2 Samuel 8

2 Samuel 8

1Dan sesudah itu ia terjadi bahawa Daud menyerang orang Filistin, lalu menundukkan mereka: dan Daud mengambil alih Metegamah dari tangan orang Filistin.

2Dan dia menyerang Moab, dan menyukat mereka dengan satu garisan, sementara membaringkan mereka ke atas tanah; malah dengan dua garisan dia menyukat untuk mematikan, dan dengan satu garisan penuh untuk mengekal hidup. Dan demikianlah orang Moab menjadi hamba-hamba Daud, dan membawa ufti.

3Daud juga menyerang Hadadezer, anak lelaki kepada Rehob, raja Zoba, ketika dia pergi memulihkan sempadannya di sungai Efrat.

4Dan Daud mengambil daripadanya satu ribu pedati, dan tujuh ratus orang pasukan berkuda, dan dua puluh pasukan berjalan kaki: dan Daud memotong urat keting semua kuda pedati, tetapi menyimpan dari kalangan kuda itu untuk dipakai seratus pedati.

5Dan ketika orang Siria dari kawasan Damsyik datang untuk mendukung Hadadezer, raja Zoba, Daud membunuh dari kalangan orang Siria dua puluh dua ribu orang.

6Dan Daud menempatkan pasukan pangkalan di Siria dari kawasan Damsyik: dan orang Siria menjadi hamba kepada Daud, dan membawa ufti. Dan TUHAN mengekalkan Daud ke mana jua dia pergi.

7Dan Daud mengambil perisai-perisai emas yang ada pada para hamba Hadadezer, dan membawa mereka ke Yerusalem.

8Dan dari Betah, dan dari Berotai, kota-kota Hadadezer, raja Daud mengambil teramat banyak gangsa.

9Ketika Toi, raja Hamat mendengar bahawa Daud telah menewaskan seluruh angkatan Hadadezer,

10Maka Toi mengutus Yoram, anak lelakinya, kepada raja Daud, untuk menyampaikan salam kepadanya, dan untuk mengucapkan selamat kepadanya, kerana dia telah melawan Hadadezer, dan telah menewaskannya: sebab Hadadezer ada peperangan dengan Toi. Dan Yoram membawa bersamanya bejana-bejana perak, dan bejana-bejana emas, dan bejana-bejana gangsa:

11Yang juga dipakai raja Daud untuk dikhususkan kepada TUHAN, dengan perak dan emas yang telah sudah dikhususkannya dari segala bangsa yang telah ditundukkannya;

12Dari Siria, dan dari Moab, dan dari bani Amon, dan dari orang Filistin, dan dari Amalek, dan dari orang Filistin, dan dari orang Amalek, dan dari jarahan Hadadezer, anak lelaki Rehob, raja Zoba.

13Dan Daud mendapat nama yang masyur ketika dia kembali dari penewasan orang Siria di lembah garam, iaitu seramai lapan puluh ribu orang.

14Dan dia menempatkan pasukan pangkalan di Edom; menerusi seluruh Edom dia menempatkan pasukan pangkalan, dan mereka semua yang dari Edom menjadi hamba-hamba Daud. Dan TUHAN mengekalkan Daud ke mana jua dia pergi.

15Dan Daud memerintah atas seluruh Israel; dan Daud melaksanakan penghakiman dan keadilan bagi semua rakyatnya.

16Dan Yoab, anak lelaki kepada Zeruya, mengepalai seluruh angkatan itu; dan Yosafat anak kepada Ahilud merupakan pencatat sejarah;

17Dan Zadok, anak kepada Ahitub, dan Ahimelekh, anak kepada Abiatar, merupakan para imam; dan Seraya merupakan jurutulis;

18Dan Benaya anak kepada Yoyada mengepalai orang Kreti dan orang Pleti; dan anak-anak lelaki Daud merupakan para penguasa yang tertinggi.