2 Samuel 15

2 Samuel 15

1Dan sesudah itu terjadilah, bahawa Absalom menyiapkan bagi dirinya pedati-pedati dan kuda, dan lima puluh orang utusan untuk berlari mendahuluinya.

2Dan Absalom bangun awal-awal, dan berdiri di tepi jalan pintu gerbang: dan terjadilah, bahawa ketika mana-mana pun orang yang ada pertikaian dan ingin menghadap raja untuk penghakiman, maka Absalom memanggilnya, dan berkata, Dari kota manakah kamu? Dan dia berkata, Hambamu dari salah satu suku kaum Israel.

3Dan Absalom berkata kepadanya, Lihatlah, hal-hal kamu adalah baik dan wajar; tetapi tiada orang yang telah dilantik untuk mewakili raja untuk mendengarmu.

4Tambahan pula, Absalom berkata, Oh sekiranya aku dijadikan hakim di negeri, supaya setiap orang yang ada apa pun perkara atau pertikaian boleh datang kepadaku, dan aku akan berbuat keadilan baginya!

5Dan terjadilah, bahawa ketika barang siapa datang mendekatinya untuk berbuat sujud hormat, dia menghulurkan tangannya, lalu mengambil orang itu dan menciumnya.

6Dan cara itu telah Absalom pakai terhadap seluruh Israel yang datang ke raja untuk penghakiman: maka Absalom mencuri hati orang-orang Israel.

7Dan terjadilah selepas empat puluh tahun, bahawa Absalom berkata kepada raja, aku mohon kepadamu, izinkanlah aku pergi dan bayar nazarku, yang telah kubernazar kepada TUHAN, di Hebron.

8Sebab hambamu bernazar sesuatu nazar sementara aku berdiam di Gesur di Siria, dengan berkata, Jika TUHAN memang membawaku semula ke Yerusalem, maka aku akan melayani TUHAN.

9Dan raja berkata kepadanya, Pergilah dengan damai sejahtera. Maka dia bangun, lalu pergi ke Hebron.

10Tetapi Absalom mengutus pengintip ke semua suku kaum Israel, dengan berkata, Sebaik sahaja kalian mendengar bunyi sangkakala, maka kalian akan berkata, Absalom bertakhta di Hebron.

11Dan Absalom disertai dua ratus orang dari Yerusalem, yang telah dipanggil; dan mereka pergi dengan ketulusan mereka, dan mereka tidak tahu apa-apa pun.

12Dan Absalom mengutus untuk memanggil Ahitofel, orang Gilo itu, penasihat kepada Daud, untuk datang dari kotanya, bahkan dari Gilo, sewaktu dia mempersembahkan korban-korban. Dan persubahatan ini sungguh kuat; sebab bilangan rakyat terus-menerus bertambah pada pihak Absalom.

13Dan datangnya seorang utusan kepada Daud, dengan berkata, Hati orang Israel telah condong kepada Absalom.

14Dan Daud berkata kepada semua hambanya yang ada bersamanya di Yerusalem, Bangkit, dan biar kita melarikan diri; sebab kita tidak akan terlepas daripada Absalom dengan apa pun cara yang lain: lekaslah bertolak, supaya jangan dia tiba-tiba memotong kita, lalu membawa celaka terhadap kita, dan memukul kota ini dengan mata pedang.

15Dan para hamba raja berkata kepada raja, Lihatlah, para hambamu, sudah siap untuk berbuat barang apa yang tuanku raja akan tentukan.

16Dan raja keluar, dan seisi rumah tangganya menurutinya. Dan raja meninggalkan sepuluh perempuan, yang merupakan gundik, untuk menjaga rumah.

17Dan raja keluar, dan semua orang menurutinya, dan berhenti di tempat yang jauh-jauh.

18Dan semua hambanya berlalu di samping dirinya; dan semua orang Kreti, dan semua orang Pleti, dan semua orang Gat, enam ratus orang yang mengikutinya dari Gat, berlalu mendahului raja.

19Kemudian raja berkata kepada Itai orang Gat itu, Mengapakah kamu juga turut bersama kami? kembalilah ke kawasanmu, dan berkekallah dengan raja: sebab kamu orang asing, dan juga orang buangan.

