Pengkhotbah 2

Ecclesiastes 2

1Aku berkata dalam hatiku, Pergilah sekarang, aku akan membuktikanmu dengan kemeriahan, maka nikmatilah kenikmatan: dan, lihatlah, ini juga kesia-siaan.

2Aku berkata tentang ketawa, Ia gila: dan tentang kemeriahan, Apa gunanya?

3Aku mencari dalam hatiku untuk menyerahkan diriku kepada wain, namun dengan masih memperkenalkan hatiku kepada hikmah; dan untuk berpegang kepada kebebalan, sehingga aku dapat melihat apa itu yang baik bagi anak-anak manusia, yang mereka patut buat di bawah syurga sepanjang hari-hari hayat kehidupan mereka.

4Aku membuat bagiku karya-karya yang besar; aku membina bagi diriku rumah-rumah; aku menanam bagi diriku ladang-ladang anggur:

5Aku menjadikan bagi diriku taman-taman dan dusun-dusun, dan aku menanam pokok-pokok pelbagai jenis buah di dalamnya:

6Aku menjadikan bagi diriku kolam-kolam air, untuk mengairi dengannya kayu-kayu yang menghasilkan pokok:

7Aku memperoleh bagi diriku hamba-hamba lelaki dan dayang-dayang, dan ada hamba-hamba yang dilahirkan di dalam rumahku; juga aku ada harta milik yang besar dan ternakan-ternakan lembu kecil melebihi segalanya yang ada di Yerusalem sebelum aku:

8Aku juga mengumpulkan bagi diriku perak dan emas, dan harta istimewa raja dan wilayah-wilayah: aku memperoleh bagiku para penyanyi lelaki dan para penyanyi perempuan, dan kesukaan anak-anak manusia, seperti alat-alat muzik, dan itu dengan pelbagai jenis.

9Jadi aku masyhur, dan bertambah lebih masyhur daripada semua orang yang ada sebelumku di Yerusalem: juga hikmahku kekal padaku.

10Dan apa pun yang mataku ingin aku tidak tahan daripadanya, aku tidak menahan hatiku daripada apa pun sukacita; sebab hatiku bersukacita dalam segala jerih lelahku: dan inilah bahagian segala jerih lelahku.

11Kemudian aku memandang kepada segala karya yang ditempa tanganku, dan kepada hasil jerih lelah yang telah kukerjakan: dan, lihatlah, segalanya kesia-siaan dan kegemasan roh, dan tiada apa pun untung di bawah matahari.

12Dan aku memalingkan diriku untuk memandang hikmah, dan kegilaan, dan kebebalan: sebab apakah yang dapat dibuat seseorang yang datang selepas raja? apa yang sudah pun dilakukan.

13Kemudian aku melihat bahawa hikmah melampaui kebebalan, sejauh seperti cahaya melampaui kegelapan.

14Mata orang berhikmah ada di kepalanya; tetapi orang bebal berjalan dalam kegelapan: dan aku sendiri menanggap juga bahawa satu peristiwa menimpa mereka semua.

15Kemudian aku berkata dalam hatiku, Seperti yang terjadi kepada orang bebal, demikian terjadi bahkan kepada diriku; maka mengapakah aku lebih berhikmah? Kemudian aku berkata dalam hatiku, itu juga merupakan kesia-siaan.

16Sebab tiada kenangan orang berhikmah yang melebihi kenangan orang bebal untuk selamanya; memandangkan apa yang pada hari-hari yang akan datang semuanya akan dilupakan. Dan bagaimanakah orang berhikmah mati? seperti orang bebal.

17Oleh sebab itu, aku membenci kehidupan; kerana kerja yang ditempa di bawah matahari memilukan aku: kerana segalanya kesia-siaan dan kegemasan roh.

18Ya, aku membenci segala jerih lelahku yang telah ku buat di bawah matahari: kerana aku harus meninggalkannya kepada orang yang datang sesudah aku.

19Dan siapakah yang tahu sama ada dia orang berhikmah ataupun orang bebal? namun dia akan memiliki pemerintahan atas segala hasil jerah lelahku yang telah diusahakanku dan yang telah menyatakan diriku sebagai berhikmah di bawah matahari. Ini juga kesia-siaan.

20Oleh sebab itu, aku berjalan mundar-mandir untuk menyebabkan hatiku berduka bagi segala jerih lelah yang telah kutanggung di bawah matahari.

21Sebab ada orang yang hasil jerih lelahnya adalah dengan hikmah, dan dengan pengetahuan, dan dengan kesaksamaan; namun kepada orang yang tidak berjerih lelah di dalamnya akan dia tinggalkan itu bagi bahagiannya. Ini juga kesia-siaan dan suatu kecelakaan yang besar.

22Sebab apakah manusia dengan segala hasil jerih lelahnya, dan kegemasan hatinya, yang telah dia berjerih lelah di bawah matahari?

23Sebab kesemua hari-hari hayatnya adalah dukacita, dan kerja kerasnya kepiluan; ya hatinya tidak tenteram pada waktu malam. Ini juga kesia-siaan.

24Tiada apa yang lebih baik bagi seseorang manusia, daripada dia makan dan minum, dan dia menjadikan jiwanya menikmati kebaikan hasil jerih lelahnya. Ini juga telah kulihat, bahawa ia daripada tangan Allah.

25Sebab siapakah yang boleh makan, atau siapa yang lain boleh bergegas kepada itu, lebih daripada aku?

26Sebab Allah memberi kepada orang yang baik di pandangannya hikmah, dan pengetahuan, dan sukacita: tetapi kepada pendosa dia memberi kerja keras, untuk mengumpul dan untuk melonggok, supaya dia akan memberi kepada dia yang baik di hadapan Allah. Ini juga kesia-siaan dan kegemasan roh.