Keluaran 1

Exodus 1

1Dalam pada itu, inilah nama-nama bani Israel, yang telah masuk ke dalam Mesir; setiap lelaki dan rumah tangganya yang masuk bersama Yakub.

2Ruben, Simeon, Lewi, dan Yehuda,

3Isakhar, Zebulun, dan Benyamin,

4Dan, dan Naftali, Gad, dan Asyer.

5Dan semua jiwa yang berasal dari pangkuan Yakub ialah tujuh puluh jiwa: sebab Yusuf sudah berada di Mesir.

6Dan Yusuf mati, dan semua saudaranya, dan seluruh generasi itu.

7Dan bani Israel berbuah, dan bertambah dengan melimpah, dan berganda, dan bertambah teramat kuat; dan tanah itu dipenuhi dengan mereka.

8Dalam pada itu, ada bangkit seorang raja yang baru ke atas Mesir, yang tidak mengenal Yusuf.

9Dan dia berkata kepada umatnya, Lihatlah, bangsa bani Israel itu berbilangan lebih dan lebih kuat daripada kami:

10Marilah kita mengendalikan mereka dengan bijak; supaya jangan mereka berganda, dan terjadilah bahawa ketika timbul apa pun peperangan, mereka menyertai juga musuh-musuh kita, lalu melawan kami, lalu berangkat keluar dari kawasan tanah ini.

11Oleh sebab itu, mereka menempatkan ke atas Israel tukang-tukang kerah untuk menindas mereka dengan beban-beban mereka. Dan mereka membina untuk Firaun kota-kota harta berharga, yakni Pitom dan Raamses.

12Tetapi semakin mereka menindas Israel, semakin Israel berganda dan bertambah. Dan mereka berduka hampa akan bani Israel.

13Dan orang Mesir membuat bani Israel untuk bekerja dengan keketatan:

14Dan mereka memahitkan kehidupan Israel dengan kerja abdi keras, dalam kerja tanah liat, dan dalam kerja batu bata, dan dalam segala ragam kerja yang ada di padang: segala kerja mereka, yang dikenakan mereka kepada Israel, adalah dengan keketatan.

15Dan raja Mesir berbicara kepada bidan-bidan Ibrani, yang salah seorang dari kalangannya bernama Sifra, dan yang satu lagi bernama Pua:

16Dan dia berkata, Ketika kalian melaksanakan jawatan bidan kepada perempuan-perempuan Ibrani, dan memerhatikan mereka di atas bangku; jika ia seorang anak lelaki, maka kalian akan membunuhnya: tetapi jika ia seorang anak perempuan, maka dia akan hidup.

17Tetapi para bidan itu takut akan Allah, dan tidak berbuat seperti yang diperintahkan raja Mesir kepada mereka, tetapi membenarkan anak-anak lelaki supaya hidup.

18Dan raja Mesir memanggil para bidan itu, lalu berkata kepada mereka, Mengapakah kalian melakukan demikian, dan menyelamatkan anak-anak lelaki supaya hidup?

19Dan para bidan berkata kepada Firaun, Kerana perempuan Ibrani bukan seperti perempuan Mesir; sebab mereka sungguh hidup, dan sudah melahirkan anak sebelum datangnya bidan kepada mereka.

20Oleh sebab itu, Allah berbuat baik kepada bidan-bidan itu: dan umat itu berganda, dan bertambah kuat.

21Dan terjadilah, kerana para bidan itu takut kepada Allah, bahawa dia membuat rumah bagi mereka.

22Dan Firaun mempertanggungjawabkan semua rakyatnya, dengan berkata, Setiap anak lelaki yang dilahirkan akan kalian buang ke dalam sungai, dan setiap anak perempuan akan kalian biar hidup.