: dan raja itu mencium Absalom.