Kisah 6

Acts 6

1Dan pada zaman itu, ketika bilangan murid bertambah, berbangkitlah suatu rungutan orang Yahudi peranakan Yunani terhadap orang Yahudi Ibrani kerana kaum balu mereka terabai di dalam pengagihan bantuan seharian.

2Kemudian yang dua belas itu memanggil murid-murid yang berbilangan besar itu kepada diri mereka, dan berkata, Ia tidak munasabah untuk kami meninggalkan firman Allah, dan melayani meja.

3Oleh sebab itu, saudara sekalian, kalian carilah di antara kalian tujuh orang yang ada nama baik yang jujur, penuh dengan Roh Kudus dan hikmah, yang kami dapat lantik ke atas urusan ini.

4Tetapi kami akan, dengan berterusan, menyerahkan diri kami kepada doa, dan kepada pelayanan firman.

5Dan kata-kata itu menyenangkan seluruh keramaian orang itu: dan mereka memilih Stefanus, seorang yang penuh dengan iman dan Roh Kudus, dan Filipus, dan Prokhorus, dan Nikanor, dan Timon, dan Parmenas, dan Nikolaus, seorang penganut dari Antiokhia:

6Yang mereka tampilkan di hadapan para rasul: dan sesudah mereka berdoa, mereka menumpang tangan ke atas mereka.

7Dan firman Allah bertambah; dan bilangan murid-murid berganda di Yerusalem dengan besar; dan kumpulan besar orang imam taat kepada iman itu.

8Dan Stefanus, yang penuh dengan iman dan kuasa, melakukan keajaiban dan mukjizat yang besar di antara rakyat.

9Kemudian adanya bangkit sesetengah orang dari saumaah, yang dipanggil saumaah orang Libertini, dan orang Kirene, dan orang Aleksandria, dan di antara mereka orang dari Kilikia dan dari Asia, saling bertikaian dengan Stefanus.

10Dan mereka tidak dapat menentang hikmah dan roh yang olehnya dia berucap.

11Kemudian mereka menghasut beberapa orang, yang berkata, Kami telah mendengar dia mengucapkan kata-kata kufur terhadap Musa, dan terhadap Allah.

12Dan mereka mengapi-apikan rakyat, dan para penatua, dan para juru tulis, lalu menyergapnya, dan menangkapnya, lalu menyeretnya ke majlis agama,

13Dan mengaturkan adanya saksi-saksi palsu, yang berkata, Orang ini tidak berhenti-henti untuk mengucapkan kata-kata kufur terhadap tempat kudus ini, dan terhadap hukum:

14Sebab kami telah mendengar dia berkata, bahawa Yesus dari Nazaret itu akan membinasakan tempat ini, dan akan mengubahkan adat istiadat yang telah disampaikan Musa kepada kita.

15Dan semua orang yang duduk di majlis itu, sementara dengan teliti memandang kepada wajah Stefanus, nampak wajahnya seakan-akan wajah seorang malaikat.