Keluaran 13

Exodus 13

1Dan TUHAN berbicara kepada Musa, dengan berfirman,

2Kuduskanlah kepadaku semua anak sulung, barang apa yang membuka rahim di kalangan bani Israel, kedua-dua manusia dan binatang: itu kepunyaanku.

3Dan Musa berkata kepada umat, Ingatlah hari ini, ketika kalian telah keluar dari Mesir, dari rumah pengabdian; kerana oleh kekuatan tangan, TUHAN telah membawa kalian keluar dari tempat ini: tiada roti beragi yang akan dimakan.

4Pada hari inilah kalian keluar pada bulan Abib.

5Dan ia akan terjadi ketika TUHAN membawamu ke tanah orang Kanaan, dan orang Het, dan orang Amori, dan orang Hewi, dan orang Yebus, yang telah dia sumpah kepada bapa-bapa leluhurmu untuk memberinya kepadamu, suatu tanah yang berlimpahan susu dan madu, bahawa kamu akan memelihara ibadah ini pada bulan ini.

6Tujuh hari akan kamu makan roti tidak beragi, dan pada hari yang ketujuh akan adanya pesta kepada TUHAN.

7Roti tidak beragi akan dimakan untuk tujuh hari; dan tiada roti yang beragi yang akan dilihat padamu di mana-mana tempat kediamanmu.

8Dan kamu akan menunjukkan anak lelakimu pada hari itu, dengan berkata, Ini telah dilakukan kerana apa yang TUHAN buat bagiku ketika aku keluar dari Mesir.

9Dan ia akan menjadi tanda bagi dirimu pada tanganmu, dan bagi peringatan di tengah-tengah matamu, bahawa hukum TUHAN akan berada di mulutmu: sebab dengan tangan yang kuat telah TUHAN membawamu keluar dari Mesir.

10Maka kamu akan menjaga ordinan ini dalam musimnya tahun demi tahun.

11Dan akan terjadi ketika TUHAN membawamu ke tanah orang Kanaan, seperti yang telah dia sumpah kepadamu dan kepada bapa-bapa leluhurmu, dan akan memberinya kepadamu,

12Bahawa kamu akan mengasingkan kepada TUHAN segala yang membuka rahim, dan setiap anak sulung yang keluar dari binatang yang dimilikimu; yang jantan ialah kepunyaan TUHAN.

13Dan setiap anak sulung keldai akan kamu tebus dengan anak domba; dan jika kamu tidak akan menebusnya, maka kamu harus mematahkan lehernya: dan segala anak sulung manusia di kalangan anak-anakmu akan kamu tebus.

14Dan ia akan terjadi ketika anak lelakimu bertanya kepadamu pada masa yang akan datang, dengan berkata, Apakah maksud ini? bahawa kamu akan berkata kepadanya, Oleh kekuatan tangan, TUHAN telah membawa kami keluar dari Mesir, dari rumah pengabdian:

15Dan terjadilah, ketika Firaun kurang ingin membiarkan kami pergi, bahawa TUHAN membunuh semua anak sulung di tanah Mesir, kedua-dua anak sulung manusia, dan anak sulung binatang: oleh sebab itu, aku mengorbankan kepada TUHAN segala yang membuka rahim, sementara jantan; tetapi semua anak sulung dari antara anak-anakku, aku tebus.

16Dan ia akan menjadi sebagai tanda pada tanganmu, dan sebagai pita di antara matamu: sebab oleh kekuatan tangan, TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir.

17Dan terjadilah, ketika Firaun telah membiarkan umat itu pergi, bahawa Allah membawa mereka bukan melalui tanah orang Filistin, walaupun jalan itu dekat; sebab Allah berfirman, Supaya jangan kemungkinan umat itu menyesal ketika mereka nampak peperangan, dan mereka kembali ke Mesir.

18Tetapi Allah membawa umat itu melencong, melalui jalan padang gurun di laut Merah: dan bani Israel keluar diperlengkapkan dari tanah Mesir.

19Dan Musa mengambil tulang-tulang Yusuf bersamanya: sebab Yusuf telah dengan tegas mendapat sumpah bani Israel, dengan berkata, Allah akan pasti melawat kalian; dan kalian akan membawa tulang-tulangku dari sini bersama kalian.

20Dan mereka berangkat untuk perjalanan mereka dari Sukot, dan berkhemah di Etam, di persisiran padang gurun.

21Dan TUHAN mendahului mereka pada waktu siang sebagai tiang awan, untuk memimpin jalan mereka; dan pada waktu malam sebagai tiang api, untuk memberi mereka cahaya; supaya dapat bergerak pada siang atau malam:

22Dia tidak mengalihkan tiang awan pada hari siang, atau tiang api pada waktu malam, dari hadapan umatnya.