1Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Aku masih akan menimpa satu lagi azab ke atas Firaun, dan ke atas Mesir; baru kemudian dia akan membiarkan kalian pergi dari sini: ketika dia membiarkan kalian pergi, dia tentu akan mengusir kalian keluar dari sini sama sekali.
2Berbicaralah sekarang di telinga umat itu, dan biarlah setiap orang meminjam daripada jirannya, dan setiap perempuan daripada jirannya, barang-barang kemas perak, dan barang-barang kemas emas.
3Dan TUHAN memberi umat itu keredaan di pandangan orang Mesir. Tambahan pula, lelaki itu, Musa, sungguh besar di kawasan tanah Mesir, di pandangan hamba-hamba Firaun, dan di pandangan rakyat.
4Dan Musa berkata, Beginilah firman TUHAN, Di sekitar waktu tengah malam aku akan pergi keluar dari tengah-tengah Mesir:
5Dan semua anak sulung di kawasan tanah Mesir akan mati, mulai daripada anak sulung Firaun yang duduk di atas takhtanya, sampai juga kepada anak sulung hamba perempuan yang ada di belakang pengisar; dan segala anak sulung binatang.
6Dan akan adanya keluhan yang besar menerusi seluruh tanah Mesir, demikian yang tidak pernah ada sepertinya, dan juga tidak akan ada sepertinya lagi.
7Tetapi terhadap mana-mana orang bani Israel seekor anjing pun tidak akan menggerakkan lidahnya, baik terhadap manusia mahupun terhadap binatang: supaya kalian akan tahu betapa TUHAN memang membuat perbezaan di antara orang Mesir dan orang Israel.
8Dan semua ini para hambamu akan turun kepadaku, dan menundukkan diri mereka kepadaku dengan berkata, Keluarlah kamu, dan semua orang yang mengikutmu: dan sesudah itu aku akan keluar. Dan dia keluar dari menghadap Firaun dengan kemarahan yang besar.
9Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Firaun tidak akan mengendahkan kalian; supaya keajaiban-keajaibanku dapat digandakan di tanah Mesir.
10Dan Musa dan Harun melakukan semua keajaiban itu di hadapan Firaun: dan TUHAN mengeraskan hati Firaun, supaya dia tidak akan membiarkan bani Israel pergi ke luar dari kawasan tanahnya.