Kejadian 11

Genesis 11

1Dan seluruh bumi terdiri daripada satu bahasa, dan daripada satu ucapan.

2Dan ia terjadilah, sementara mereka berhijrah dari sebelah timur, bahawa mereka telah menemui suatu dataran di tanah Sinear; lalu mereka berdiam di sana.

3Dan mereka berkata kepada satu sama lain, Ayuh, biar kita membuat batu bata, dan membakarnya dengan menyeluruh. Dan batu bata ada pada mereka sebagai batu, dan tanah liat ada pada mereka sebagai mortar.

4Dan mereka berkata, Ayuh, mari kita membina sebuah kota dan sebuah menara, yang puncaknya dapat mencapai syurga; dan biar kita memasyhurkan nama kita, supaya jangan kita terserak ke seluruh permukaan bumi.

5Dan TUHAN turun untuk melihat kota dan menara, yang telah dibina oleh anak-anak manusia itu.

6Dan TUHAN berfirman, Lihatlah, umat manusia adalah satu, dan mereka semua ada satu bahasa; dan ini telah mula dibuat mereka: dan sekarang tiada apa pun yang akan menahan mereka daripada apa yang telah dibayangkan mereka untuk dibuat.

7Ayuh, mari kita turun, dan di sana mengelirukan bahasa mereka, supaya mereka tidak dapat memahami ucapan satu sama lain.

8Jadi, TUHAN menyerakkan mereka meluas dari tempat itu ke seluruh permukaan bumi: dan mereka meninggalkan rancangan pembinaan kota itu.

9Maka nama itu dipanggil Babel; kerana di sana TUHAN memang mengelirukan bahasa seluruh bumi: dan sejak itu TUHAN memang menyerakkan mereka meluas ke seluruh permukaan bumi.

10Inilah salasilah Sem: Sem berumur seratus tahun, dan memperanakkan Arpakhsad dua tahun selepas banjir itu:

11Dan Sem hidup setelah dia memperanakkan Arpakhsad lima ratus tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.

12Dan Arphakhsad hidup lima dan tiga puluh tahun, dan memperanakkan Salah:

13Dan Arpakhsad hidup setelah dia memperanakkan Salah empat ratus dan tiga tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan:

14Dan Salah hidup tiga puluh tahun, dan memperanakkan Eber:

15Dan Salah hidup setelah dia memperanakkan Eber empat ratus dan tiga tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.

16Dan Eber hidup empat dan tiga puluh tahun, dan memperanakkan Peleg:

17Dan Eber hidup setelah dia memperanakkan Peleg empat ratus dan tiga puluh tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.

18Dan Peleg hidup tiga puluh tahun, dan memperanakkan Rehu:

19Dan Peleg hidup setelah dia memperanakkan Rehu dua ratus dan sembilan tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.

20Dan Rehu hidup dua dan tiga puluh tahun, dan memperanakkan Serug:

21Dan Rehu hidup setelah dia memperanakkan Serug dua ratus dan tujuh tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.

22Dan Serug hidup tiga puluh tahun, dan memperanakkan Nahor:

23Dan Serug hidup setlah dia memperanakkan Nahor dua ratus tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.

24Dan Nahor hidup sembilan dan dua puluh tahun, dan memperanakkan Terah:

25Dan Nahor hidup setelah dia memperanakkan Terah seratus dan sembilan tahun, dan memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.

26Dan Terah hidup tujuh puluh tahun, dan memperanakkan Abram, Nahor, dan Haran.

27Inilah salasilah Terah: Terah memperanakkan Abram, Nahor, dan Haran; dan Haran memperanakkan Lot.

28Dan Haran mati sebelum ayahnya, Terah, di tanah airnya, di Ur tempat orang Kasdim.

29Dan Abram serta Nahor mengambil bagi diri mereka isteri: nama isteri Abram ialah Sarai; dan nama isteri Nahor ialah Milka, anak perempuan Haran, bapa Milka dan bapa Yiska.

30Tetapi Sarai itu mandul; dia tidak mempunyai anak.

31Dan Terah membawa anaknya, Abram, dan Lot anak Haran, anak kepada anaknya, dan Sarai, menantu perempuannya, isteri anaknya, Abram; dan mereka berangkat dari Ur tempat orang Kasdim, untuk pergi ke tanah Kanaan; dan mereka sampai ke Haran, dan berdiam di sana.

32Dan hari-hari hayat Terah dua ratus dan lima tahun: lalu Terah meninggal di Haran.