1Kemudian Yakub pergi menurut perjalannya, lalu sampai ke tanah orang timur.
2Dan dia melihat, dan lihatlah ada perigi di padang, dan lihatlah, ada tiga kawanan domba yang berbaring di sampingnya; sebab dari perigi itu mereka memberi air kepada kawanan-kawanan: dan ada batu besar yang ada pada mulut perigi itu.
3Dan di sana ada semua kawanan yang dikumpulkan: dan mereka menggulingkan batu itu dari mulut perigi itu, lalu memberi air kepada domba-domba, dan menaruh batu itu semula ke atas mulut perigi itu menurut tempat asalnya.
4Dan Yakub berkata kepada mereka, Hai saudara-saudaraku, dari manakah kalian berasal? Dan mereka berkata, Dari Haran kami berasal.
5Dan Yakub berkata kepada mereka, Kenalkah kalian Laban anak lelaki kepada Nahor? Dan mereka berkata, Kami mengenal dia.
6Dan dia berkata kepada mereka, Selamatkah dia? Dan mereka berkata, Dia selamat: dan lihatlah, Rahel, anak perempuannya, sedang datang bersama domba-dombanya.
7Dan Yakub berkata, Lihatlah, ia masih siang yang tinggi, dan juga bukan tiba waktunya sehingga ternakan-ternakan harus dikumpulkan bersama: kalian berilah air kepada domba-domba, dan pergilah memberi makan kepadanya.
8Dan mereka berkata, Kami tidak boleh berbuat itu, sehingga semua kawanan dikumpulkan bersama, dan sehingga mereka menggulingkan batu dari mulut perigi; barulah kami memberi air kepada domba-domba.
9Dan sementara dia masih berbicara dengan mereka, Rahel datang bersama domba-domba ayahnya: sebab Rahel yang memeliharanya.
10Dan terjadilah, ketika Yakub nampak Rahel, anak perempuan Laban, saudara kepada ibu Yakub, dan domba-domba Laban, saudara kepada ibu Yakub, bahawa Yakub mendekat, dan menggulingkan batu itu dari mulut perigi itu, lalu memberi air kepada domba-domba Laban, saudara kepada ibu Yakub.
11Dan Yakub mencium Rahel, dan mengangkat suaranya, lalu menangis.
12Dan Yakub memberitahu Rahel bahawa dia merupakan saudara lelaki ayah Rahel, dan bahawa dia merupakan anak lelaki Rahel: dan Rahel berlari dan memberitahu ayahnya.
13Dan terjadilah, ketika Laban mendengar khabar akan Yakub, anak lelaki kepada adik perempuannya itu, bahawa dia lari untuk bertemu dengannya, lalu memeluknya, dan menciumnya, dan membawannya ke dalam rumahnya. Dan dia memberitahu Laban segala hal itu.
14Dan Laban berkata kepadanya, Tentulah kamu merupakan tulangku dan dagingku. Dan Yakub berdiam bersamanya untuk jangka masa sebulan.
15Dan Laban berkata kepada Yakub, Kerana kamu merupakan saudara lelakiku, patutkah kamu melayaniku untuk percuma? beritahulah aku, apakah seharusnya harga upahmu?
16Dan Laban ada dua anak perempuan: nama yang lebih tua ialah Lea, dan nama yang lebih muda ialah Rahel.
17Lea bermata kuyu; tetapi Rahel itu cantik dan sungguh diredai orang.
18Dan Yakub mengasihi Rahel; dan berkata, Aku akan melayanimu tujuh tahun untuk Rahel, anak perempuanmu yang lebih muda.
19Dan Laban berkata, Ia lebih baik aku menyerahkan Rahel kepadamu, daripada menyerahkannya kepada lelaki yang lain: berdiamlah bersamaku.
20Dan bekerjalah Yakub tujuh tahun demi Rahel; dan bagi Yakub ia bagaikan beberapa hari sahaja, kerana cintanya terhadap Rahel.
21Dan Yakub berkata kepada Laban, Berilah kepadaku isteriku, sebab hari-hari hutangku sudah digenapi, supaya aku dapat masuk kepadanya.
22Dan Laban mengumpulkan semua lelaki tempat itu, lalu mengadakan pesta.
23Dan terjadilah pada waktu malam, dia mengambil Lea, anak perempuannya, dan menyerahkan dia kepada Yakub; dan Yakub masuk kepadanya.
24Dan Laban memberi kepada Lea, Zilpa, hamba perempuannya, untuk dijadikan hamba Lea.
25Dan terjadilah, bahawa pada waktu pagi, lihatlah, perempuan itu Lea: dan Yakub berkata kepada Laban, Apakah yang telah dilakukanmu kepadaku? tidakkah aku melayanimu untuk Rahel? maka mengapakah kamu memperdayakanku?
26Dan Laban berkata, Ia tidak seharusnya dilakukan di negeri kami ini, untuk menyerahkan adik mendahului yang sulung.
27Genapilah dahulu minggu Lea ini, dan kami akan memberi kepadamu ini juga bagi khidmat yang akan kamu beri kepadaku untuk tujuh tahun lagi.
28Dan Yakub melakukan itu, dan menggenapi minggu Lea: dan Laban menyerahkan Rahel, anak perempuannya, kepadanya untuk dijadikan isteri juga.
29Dan Laban memberi kepada Rahel, anak perempuannya, Bilha, hamba perempuannya, untuk dijadikan hamba Rahel.
30Dan Yakub masuk juga kepada Rahel, dan dia juga mengasihi Rahel lebih daripada Lea, dan bekerja dengan Laban tujuh tahun lagi.
31Dan ketika TUHAN nampak bahawa Lea dibenci, dia membuka rahimnya: tetapi Rahel mandul.
32Dan Lea mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki, dan dia memanggil namanya Ruben: sebab dia berkata, Tentulah TUHAN telah melihat kesengsaraanku; maka sekarang suamiku akan mengasihiku.
33Dan dia mengandung sekali lagi, dan melahirkan seorang anak lelaki; dan berkata, Oleh sebab TUHAN telah mendengarku bahawa aku dibenci, maka dia telah memberiku anak lelaki ini juga: dan dia memanggil namanya Simeon.
34Dan dia mengandung sekali lagi, dan melahirkan seorang anak lelaki; dan berkata, Sekarang pada kali ini akan suamiku disebatikan denganku, kerana aku telah melahirkan baginya tiga anak lelaki: oleh sebab itu namanya dipanggil Lewi.
35Dan dia mengandung sekali lagi, dan melahirkan seorang anak lelaki: dan dia berkata, Sekarang aku akan memuji TUHAN: oleh sebab itu, dia memanggil namanya Yehuda; dan berhenti melahir anak.