Galatia 2

Galatians 2

1Seterusnya, selepas empat belas tahun, aku naik semula ke Yerusalem dengan Barnabas, dan membawa Titus bersama-sama aku juga.

2Dan aku pergi oleh wahyu, dan menyampai kepada mereka injil itu yang kukhutbahkan kepada orang bukan Yahudi, namun hanya secara peribadi kepada mereka yang bereputasi baik, supaya jangan oleh apa pun aku berusaha, atau telah berusaha, dengan sia-sia.

3Tetapi Titus, yang ada bersamaku itu, sedangkan seorang Yunani, juga tidak dipaksa untuk bersunat:

4Dan itu kerana saudara-saudara palsu yang telah diseludupkan masuk tanpa disedari, yang masuk secara sembunyi untuk mengintip kebebasan kita dalam Kristus Yesus, supaya mereka dapat membawa kita ke dalam pembelengguan:

5Kepada mereka itulah kami sekali pun tidak tunduk, sejam pun tidak; supaya kebenaran injil itu dapat lanjut bersama kalian.

6Tetapi bagi mereka ini yang dianggap terpandang, (apa pun mereka, aku tidak peduli: Allah tidak mengistimewakan mana-mana orang:) mereka ini yang dianggap terpandang di dalam persidangan tidak menambahkan apa-apa pun kepadaku:

7Tetapi sebaliknya, apabila mereka nampak bahawa injil bagi yang tidak bersunat telah diamanahkan kepadaku, seperti injil bagi yang bersunat kepada Petrus;

8(Sebab dia yang bekerja dengan sungguh berkesan di dalam Petrus bagi kerasulian kepada yang bersunat, juga sungguh kuat di dalam aku kepada orang bukan Yahudi:)

9Dan apabila Yakobus, Kefas, dan Yohanes yang dianggap sebagai tiang penyokong, menanggap rahmat yang telah dikurniakan kepadaku, mereka menghulurkan tangan kanan persekutuan kepadaku dan Barnabas; supaya kami harus pergi kepada orang kafir, dan mereka kepada yang bersunat.

10Mereka hanya ingin supaya kami mengingati yang miskin; serupa dengan apa yang aku juga sungguh-sungguh lakukan.

11Tetapi apabila Petrus datang ke Antiokhia, aku menentangnya berhadapan muka, sebab dia harus dinyatakan salah.

12Sebab sebelum rombongan yang datang daripada Yakobus itu sampai, dia memang makan bersama-sama orang bukan Yahudi: tetapi apabila mereka telah sampai, dia menarik diri dan memisahkan dirinya, kerana takut akan mereka yang daripada pihak bersunat.

13Dan orang Yahudi yang lain berpura-pura seperti dia; sehingga Barnabas pun terikut-ikut dengan lagak berselindung-selindung mereka itu.

14Tetapi apabila aku nampak bahawa mereka tidak hidup benar menurut kebenaran injil, aku berkata kepada Petrus di hadapan mereka semua, Jika kamu, sedangkan seorang Yahudi, hidup menurut cara orang bukan Yahudi, dan bukan seperti orang Yahudi, mengapakah kamu memaksa orang bukan Yahudi untuk hidup seperti orang Yahudi?

15Yakni kita yang merupakan orang Yahudi semula jadi, dan bukan pendosa-pendosa daripada yang bukan Yahudi.

16Kita tahu bahawa seseorang tidak diperbenarkan oleh perbuatan hukum itu, tetapi oleh iman Yesus Kristus, kita pun telah percaya kepada Yesus Kristus, supaya kita dapat diperbenarkan oleh iman Kristus, dan bukan melalui perbuatan hukum: sebab tiada daging yang akan diperbenarkan oleh perbuatan hukum.

17Tetapi jika sementara kita harap untuk diperbenarkan oleh Kristus, kita sendiri juga ternyata sebagai orang-orang berdosa, maka adakah Kristus pelayan dosa? Biar Allah melarangkannya.

18Sebab jika kubina semula hal-hal yang telah kubinasakan, aku menjadikan diri sendiri sebagai pelanggar.

19Sebab aku oleh hukum telah mati terhadap hukum, supaya aku dapat hidup kepada Allah.

20Aku telah disalibkan dengan Kristus: namun aku hidup; tetapi bukan lagi aku yang hidup melainkan Kristus yang hidup di dalamku: dan hidupku yang kuhidupi sekarang di dalam daging kuhidupi oleh iman Anak Allah, yang telah mengasihi aku, dan menyerahkan dirinya untuk aku.

21Aku tidak menghambat rahmat Allah: sebab jikalau kewajaran datang daripada hukum, maka, Kristus telah mati dengan sia-sia.