Ulangan 17

Deuteronomy 17

1Thou shalt not sacrifice unto the LORD thy God any bullock, or sheep, wherein is blemish, or any evilfavouredness: for that is an abomination unto the LORD thy God.sheep: or, goat

2Jika ada ditemui di antara kalian, di dalam mana-mana pintu gerbang yang TUHAN Allahmu telah memberimu, lelaki atau perempuan, yang telah melaksanakan kedurjanaan di depan pandangan TUHAN Allahmu, dalam melanggari waadnya,

3Dan telah pergi melayani allah-allah lain, dan telah bersembahyang kepada mereka, baik matahari dan bulan mahupun bintang-bintang di syurga, yang aku tidak perintahkan;

4Dan ia diberitahu kepadamu, dan kamu telah mendengar akannya, dan telah menyiasat dengan teliti, dan mendapati, ia benar, dan hal itu memang pasti, bahawa kekejian sebegitu telah dilaksanakan di dalam Israel:

5Maka kamu akan membawa lelaki atau perempuan itu, yang telah melakukan hal yang durjana itu, menghadap di pintu gerbang, ya, lelaki itu atau perempuan itu, dan akan merejam mereka dengan batu, sehingga mereka mati.

6Menurut kesaksian mulut dua saksi atau tiga saksi, dia yang layak untuk dihukum mati akan dimatikan; tetapi menurut kesaksian mulut satu saksi dia tidak akan dimatikan.

7The hands of the witnesses shall be first upon him to put him to death, and afterward the hands of all the people. So thou shalt put the evil away from among you.

8Jika ada hal berbangkit yang terlalu sukar bagi kamu dalam penghakiman, di antara darah dengan darah, di antara rayuan dan rayuan, dan di antara pukulan dan pukulan, iaitu hal-hal yang mudah dipertikaikan di dalam pintu-pintu gerbangmu: maka kamu akan bangkit, dan pergi ke tempat yang dipilih oleh TUHAN Allahmu;

9Dan kamu akan datang kepada para imam orang Lewi, dan kepada hakim yang ada pada zaman itu, lalu bertanya; dan mereka akan menunjukkanmu keputusan penghakiman:

10Dan kamu akan berbuat menurut keputusan itu, yang mereka dari tempat pilihan TUHAN itu akan menunjukkan kepadamu; dan kamu akan berbuat menurut segalanya yang diberitahu mereka kepadamu:

11Menurut keputusan hukum yang mereka akan mengajarmu, dan menurut penghakiman yang mereka akan memberitahumu, kamu akan buat: kamu tidak akan undur daripada keputusan yang mereka tunjuk kepadamu, baik ke kanan mahupun ke kiri.

12Dan kepada orang yang akan berani memandai, dan tidak akan mengendahkan imam yang berdiri untuk melayani di sana di hadapan TUHAN Allahmu, atau tidak mengendahkan hakim, orang itu juga akan mati: dan kamu akan menyingkirkan yang jahat itu daripada Israel.

13Dan seluruh bangsa akan mendengar, dan menjadi takut, dan tidak akan berani memandai lagi.

14When thou art come unto the land which the LORD thy God giveth thee, and shalt possess it, and shalt dwell therein, and shalt say, I will set a king over me, like as all the nations that are about me;

15Kamu akan dengan cara apa pun menetapkan dia raja di atasmu, barang siapa yang TUHAN Allahmu memilih: salah seorang dari antara kalangan saudara-saudaramu akan kamu tetapkan sebagai raja di atasmu: kamu tidak boleh menetapkan seorang yang asing ke atas dirimu, iaitu orang yang bukan saudaramu.

16Tetapi dia tidak akan menggandakan bilangan kuda kepada dirinya, dan tidak akan menyebabkan rakyat untuk kembali ke Mesir, bagi tujuan menggandakan bilangan kuda: sebanyak semana TUHAN telah berfirman kepada kalian, Kalian tidak harus kembali lagi ke jalan itu.

17Juga dia tidak harus menggandakan bilangan isteri kepada dirinya, supaya hatinya tidak dipesongkan: juga dia tidak harus menggandakan kepada dirinya perak dan emas.

18Dan ia akan terjadi, ketika dia menduduki takhta kerajaannya, bahawa dia akan menyalin salinan hukum ini dalam suatu kitab menurut kitab yang ada di hadapan imam-imam orang Lewi:

19Dan itu akan ada bersamanya, dan dia akan membaca daripadanya seluruh hayatnya: supaya dia dapat belajar untuk takut kepada TUHAN Allahnya, untuk memegang segala firman hukum ini dan peraturan-peraturannya, supaya melakukannya:

20Supaya hatinya tidak diangkat mengatasi saudara-saudaranya, dan supaya dia tidak berpaling daripada perintah, sama ada ke arah kanan, ataupun ke arah kiri: bagi tujuan supaya dia dapat melanjutkan hari-hari hayatnya di kerajaannya, dia, dan anak-anaknya, di tengah-tengah Israel.