1Sekali lagi, Daud mengumpulkan semua lelaki terpilih Israel, sebanyak tiga puluh ribu.
2Dan Daud bangkit, dan pergi bersama semua orang yang ada dengannya dari Baale di Yehuda, untuk membawa dari sana tabut Allah, yang namanya dipanggil dengan nama TUHAN angkatan alam semesta yang berdiam di antara kerubim.
3Dan mereka meletakkan tabut Allah di atas kereta lembu yang baru, dan membawanya keluar dari rumah Abinadab yang berada di Gibea: dan Uza dan Ahyo, dan anak-anak lelaki Abinadab, memandu kereta baru itu.
4Dan mereka membawanya keluar dari rumah Abinadab yang berada di Gibea, mengiringi tabut Allah: dan Ahyo mendahului tabut itu.
5Dan Daud dan semua rumah Israel main di hadapan TUHAN segala jenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu fir, yakni kecapi, salteri, rebana, kornet, dan simbal.
6Dan ketika mereka sampai ke tempat pengirikan bijirin Nakhon, Uza menghulurkan tangannya untuk menahan tabut Allah, dan memegangnya; kerana lembu-lembu jantan itu menggegarkannya.
7Dan kemarahan TUHAN dinyalakan terhadap Uza; dan Allah menyambar matinya di sana bagi kesalahannya; dan di sana dia mati di tepi tabut Allah.
8Dan Daud menjadi tidak senang hati, kerana TUHAN telah memecah keamanan ke atas Uza: dan dia memanggil tempat itu Peresuza sampai kepada hari ini.
9Dan Daud takut akan TUHAN pada hari itu, dan berkata, Bagaimanakah tabut TUHAN dapat sampai kepadaku?
10Jadi, Daud tidak akan mengalihkan tabut TUHAN kepada dirinya ke dalam kota Daud: tetapi Daud mengangkatnya ke simpang ke dalam rumah Obededom, orang Gat itu.
11Dan tabut TUHAN berterusan di rumah Obededom, orang Gat itu, untuk tiga bulan: dan TUHAN memberkati Obededom, dan seluruh rumah tangganya.
12Dan ia dimaklumkan kepada raja Daud, dengan berkata, TUHAN telah memberkati rumah Obededom, dan segala yang berkaitan dengannya, kerana tabut Allah. Jadi, Daud pergi dan mengangkut tabut Allah dari rumah Obededom ke kota Daud dengan kegembiraan.
13Dan demikianlah, ketika mereka yang memikul tabut TUHAN sudah melangkah maju enam langkah, dia mengorbankan lembu-lembu dan tambun-tambun.
14Dan Daud menari di hadapan TUHAN dengan segala kekuatannya; dan Daud diikatpinggangkan kain lenan efod.
15Jadi, Daud dan seluruh rumah tangga Israel mengangkut tabut TUHAN dengan sorak sorai, dan dengan bunyi sangkakala.
16Dan ketika tabut TUHAN memasuki kota Daud, Mikhal, anak perempuan Saul, melihat menerusi tingkap, dan nampak raja Daud sedang melompat dan menari di hadapan TUHAN; dan dia memandang hina Daud dalam hatinya.
17Dan mereka membawa masuk tabut TUHAN, dan menempatkannya di tengah-tengah khemah yang telah dipasang Daud untuk itu: dan Daud mempersembahkan persembahan bakaran dan persembahan damai di hadapan TUHAN.
18Dan sebaik sahaja Daud telah selesai mempersembahkan persembahan bakaran dan persembahan damai, dia memberkati rakyat dalam nama TUHAN angkatan alam semesta.
19Dan dia mengagih kepada semua rakyat, bahkan kepada seluruh bilangan besar umat Israel, baik kepada perempuan mahupun lelaki, kepada setiap orang sepotong roti, dan sekerat daging yang besar, dan satu flagon wain. Demikianlah seluruh rakyat berpisah setiap orang masing-masing ke rumahnya.
20Kemudian Daud kembali untuk memberkati rumah tangganya. Dan Mikhal, anak perempuan Saul, keluar untuk bertemu dengan Daud, dan berkata, Betapa mulianya raja Israel pada hari ini, yang telah membongkar tutup dirinya pada hari ini di depan mata dayang-dayang kepada para hambanya, seperti salah seorang sia-sia yang dengan tidak malu-malu membongkar tutup dirinya.
21Dan Daud berkata kepada Mikhal, Ia di hadapan TUHAN, yang telah memilihku di hadapan ayahmu, dan di hadapan seluruh rumahnya, untuk melantikku sebagai pemerintah atas umat TUHAN, yakni atas Israel: maka aku akan bermain di hadapan TUHAN.
22Dan aku akan menjadi lebih keji daripada keadaan itu, dan akan menghinakan diriku di pandanganku sendiri: dan berkenaan dayang-dayang yang disebutmu itu, oleh merekalah akan diriku dihormati.
23Oleh sebab itu Mikhal, anak perempuan Saul, tidak mendapat anak sampai kepada hari kematiannya.