Pengkhotbah 1

Ecclesiastes 1

1Kata-kata Pengkhutbah, anak Daud, raja Yerusalem.

2Kesia-siaan segala kesia-siaan, kata Pengkhutbah, kesia-siaan segala kesia-siaan; segalanya kesia-siaan.

3Apa gunanya seseorang dengan segala hasil jerih lelahnya yang dia peroleh di bawah matahari?

4Satu generasi berlalu, dan satu lagi generasi datang: tetapi bumi kekal selamanya.

5Matahari pun terbit, dan matahari terbenam, dan bergegas semula ke tempat yang dia terbit.

6Angin pergi ke selatan, dan berpaling kemudian ke utara; ia berputar-putar terus-menerus, dan angin itu kembali semula menurut litar putarannya.

7Semua sungai masuk ke dalam laut; namun laut belum penuh; ke tempat asal yang datangnya sungai-sungai itu, ia kembali semula.

8Segalanya penuh dengan jerih lelah; manusia tidak dapat menuturkannya: mata tidak puas dengan penglihatan, dan telinga pula tidak puas penuh dengan pendengaran.

9Apa yang pernah ada, itulah yang akan terjadi; dan apa yang sudah dilakukan ialah apa yang akan dilakukan: dan tiada apa pun yang baru di bawah matahari.

10Adakah apa pun yang dapat dikatakan, Lihatlah, ini baru? itu sudah terjadi dari dahulu kala, yang telah mendahului kita.

11Tiada kenangan bagi hal-hal yang dahulu; dan juga tiada apa pun kenangan untuk apa yang akan datang dengan apa yang selepas itu.

12Aku, Pengkhutbah, ialah raja atas Israel di Yerusalem.

13Dan aku menyerahkan hatiku untuk mencari dan menyelami hikmah berkenaan segalanya yang dilakukan di bawah syurga: kerja keras yang derita ini telah Allah beri kepada anak-anak manusia untuk digiatkan dengannya.

14Aku telah melihat segala pekerjaan yang dilakukan di bawah matahari; dan, lihatlah, segalanya kesia-siaan dan kegemasan roh.

15Apa yang bengkok tidak dapat diluruskan: dan apa yang kekurangan tidak dapat dibilang.

16Aku berhubung dengan hatiku sendiri, dengan berkata, lihatlah, aku sudah mendapat banyak harta, dan telah mendapat lebih hikmah daripada semua mereka yang sebelumku di Yerusalem: ya, hatiku ada banyak pengalaman hikmah dan pengetahuan.

17Dan aku menyerahkan hatiku untuk mengenal hikmah, dan untuk mengenal kegilaan dan kebebalan: aku menanggap bahawa ini juga merupakan kegemasan roh.

18Sebab dalam banyak hikmah ialah banyak kepiluan: dan dia yang bertambah dalam pengetahuan bertambah dalam dukacita.