Pengkhotbah 8

Ecclesiastes 8

1Siapakah yang seperti orang berhikmah? dan siapakah yang mengenal tafsiran sesuatu perkara? Hikmah seseorang menjadikan wajahnya bercahaya, dan ketabahan mukanya akan diubahkan.

2Aku menasihatimu untuk memegang perintah raja, dan itu dengan pertimbangan sumpah Allah.

3Janganlah bergegas untuk meninggalkan pandangannya: jangan ada pendirian dalam apa yang jahat; sebab dia melakukan apa pun yang disukainya.

4Di mana titah raja berada, di situlah ada kuasa: dan siapakah yang dapat berkata kepadanya, Apakah yang dilakukan engkau?

5Barang siapa yang memegang perintah itu tidak akan mengecapi apa pun celaka: dan hati orang berhikmah dapat menanggap kedua-dua waktu dan penghakiman.

6Oleh sebab bagi setiap tujuan adanya waktu dan penghakiman, maka kemalangan manusia adalah besar ke atas dirinya.

7Sebab dia tidak tahu apa yang akan terjadi: sebab siapakah yang boleh memberitahunya bila itu akan terjadi?

8Tiada seorang pun yang ada kuasa atas roh untuk menahan roh; dan dia juga tiada kuasa pada hari kematian: dan tiada pembebasan daripada peperangan itu; dan kedurjanaan pun tidak akan menyelamatkan orang yang cenderung kepadanya.

9Segala ini telah kulihat, dan memakai pemerhatian hatiku kepada setiap kerja yang dilakukan di bawah matahari: adanya waktu yang seseorang memerintah atas orang lain sampai menyakiti dirinya sendiri.

10Maka aku melihat orang durjana dikebumikan, iaitu dia yang telah masuk dan keluar dari kedudukan kudus, dan mereka dilupakan di kota yang telah mereka berbuat demikian: ini juga kesia-siaan.

11Oleh sebab hukuman terhadap perbuatan jahat tidak dilaksanakan dengan lekas, maka hati anak-anak manusia sudah bertekad sepenuhnya untuk berbuat jahat.

12Walaupun seseorang pendosa melakukan jahat seratus kali, dan hari-hari hayatnya diperlanjutkan, namun, aku tahu bahawa ia akan menjadi elok bagi mereka yang takut akan Allah, yang takut di hadapannya:

13Tetapi ia tidak akan menjadi elok bagi orang durjana, dan juga dia tidak akan memperlanjutkan hari-hari hayatnya, yang adalah suatu bayang-bayang; kerana dia tidak takut di hadapan Allah.

14Ada kesia-siaan yang dibuat di bumi; ada orang benar, yang kepadanya terjadi apa yang menurut kerja orang durjana; sekali lagi, ada orang durjana, yang kepadanya terjadi apa yang menurut kerja orang benar: Aku berkata bahawa ini juga kesia-siaan.

15Kemudian aku memuji kemeriahan, kerana seseorang manusia tiada apa yang lebih baik di bawah matahari daripada perbuatan makan, minum, dan bersuka ria: sebab itulah yang akan berada bersamanya daripada jerih lelahnya sepanjang hayatnya, yang Allah memberi kepadanya di bawah matahari.

16Ketika aku memakai hatiku untuk mengenal hikmah dan untuk melihat keasyikan yang dilakukan di bumi: (sebab juga adanya orang yang baik siang mahupun malam matanya tidak bertemu dengan tidur:)

17Kemudian aku melihat segala kerja Allah, bahawa seseorang manusia tidak dapat mengenal kerja yang dilakukan di bawah matahari: kerana walaupun seseorang berusaha untuk mencarinya, dia tidak akan menemuinya; ya lagi pula; walaupun seseorang berhikmah fikir untuk mengenalnya, dia tidak mampu menemuinya.