Kejadian 23

Genesis 23

1Dan Sarah berumur seratus dua puluh tujuh tahun: itulah tahun-tahun hayat Sarah.

2Dan Sarah mati di Kiryatarba; tempat yang sama itu ialah Hebron, di tanah Kanaan: dan Abraham datang untuk meratapi Sarah, dan untuk menangisinya.

3Dan Abraham bangun dari hadapan orang mati kepunyaannya itu, lalu berucap kepada bani Het, dengan berkata,

4Aku seorang asing dan perantau di antara kalian: berilah kepadaku harta milik untuk dijadikan tapak perkuburan bersama kalian, supaya aku dapat menguburkan si matiku di luar pandanganku.

5Dan bani Het menjawab Abraham, dengan berkata kepadanya,

6Dengarlah kami, tuanku: kamu seorang penguasa yang kuat di kalangan kami: dengan banyaknya pilihan makam kami kuburkanlah si matimu; tidak seorang pun di antara kami akan menahan daripadamu makamnya, tetapi supaya kamu dapat menguburkan si matimu.

7Dan Abraham berdiri, dan menyujudkan dirinya kepada bangsa di kawasan tanah itu, yakni bani Het.

8Dan dia bersekutu dengan mereka, dengan berkata, Jika ia ada di dalam minda kalian supaya aku dapat menguburkan si matiku di luar pandanganku; maka dengarlah aku, dan rayulah bagiku kepada Efron anak kepada Zohar,

9Supaya dia akan memberiku gua itu di Makhpela, yang dimilikinya, yang berada di hujung ladangnya; dengan harga sejajar dengan nilainya, dia akan memberi itu kepadaku sebagai harta milik untuk dijadikan tapak perkuburan di kalangan kalian.

10Dan Efron berdiam di antara bani Het: dan Efron orang Het menjawab Abraham di depan hadirin bani Het, yakni semua orang yang memasuki pintu gerbang kotanya, dengan berkata,

11Tidak, tuanku, dengarlah aku: ladang itu kuberi kepadamu, dan gua itu yang ada di sana, aku memberinya kepadamu; di kehadiran anak-anak lelaki yang sebangsaku aku memberinya kepadamu: kuburkanlah si matimu.

12Dan Abraham menyujudkan dirinya di hadapan bangsa kawasan tanah itu.

13Dan dia berbicara kepada Efron di depan hadirin bangsa kawasan tanah itu, dengan berkata, Tetapi jika kamu akan memberinya, aku mohon kepadamu, dengarlah aku: Aku akan memberimu wang untuk ladang itu; ambillah itu daripadaku, dan aku akan menguburkan si matiku di sana.

14Dan Efron menjawab Abraham, dengan berkata kepadanya,

15Tuanku, endahkanku: tanah itu bernilai empat ratus syikal perak; apakah erti itu di antara aku dan tuan? maka pergi kuburkan jenazah orangmu itu.

16Dan Abraham mengendahkan Efron; dan Abraham menimbang kepada Efron perak itu, yang telah disebutkannya di hadapan bani Het, empat ratus syikal perak, wang semasa yang dipakai para saudagar.

17Dan ladang Efron, yang ada di Makhpela, yang berada sebelum Mamre, ladang itu, dan gua itu yang ada di sana, dan semua pokok yang ada di ladang itu, yang ada di seluruh batasan di sekelilingnya, dijadikan pasti

18Kepada Abraham sebagai harta milik di kehadiran bani Het, di hadapan semua orang yang memasuki pintu gerbang kotanya.

19Dan sesudah itu, Abraham menguburkan Sara, isterinya, di gua yang ada di ladang Makhpela sebelum Mamre: tempat yang sama itu ialah Hebron di tanah Kanaan.

20Dan ladang itu, dan gua yang ada di sana, dijadikan pasti kepada Abraham oleh bani Het sebagai harta milik untuk dijadikan tapak perkuburan .