Ester 2

Esther 2

1Sesudah peristiwa-peristiwa itu, ketika murka raja Ahasyweros beroleh reda, dia mengingat Wasti, dan apa yang telah dilakukannya, dan apa yang telah didekrikan terhadapnya.

2Kemudian berkatalah hamba-hamba raja yang melayaninya, Biarlah adanya para perawan muda yang cantik dicari untuk raja:

3Dan biarlah raja melantik para pegawai di semua wilayah kerajaannya, supaya mereka dapat mengumpulkan bersama semua perawan muda yang cantik ke istana di Susan, ke rumah perempuan, kepada penjagaan Hegai, pegawai kamar raja, iaitu penjaga kaum perempuan; dan biarlah apa yang dipakai untuk penyucian mereka diberi kepada mereka:

4Dan biarlah gadis yang menyenangkan raja menjadi permaisuri mengganti Wasti. Dan itu telah menyenangkan raja; dan dia berbuat demikian.

5Dalam pada itu, ada di istana Susan, seorang Yahudi, yang namanya Mordekhai, anak kepada Yair, anak kepada Simei, anak kepada Kish, iaitu seorang Benyamin;

6Yang telah diangkut dari Yerusalem bersama tawanan yang turut dengan Yekohnya, raja Yehuda, yang telah diangkut Nebukadnezar raja Babel.

7Dan dia telah mengasuh Hadasa, iaitu, Ester, anak perempuan pakciknya: sebab gadis itu tidak mempunyai ayah atau ibu, dan gadis itu cantik dan elok rupa parasnya; yang Mordekhai, ketika ayah dan ibu gadis itu telah mati, angkat sebagai anak perempuannya sendiri.

8Maka terjadilah, ketika perintah raja dan dekrinya terdengar, dan ketika banyak gadis dikumpulkan bersama di istana Susan, di bawah penjagaan Hegai, bahawa Ester juga dibawa ke rumah raja, di bawah penjagaan Hegai, penjaga para perempuan.

9Dan gadis itu menyenangkannya, dan memperoleh kebudian daripadanya; dan Hegai dengan lekas memberi kepada gadis itu apa yang bagi penyuciannya, dengan apa yang kepunyaannya, dan tujuh dayang, yang sesuai untuk diberi kepadanya, dari rumah raja: dan Hegai mendahulukan gadis itu bersama dayang-dayangnya ke tempat yang terbaik di balai perempuan.

10Ester tidak menunjukkan siapa bangsanya ataupun siapa sanak saudaranya: sebab Mordekhai telah menyuruhnya supaya dia tidak patut menunjukkannya.

11Dan Mordekhai telah berjalan setiap hari di hadapan halaman rumah perempuan, untuk mengenal bagaimana keadaan Ester, dan apa yang harus terjadi berkenaannya.

12Dalam pada itu, ketika tibanya giliran setiap gadis untuk menghadap raja Ahasyweros, sesudah gadis siap dua belas bulan, menurut ragam untuk perempuan, (sebab hari-hari penyucian mereka sudah selesai, yakni, enam bulan dengan minyak mur, dan enam bulan dengan bau harum yang manis, dan dengan apa jua yang lain bagi penyucian para perempuan itu;)

13Maka dengan itu datanglah setiap gadis menghadap raja; barang apa yang diingininya diberi kepadanya untuk dibawa bersamanya dari rumah perempuan ke rumah raja.

14Pada waktu petang, dia pergi, dan pada keesokan harinya dia kembali ke rumah kedua perempuan, di bawah jagaan Saasgas, iaitu pegawai kamar, yang menjaga para gundik: dia tidak masuk menghadap raja lagi, kecuali raja bersuka di dalamnya, dan dia dipanggil menurut namanya.

15Dalam pada itu, ketika tibanya giliran Ester, anak perempuan Abihail, pakcik kepada Mordekhai, yang telah mengambilnya sebagai anak angkat perempuan, dia tidak mewajibkan apa pun kecuali apa yang ditentukan Hegai, pegawai kamar raja, penjaga perempuan itu. Dan Ester memperoleh keredaan di pandangan semua orang yang memandang kepadanya.

16Maka Ester dibawa kepada raja Ahaswyeros ke dalam rumah dirajanya pada bulan kesepuluh, yang merupakan bulan Tebet, pada tahun ketujuh pemerintahannya.

17Dan raja mengasihi Ester melebihi semua perempuan yang lain, dan Ester memperoleh rahmat dan keredaan di pandangannya lebih daripada semua perawan yang lain; sehingga dia meletakkan mahkota diraja ke atas kepala Ester, dan menjadikannya pemaisuri menggantikan Wasti.

18Kemudian raja menganjurkan pesta jamuan besar bagi semua penguasanya dan hambanya, malah pesta jamuan Ester; dan dia membuat pelepasan bagi wilayah-wilayah, dan memberi pemberian, menurut kemampuan raja.

19Dan ketika para perawan telah dikumpulkan bersama pada kali kedua, Mordekhai duduk di pintu gerbang raja.

20Ester belum lagi menunjukkan siapa sanak saudaranya atau siapa bangsanya; seperti yang telah disuruh Mordekhai kepadanya: sebab Ester menuruti perintah Mordekhai, seperti yang ketika dia diasuh oleh Mordekhai.

21Pada hari-hari itu, ketika Mordekhai duduk di pintu gerbang raja, dua pegawai kamar raja, Bigtan dan Teresh, yang menjaga pintu, menjadi murka, dan harap untuk membunuh raja Ahasyweros.

22Dan hal itu diketahui Mordekhai, yang telah memberitahu itu kepada Ester, sang permaisuri; dan Ester mengesahkan kepada raja hal itu dalam nama Mordekhai.

23Dan ketika siasatan dibuat akan hal itu, terbuktilah demikian; oleh sebab itu mereka berdua digantung di atas pokok: dan ia dituliskan di dalam kitab tawarikh-tawarikh di hadapan raja.