Pengkhotbah 6

Ecclesiastes 6

1Ada celaka yang telah kulihat di bawah matahari, dan ia biasa di antara manusia:

2Orang yang telah diberi Allah kekayaan, kemakmuran, dan kehormatan, sehingga dia tidak kekurangan apa pun bagi jiwanya untuk segala yang diingininya, namun Allah tidak memberinya kuasa untuk memakannya, tetapi seorang yang asing memakannya: ini kesia-siaan, dan ia suatu kesakitan yang celaka.

3Jika seseorang memperanakkan seratus anak, dan hidup banyak tahun, sehingga hari-hari hayatnya banyak, dan jiwanya tidak dipenuhi dengan kebaikan, dan dia juga tiada penguburan; Aku berkata, bahawa suatu kelahiran yang tergugur lebih baik daripada dia.

4Sebab dia datang dengan kesia-siaan, dan meninggal dalam kegelapan, dan namanya akan ditutupi dengan kegelapan.

5Tambahan pula, dia tidak melihat matahari, atau tidak mengenal apa pun: ini ada lebih istirahat daripada yang lain itu.

6Ya, meskipun dia hidup seribu tahun dua kali ganda, namun tidak pernah dia melihat kebaikan: tidakkah semua pergi ke satu tempat?

7Semua jerih lelah manusia adalah untuk mulutnya, namun selera masih belum dipenuhi.

8Sebab ada apa pada orang berhikmah yang melebihi orang bebal? apakah yang dimiliki orang miskin, yang tahu berjalan di hadapan orang yang hidup?

9Lebih baik pandangan mata daripada perayauan kehendak: ini juga kesia-siaan dan kegemasan roh.

10Apa yang pernah ada sudah disebut, dan ia diketahui bahawa itu merupakan manusia: dia juga tidak boleh bertikai dengan yang lebih kuat daripadanya.

11Memandangkan adanya banyak perkara yang menambahkan kesia-siaan, bagaimanakah manusia lebih baik?

12Sebab siapakah yang tahu apa yang baik bagi manusia dalam kehidupan ini, sepanjang hari-hari hayatnya yang sia-sia yang ditempuhinya seperti bayang-bayang? sebab siapakah yang boleh memberitahu seseorang apakah yang akan terjadi sesudah nyawanya di bawah matahari?