20Kamu baru kelmarin datang, maka patutkah aku pada hari ini menjadikanmu naik dan turun bersama kami? memandangkan aku pergi ke mana jua aku ingin, kembalilah kamu, dan bawa saudara-saudaramu balik: belas kasihan dan kebenaran berada bersamamu.

21Dan Itai menjawab raja, dan berkata, Sementara TUHAN hidup, dan sementara tuanku raja hidup, sudah pasti di mana jua tuanku, raja, berada, sama ada mati atau hidup, di situlah juga hambamu akan berada.

22Dan Daud berkata kepada Itai, Silalah maju dan berlalu ke seberang. Dan Itai, orang Gat itu, berlalu ke seberang, dan dengan semua lelakinya, dan dengan semua anak kecil yang ada bersamanya.

23Dan seluruh negara itu menangis dengan suara yang lantang, dan semua orang berlalu ke seberang: raja sendiri juga berlalu menyeberangi anak sungai Kidtron, dan semua orang berlalu ke seberang, menuju jalan ke padang gurun.

24Dan lihatlah, Zadok juga, dan semua orang Lewi yang ada bersamanya, sambil mengusung tabut waad Allah: dan mereka menurunkan waad Allah; dan Abiatar naik, sehingga semua orang sudah berlalu ke seberang ke luar dari kota itu.

25Dan raja berkata kepada Zadok, Bawalah balik tabut waad Allah ke dalam kota: jika aku telah menemui rahmat di mata TUHAN, dia akan membawaku kembali, dan menunjukkanku kedua-duanya, dan tempat kediamannya:

26Tetapi jika dia berkata sedemikian, Aku tiada kesukaan kepada dirimu; maka lihatlah, di sinilah diriku, biarlah dia berbuat kepada diriku apa yang dianggap elok kepadanya.

27Dan raja juga berkata kepada Zadok, imam itu, Bukankah kamu seorang pelihat? kembalilah ke dalam kota itu dengan damai sejahtera, dan dua anak lelakimu bersamamu, Ahimaas anak lelakimu, dan Yonatan anak lelaki kepada Abyatar.

28Lihatlah, aku akan berdiam di dataran padang gurun, sehingga datangnya khabar daripada kalian untuk mengesahkanku.

29Maka Zadok dan Abyatar membawa tabut waad Allah semula ke Yerusalem: dan mereka berdiam di sana.

30Dan Daud naik pendakian bukit Zaitun, lalu menangis sementara dia naik, dan menyelubungi kepalanya, dan dia berkaki ayam: dan semua orang yang ada bersamanya masing-masing menyelubungi kepala sendiri, dan mereka naik, sambil menangis ketika naik.

31Dan salah seorang memberitahu Daud, dengan berkata, Ahitofel adalah di antara orang pesubahat dengan Absalom. Dan Daud berkata, Ya TUHAN, aku mohon kepadamu, ubahkan nasihat Ahitofel menjadi kebebalan.

32Dan terjadilah, bahawa ketika Daud telah datang ke puncak gunung, tempat yang dia sembahyang kepada Allah, lihatlah, Husai, orang Arki, datang untuk menemuinya dengannya jubahnya terkoyak, dan tanah di atas kepalanya:

33Kepada dia Daud berkata, Jika kamu turut bersamaku, maka kamu akan menjadi beban kepadaku:

34Tetapi jika kamu kembali ke kota itu, dan berkata kepada Absalom, aku akan menjadi hambamu, ya raja; seperti yang dahulu aku hamba ayahmu sampai sekarang, demikian aku sekarang akan menjadi hambamu: maka kamu dapat bagiku mengalahkan nasihat Ahitofel.

35Dan tidakkah kamu ada bersamamu di sana Zadok dan Abyatar, para imam itu? oleh sebab itu, biar demikian, bahawa barang apa yang kamu dengar dari istana raja, kamu akan memberitahu itu kepada Zadok dan Abyatar, para imam itu.

36Lihatlah, mereka ada bersama mereka dua anak lelaki mereka, Ahimaas anak lelaki Zadok dan Yonatan anak lelaki Abyatar; dan melalui mereka kalian akan menyampaikan kepadaku segalanya yang kalian dapat dengar.

37Jadi Husai, kawan Daud, tiba di kota, dan Absalom memasuki Yerusalem.