Pengkhotbah 7

Ecclesiastes 7

1Nama baik lebih baik daripada minyak yang mahal; dan hari kematian lebih baik daripada hari lahir seseorang.

2Ia lebih baik untuk pergi ke rumah yang sedang meratap, daripada pergi ke rumah yang sedang berpesta: sebab itulah keakhiran semua manusia; dan orang yang masih hidup akan memasang pemerhatian itu kepada hatinya.

3Dukacita lebih baik daripada ketawa: sebab melalui kesedihan wajah, hati dijadikan lebih baik.

4Hati orang berhikmah berada di rumah ratapan; tetapi hati orang bebal berada di rumah kemeriahan.

5Ia lebih baik untuk mendengar teguran orang berhikmah, daripada mendengar nyanyian orang bebal.

6Sebab seperti bunyi rapuh duri-duri di bawah periuk, demikianlah ketawa orang bebal: ini juga kesia-siaan.

7Tentulah penindasan menjadikan orang berhikmah gila; dan suatu pemberian membinasakan hati.

8Lebih baik penamatan sesuatu daripada permulaannya: dan yang sabar di dalam roh lebih baik daripada yang angkuh di dalam roh.

9Jangan bergegas dalam rohmu untuk menjadi marah: sebab kemarahan berdiam di dada orang bebal.

10Jangan kamu berkata, Apakah sebabnya hari-hari silam lebih baik daripada hari-hari ini? sebab kamu tidak menyoal dengan berhikmah berkenaan hal ini.

11Hikmah baik dengan bersertakan warisan: dan melaluinya ada keuntungan kepada mereka yang melihat matahari.

12Sebab hikmah ialah pertahanan, dan wang ialah pertahanan: tetapi kecemerlangan pengetahuan adalah bahawa hikmah memberi hidup kepada mereka yang memilikinya.

13Pertimbangkanlah pekerjaan Allah: sebab siapakah yang boleh meluruskan apa yang telah dia bengkok?

14Pada hari kemakmuran bersukacitalah, tetapi pada hari kesusahan pertimbangkan: Allah juga telah mengaturkan satu hari untuk mengatasi yang lain, agar manusia tidak akan menemui apa pun yang melebihi dia.

15Segalanya telah kulihat pada semua hari kesia-siaanku: ada orang benar yang binasa di dalam kewajarannya, dan ada orang durjana pula yang melanjutkan lagi nyawanya dalam kedurjanaannya.

16Jangan benar berlebih-lebih; dan jangan pula menjadikan dirimu terlebih berhikmah: harus mengapakah kamu membinasakan dirimu?

17Jangan durjana berlebih-lebih, dan jangan pula kamu bebal: harus mengapakah kamu mati sebelum waktumu?

18Ia baik supaya kamu memegang hal ini; ya daripada ini juga jangan melepaskan tanganmu: sebab orang yang takut akan Allah akan bebas segala itu.

19Hikmah memperkuatkan orang berhikmah lebih daripada sepuluh orang kuat yang berada di dalam kota.

20Sebab tiada seorang pun manusia yang benar di bumi, yang berbuat baik, dan yang tidak berdosa.

21Juga jangan peduli segala perkataan yang diucapkan; supaya jangan kamu mendengar hambamu mengutukmu:

22Sebab kerap kali juga hatimu sendiri tahu bahawa kamu sendiri dengan demikian pernah mengutuk orang lain.

23Semua ini telah aku uji dengan hikmah: Aku berkata, Aku akan menjadi berhikmah; tetapi itu jauh daripadaku.

24Apa yang jauh, dan yang teramat dalam, siapakah yang boleh menemuinya?

25Aku memakai hatiku untuk mengenal, dan untuk menyelam, dan untuk mencari hikmah, dan sebab-musabab hal-hal, dan untuk mengenal kedurjanaan kebebalan, bahkan tentang kebebalan dan kegilaan:

26Dan aku mendapati apa yang lebih pahit daripada maut ialah perempuan, yang hatinya merupakan jerat dan jaring, dan tangannya adalah seperti belenggu: sesiapa yang menyenangkan Allah akan terlepas daripadanya; tetapi pendosa akan terjebak olehnya.

27Lihatlah, ini yang telah didapatiku, kata pengkhutbah, sementara menghitung satu demi satu, untuk mendapat kesimpulannya:

28Yang masih sedang dicari jiwaku, tetapi aku tidak dapat menemuinya: seorang lelaki di kalangan seribu orang telah ditemuiku; tetapi seorang perempuan di kalangan semua mereka tidak ditemuiku.

29Lihatlah, ini sahaja yang didapatiku, bahawa Allah telah menciptakan manusia dengan lurus hati; tetapi mereka telah mencari banyak rekaan.