Keluaran 10

Exodus 10

1Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Pergi masuk menghadap Firaun: sebab aku telah mengeraskan hatinya, dan hati hamba-hambanya, supaya aku dapat menunjukkan tanda-tandaku di hadapannya:

2Dan supaya kamu dapat bercerita di telinga anakmu dan di telinga anak kepada anakmu, apa yang telah aku tempa di Mesir, dan tanda-tandaku yang telah kubuat di kalangan mereka; supaya kalian akan tahu bagaimana aku merupakan TUHAN.

3Dan Musa dan Harun masuk menghadap Firaun, dan berkata kepadanya, Beginilah firman TUHAN Allah orang Ibrani, Berapa lama akan kamu menolak untuk merendahkan dirimu di hadapanku? biarlah umatku pergi, supaya mereka dapat melayaniku.

4Sebab jika kamu menolak untuk membiarkan umatku pergi, maka lihatlah, pada hari esok aku akan membawa belalang-belalang juta memasuki persisiran kawasanmu:

5Dan ia akan menutupi muka bumi, sehingga seorang pun tidak dapat melihat bumi: dan ia akan memakan sisa apa yang terlepas, yang tertinggal bagi kalian dari hujan batu itu, dan akan memakan setiap tumbuhan yang bertumbuh bagi kalian dari hasil padang:

6Dan ia akan mengisi rumah-rumahmu, dan rumah-rumah semua hambamu, dan rumah-rumah semua orang Mesir; yang tidak pernah baik ayahmu mahupun ayah kepada ayahmu pernah lihat, sejak hari yang mereka berada di bumi sampai kepada hari ini. Dan Musa memalingkan diri, lalu keluar dari menghadap Firaun.

7Dan hamba-hamba Firaun berkata kepadanya, Berapa lama lagi akan orang ini menjadi jerat kepada kita? biarlah para lelaki itu pergi, supaya mereka dapat melayani TUHAN Allah mereka: masih tidak tahukah kamu bahawa Mesir sudah binasa?

8Dan Musa dan Harun dibawa semula kepada Firaun: dan dia berkata kepada mereka, Pergilah, layanilah TUHAN Allahmu: tetapi siapakah mereka yang akan pergi?

9Dan Musa berkata, Kami akan pergi dengan orang-orang yang muda dan yang tua, dengan anak-anak lelaki dan dengan anak-anak perempuan, dengan kawanan-kawanan dan dengan ternakan lembu kami, akan kami pergi; sebab kami harus mengadakan sebuah pesta kepada TUHAN.

10Dan Firaun berkata kepada mereka, Biarlah TUHAN berbuat demikian dengan kalian, kerana aku akan membiarkan kalian pergi, dan anak-anak kecilmu: pandanglah kepada itu; sebab celaka ada di hadapan kalian.

11Bukan demikian: pergilah sekarang kalian yang lelaki, dan layanilah TUHAN; sebab itulah yang diingini kalian. Dan mereka dihalau keluar dari hadapan Firaun.

12Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Hulurkanlah tanganmu ke atas tanah Mesir bagi belalang juta, supaya ia dapat hinggap ke atas tanah Mesir, dan makan setiap tumbuhan tanah itu, bahkan segala yang telah ditinggalkan hujan batu.

13Dan Musa menghulurkan tongkatnya ke tanah Mesir, dan TUHAN membawa angin timur ke atas tanah itu sepanjang hari itu, dan sepanjang malam itu; dan sesudah pagi, angin timur itu telah membawa belalang-belalang juta itu.

14Dan belalang-belalang juta itu naik melitupi seluruh tanah Mesir, dan berdiam di dalam semua persisiran Mesir: ia sungguh dahsyat; sebelum belalang-belalang juta ini tidak pernah ada yang seperti ini, dan juga selepas belalang-belalang juta ini tidak akan ada yang seperti demikian.

15Sebab ia meliputi muka seluruh bumi, sehingga kawasan tanah itu digelapkan; dan ia memakan setiap tumbuhan tanah itu, dan segala buah pokok yang telah ditinggalkan hujan batu itu: dan tidak ada tertinggal apa pun yang hijau di pokok-pokok itu, atau di tumbuh-tumbuhan di padang, menerusi seluruh tanah Mesir.

16Kemudian Firaun memanggil untuk Musa dan Harun dengan segera; dan dia berkata, Aku telah berdosa terhadap TUHAN Allah kalian, dan terhadap kalian.

17Maka sekarang ampunilah, Aku mohon kepadamu, dosa aku hanya kali ini, dan rayulah kepada TUHAN Allahmu, supaya dia mengambil daripadaku hanya maut ini.

18Dan Musa keluar daripada menghadap Firaun, dan merayu kepada TUHAN.

19Dan TUHAN mengarahkan angin barat yang kuat, yang membawa belalang-belalang juta itu, dan melemparkannya ke dalam lautan Merah; tidak tertinggal seekor belalang juta pun di seluruh persisiran Mesir.

20Tetapi TUHAN mengeraskan hati Firaun, sehingga dia tidak akan membiarkan bani Israel pergi.

21Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Hulurkanlah tanganmu ke arah syurga, supaya akan adanya kegelapan di atas tanah Mesir, bahkan kegelapan yang dapat dirasai pun.

22Dan Musa menghulurkan tangannya ke arah syurga; dan adanya kegelapan pekat di seluruh tanah Mesir untuk tiga hari:

23Mereka tidak melihat satu sama lain, dan juga tidak seorang pun yang bangun dari tempatnya untuk tiga hari: tetapi seluruh bani Israel ada cahaya di tempat kediamannya.

24Dan Firaun memanggil Musa dan berkata, Pergilah kalian, layanilah TuHAN; hanya biar kawanan-kawanan kalian dan ternakan-ternakan kalian ditinggalkan: biarlah anak-anak kecilmu juga pergi bersama kalian.

25Dan Musa berkata, Kamu harus memberi kami juga korban-korban dan persembahan-persembahan bakaran, supaya kami dapat mempersembahkan korban kepada TUHAN Allah kami.

26Ternakan kami juga akan pergi bersama kami; satu telapuk pun tidak akan ditinggalkan; sebab daripadanya harus kami ambil untuk melayani TUHAN Allah kami; dan kami tidak tahu dengan apa lagi harus kami pakai untuk melayani TUHAN, sehingga kami sampai ke sana.

27Tetapi TUHAN mengeraskan hati Firaun, dan dia tidak mahu membiarkan mereka pergi.

28Dan Firaun berkata kepadanya, Pergilah daripadaku, awasilah dirimu, jangan melihat mukaku lagi; sebab pada hari yang kamu melihat mukaku kamu akan mati.

29Dan Musa berkata, Kamu telah berbicara dengan elok, Aku tidak akan melihat mukamu lagi.