Keluaran 2

Exodus 2

1Dan ada seorang lelaki dari rumah tangga Lewi, yang pergi mengambil sebagai isteri seorang perempuan Lewi.

2Dan perempuan itu mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki: dan ketika perempuan itu melihatnya bahawa dia merupakan seorang anak lelaki yang elok, dia menyembunyikan dia untuk tiga bulan.

3Dan ketika perempuan itu tidak dapat lagi menyembunyikannya, dia mengambil bagi anak lelaki itu sebuah peti diperbuat daripada rumput kercut, dan menyapunya dengan tanah liat dan dengan gegala, lalu menaruh anak itu ke dalamnya; dan dia menaruhnya di antara teberau di tepi sungai.

4Dan kakaknya berdiri jauh-jauh, untuk mengetahui apa yang akan dilakukan kepada anak lelaki itu.

5Dan anak perempuan Firaun turun untuk membasuh dirinya di sungai; dan dayang-dayangnya berjalan di persisiran sungai; dan ketika dia nampak bahtera itu di antara teberau, dia mengutus dayangnya untuk mengambilnya.

6Dan sesudah dia membukanya, dia nampak anak itu: dan lihatlah, anak itu menangis. Dan dia mengahsihani anak itu, lalu berkata, Ini salah satu anak dari kalangan orang Ibrani.

7Kemudian kakak bayi itu berkata kepada anak perempuan Firaun, Inginkah supaya aku pergi dan memanggil bagimu seorang inang penyusu dari kalangan perempuan Ibrani, supaya dia dapat menyusui anak itu bagimu?

8Dan anak perempuan Firaun berkata kepadanya, Pergi berbuat demikian. Dan gadis itu pergi dan memanggil ibu anak itu.

9Dan anak perempuan Firaun berkata kepadanya, Bawalah anak ini pergi, dan susuilah dia bagiku, dan aku akan memberi kamu upah. Dan perempuan itu mengambil anak itu dan menyusuinya.

10Dan anak itu membesar, dan perempuan itu membawanya kepada anak perempuan Firaun, dan anak itu menjadi anak lelakinya. Dan dia memanggil namanya Musa: dan dia berkata, Kerana aku telah menariknya keluar dari air.

11Dan terjadilah pada hari-hari itu, ketika Musa sudah besar, bahawa dia keluar kepada saudara-saudaranya, dan memandang akan beban-beban mereka: dan dia mengintip seorang Mesir memukul seorang Ibrani, salah seorang saudaranya.

12Dan dia memandang ke sana sini, dan ketika dia nampak bahawa tiada orang, dia membunuh orang Mesir itu, lalu menyembunyikannya di dalam pasir.

13Dan sesudah dia keluar pada hari kedua, lihatlah, dua orang lelaki dari kalangan orang Ibrani berkelahi: dan dia berkata kepada pihak yang berbuat salah itu, Mengapakah kamu memukul rakan sebangsamu?

14Dan dia berkata, Siapakah yang menjadikanmu penguasa dan hakim ke atas kami? adakah kamu berniat untuk membunuhku, seperti kamu membunuh orang Mesir itu? Dan Musa ketakutan, dan berkata, Sudah tentu hal ini terbongkar.

15Dalam pada itu, ketika Firaun mendengar itu, dia berusaha untuk membunuh Musa. Tetapi Musa melarikan diri dari wajah Firaun, dan berdiam di kawasan tanah orang Midian: dan dia duduk di tepi perigi.

16Di samping itu, imam orang Midian ada tujuh anak perempuan: dan mereka datang dan menimba air, dan mengisi palungan-palungan untuk memberi air kepada kawanan domba ayahnya.

17Dan para gembala datang menghalau mereka: tetapi Musa berdiri dan membantu mereka, dan memberi air kepada kawanan mereka.

18Dan sesudah mereka sampai ke Rehuel, ayah mereka, dia berkata, Bagaimana pula kalian kembali dengan sebegitu lekas pada hari ini?

19Dan mereka berkata, Seorang Mesir menyelamatkan kami dari tangan para gembala, dan juga menimba air cukup bagi kami, dan memberi air kepada kawanan itu.

20Dan dia berkata kepada anak-anak perempuannya, Dan manakah dia? mengapakah pula kalian meninggalkan orang itu? panggillah dia, supaya dia boleh makan roti.

21Dan Musa berpuas hati untuk berdiam dengan orang itu: dan dia memberi kepada Musa Zipora, anak perempuannya.

22Dan perempuan itu melahirkannya seorang anak lelaki, dan Musa memanggil namanya Gersom: sebab dia berkata, Aku telah menjadi orang asing di kawasan tanah asing.

23Dan terjadilah dalam perlanjutan masa, bahawa raja Mesir mati: dan bani Israel mengeluh kerana pengabdian itu, dan mereka berseru, dan seruan mereka sampai kepada Allah kerana pengabdian itu.

24Dan Allah mendengar keluhan mereka, dan Allah mengingat waadnya dengan Abraham, dengan Ishak, dan dengan Yakub.

25Dan Allah memandang kepada anak-anak Israel, dan Allah memihak kepada mereka.