Keluaran 9

Exodus 9

1Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Pergi masuk menghadap Firaun, dan beritahu dia, Beginilah firman TUHAN Allah orang IBrani, Biarlah umatku pergi, supaya mereka dapat melayaniku.

2Sebab jika kamu menolak untuk membiarkan mereka pergi, dan akan masih menahan mereka,

3Maka lihatlah, tangan TUHAN ada pada ternakanmu yang ada di ladang, pada kuda, pada keldai, pada unta, pada lembu, dan pada domba: akan adanya suatu penyakit sampar yang sungguh dahsyat.

4Dan TUHAN akan memisah di antara ternakan Israel dan ternakan Mesir: dan tiada apa pun yang akan mati yang dari segala ternakan bani Israel.

5Dan TUHAN menetapkan waktu tertentu, dengan berkata, Esok TUHAN akan melakukan hal itu di tanah ini.

6Dan TUHAN berbuat hal itu pada keesokan harinya, dan semua ternakan Mesir mati: tetapi yang dari antara ternakan bani Israel, seekor pun tidak mati.

7Dan Firaun mengutus orang, dan, lihatlah, tidak seekor pun dari antara ternakan orang Israel mati. Dan hati Firaun dikeraskan, dan dia tidak membiarkan umat itu pergi.

8Dan TUHAN berfirman kepada Musa dan kepada Harun, Kalian ambillah genggaman penuh jelaga dari perapian, dan biarlah Musa menghamburkannya ke arah syurga di pandangan Firaun.

9Dan ia akan menjadi debu di seluruh tanah Mesir, dan akan menjadi barah bisul yang pecah bernanah di atas manusia, dan di atas binatang, menerusi seluruh tanah Mesir.

10Dan mereka mengambil jelaga dari perapian, dan beridiri di hadapan Firaun; dan Musa menghamburkannya ke atas menghala ke syurga; dan ia menjadi barah bisul yang pecah bernanah di atas manusia, dan di atas binatang.

11Dan para ahli ilmu sihir itu tidak dapat berdiri di hadapan Musa kerana barah-barah bisul itu; sebab barah bisul itu berada di atas para ahli ilmu sihir, dan di atas semua orang Mesir.

12Dan TUHAN mengeraskan hati Firaun, dan dia tidak mengendahkan mereka; seperti yang telah difirmankan TUHAN kepada Musa.

13Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Bangunlah pada awal pagi, dan berdiri menghadap Firaun, dan berkatalah kepadanya, Beginilah firman TUHAN Allah orang Ibrani, Biarlah umatku pergi, supaya mereka dapat melayaniku.

14Sebab aku akan, pada waktu ini, menyampaikan segala azabku terhadap hatimu, dan terhadap hamba-hambamu, dan terhadap umatmu; supaya kamu dapat tahu bahawa tiada yang sepertiku di seluruh bumi.

15Sebab sekarang aku akan menghulurkan tanganku, supaya aku dapat menyambarmu dan umatmu dengan wabak; dan kamu akan diputuskan dari bumi.

16Dan sememangnya bagi tujuan ini telah aku membangunkanmu, untuk menunjuk di dalammu kuasaku; dan supaya namaku akan diisytiharkan menerusi seluruh bumi.

17Kamu masih mahu menyanjungi dirimu menentang umatku, sehingga tidak mahu membiarkan mereka pergi?

18Lihatlah, pada hari esok di sekitar waktu ini aku akan menyebabkan turunnya hujan batu yang sungguh dahsyat, iaitu demikian yang tidak pernah terjadi di Mesir sejak ada dasarnya sampai sekarang.

19Maka utuslah sekarang, dan kumpulkan segala ternakanmu, dan semua yang kamu ada di padang; sebab ke atas setiap manusia dan binatang yang ditemui di padang, dan yang tidak dibawa balik, hujan batu itu akan turun menimpa mereka, dan mereka akan mati.

20Orang yang takut akan firman TUHAN di kalangan para hamba Firaun melarikan hamba-hambanya dan ternakannya ke dalam rumah-rumah:

21Dan orang yang tidak peduli akan firman TUHAN meninggalkan hamba-hambanya dan ternakannya di padang.

22Dan TUHAN berfirman kepada Musa, Hulurkanlah tanganmu ke arah syurga, supaya akan adanya hujan batu di seluruh tanah Mesir, ke atas manusia, dan ke atas binatang, dan ke atas setiap tumbuh-tumbuhan di padang, menerusi seluruh tanah Mesir.

23Dan Musa menghulurkan tongkatnya ke arah syurga: dan TUHAN menyampaikan guruh dan hujan batu, dan api yang bersampingan ke tanah; dan TUHAN menghujani batu ke atas tanah Mesir.

24Maka adanya hujan batu, dan api yang bercampur dengan hujan batu itu, yang sungguh dahsyat, sehingga tiada yang seperti itu di seluruh tanah Mesir sejak ia dijadikan sebagai sebuah negara.

25Dan hujan batu itu mengazab menerusi seluruh tanah Mesir segalanya yang ada di padang, kedua-dua manusia dan binatang; dan hujan batu itu memukul setiap tumbuh-tumbuhan di padang, dan memecahkan setiap pokok di ladang.

26Hanya di tanah Gosyen, iaitu tempat adanya bani Israel, tiada hujan batu.

27Dan Firaun mengutus orang, dan memanggil untuk Musa dan Harun, dan berkata kepada mereka, Aku telah berdosa pada kali ini: TUHAN benar, dan aku dan umatku adalah durjana.

28Rayulah kepada TUHAN (sebab ia sudah cukup) supaya tiada lagi guruh dan hujan batu yang kuat; dan aku akan membiarkan kalian pergi, dan kalian tidak akan berdiam lebih lama lagi.

29Dan Musa berkata kepadanya, Sebaik sahaja aku keluar dari kota ini, aku akan mengangkat luas tanganku kepada TUHAN; dan guruh itu akan berhenti, dan tidak akan ada lagi apa pun hujan batu; supaya kamu dapat tahu bahawa bumi kepunyaan TUHAN.

30Tetapi bagimu dan bagi hamba-hambamu, aku tahu bahawa kalian masih tidak akan takut kepada TUHAN Allah.

31Dan flaks dan barli telah dibinasakan: sebab barli itu sedang berbulir, dan flaks pula sedang berbunga.

32Tetapi gandum dan sekoi tidak dibinasakan: sebab ia belum lagi bertumbuh dewasa.

33Dan Musa keluar dari kota meninggalkan Firaun, dan mengangkat luas tangannya kepada TUHAN: dan guruh dan hujan batu berhenti, dan hujan tidak lagi dicurahkan ke atas bumi.

34Dan ketika Firaun nampak bahawa hujan dan hujan batu dan guruh telah dihentikan, dia tambah berdosa lagi, lalu mengeraskan hatinya, baik dia mahupun para hambanya.

35Dan hati Firaun dikeraskan, dan dia juga tidak mahu membiarkan bani Israel pergi; seperti yang telah difirmankan TUHAN kepada Musa.