1Dalam pada itu, Sarai, isteri Abram itu, tidak melahir anak kepada Abram: dan dia ada seorang inang, orang Mesir, yang namanya Hagar.
2Dan Sarai berkata kepada Abram, Lihatlah sekarang, TUHAN telah menahan diriku daripada melahir anak: Aku mohon kepadamu, hampirilah inangku; supaya aku mungkin peroleh anak melaluinya. Dan Abram mengendahkan suara Sarai.
3Dan Sarai, isteri Abram, mengambil Hagar, inangnya, orang Mesir, sesudah Abram berdiam sepuluh tahun di tanah Kanaan, lalu memberi inangnya kepada suaminya, Abram, untuk dijadikan isteri.
4Dan Abram menghampiri Hagar, dan dia mengandung: dan ketika Hagar nampak bahawa dia sudah mengandung, cik puannya dipandang hina di matanya.
5Dan Sarai berkata kepada Abram, Kesalahanku ditanggungmu: Aku telah menyerahkan hambaku ke pangkuanmu; dan ketika hambaku nampak bahawa dia sudah mengandung, aku pula dipandang hina di matanya: TUHAN menghakimi di antara aku dan kamu.
6Tetapi Abram berkata kepada Sarai, Lihatlah, hambamu ada pada tanganmu; perbuatlah kepadanya sesuka hatimu. Dan ketika Sarai melakukan kekerasan kepada Hagar, Hagar melarikan diri daripada wajah Sarai.
7Dan malaikat TUHAN menemuinya di tepi suatu mata air di padang gurun, di tepi mata air yang dalam perjalanan ke Syur.
8Dan dia berkata, Hai Hagar, hamba Sarai, dari mana datangnya kamu? dan ke manakah akan kamu pergi? Dan Hagar berkata, Aku melarikan diri daripada wajah puanku, Sarai.
9Dan malaikat TUHAN berkata kepadanya, Kembalilah kepada puanmu, dan tundukkanlah dirimu kepada kekuasaannya.
10Dan malaikat TUHAN berkata kepadanya, Aku akan menggandakan benihmu dengan teramat banyak, sehingga ia tidak terbilang kerana sungguh banyak.
11Dan malaikat TUHAN berkata kepadanya, Lihatlah, kamu mengandung, dan akan melahirkan seorang anak lelaki, dan akan memanggil namanya Ismael; kerana TUHAN sudah mendengar kesengsaraanmu.
12Dan anak ini akan menjadi lelaki yang liar; tangannya akan melawan setiap orang, dan tangan setiap orang akan melawannya; dan dia akan berdiam di kehadiran semua saudaranya.
13Dan dia memanggil nama TUHAN yang berbicara kepadanya, Engkau Allah melihatku: sebab Hagar berkata, Sudahkah aku juga di sini melihat dia yang melihatku?
14Lantaran itu, perigi itu dipanggil Beerlahairoi; lihatlah, ia berada di antara Kadesh dan Bered.
15Dan Hagar melahirkan anak lelaki bagi Abram: dan Abram memanggil nama anak lelakinya, yang dilahirkan Hagar, Ismael.
16Dan Abram berumur empat kali dua puluh dan enam tahun, ketika Hagar melahirkan Ismael kepada Abram.