Kejadian 33

Genesis 33

1Dan Yakub melayangkan pandangannya, dan melihat, dan, lihatlah, Esau datang, dan bersamanya ada empat ratus orang. Dan Yakub mengasingkan anak-anak kepada Lea, dan kepada Rahel, dan kepada dua hamba perempuan itu.

2Dan dia meletakkan hamba-hamba perempuan dan anak-anak mereka ke barisan yang paling depan, dan Lea dan anak-anaknya kemudian, dan Rahel dan Yusuf di belakang sekali.

3Dan dia melangkaui mereka, dan bersujud sampai ke tanah tujuh kali, sehingga dia sampai dekat kepada saudaranya.

4Dan Esau berlari untuk bertemu dengannya, dan memeluknya, dan merangkul lehernya, dan menciumnya: dan mereka menangis.

5Dan dia melayangkan pandangannya, dan melihat perempuan dan anak-anak; dan berkata, Siapakah orang-orang itu yang ada bersamamu? Dan dia berkata, anak-anak yang telah diberi Allah dengan murah hati kepada hambamu.

6Kemudian para hamba perempuan mendekat, mereka dan anak-anak mereka, dan mereka bersujud.

7Dan Lea juga bersama anak-anaknya sampai, dan bersujud: dan sesudah itu sampailah Yusuf berdekatan Rahel, dan mereka bersujud.

8Dan Esau berkata, Apakah maksudmu dengan semua kawanan ini yang telah ditemuiku tadi? Dan Yakub berkata, Semua itu adalah untuk mendapat perkenan di pandangan tuanku.

9Dan Esau berkata, Aku ada cukup, saudaraku; simpanlah apa yang kamu ada itu bagi dirimu sendiri.

10Dan Yakub berkata, Jangan, aku mohon kepadamu, jika sekarang aku telah menemui rahmat di pandanganmu, maka terimalah pemberianku dari tanganku: sebab aku telah melihat wajahmu, seakan-akan aku telah melihat wajah Allah, dan kamu berkenan kepadaku.

11Ambillah, aku mohon kepadamu, berkatku yang telah kubawa kepadamu; kerana Allah telah berurus dengan murah hati kepadaku, dan kerana aku sudah ada cukup. Dan Yakub memujuk-mujuk Esau, dan Esau mengambilnya.

12Dan Esau berkata, Biar kita meneruskan perjalanan kita, dan biar kita pergi, dan aku akan mendahuluimu.

13Dan dia berkata kepada Esau, Tuanku tahu bahawa anak-anak ini lemah, dan kawanan dan ternakan lembu bersama anak-anaknya ada bersamaku: dan jika orang terlampau memandunya dalam sehari, seluruh kawanan akan mati.

14Biarlah tuanku, aku mohon kepadamu, melangkau mendahului hambanya ini: dan aku akan memimpin dengan lembut, menurut langkah ternakan yang maju di hadapanku dan menurut apa yang dapat ditanggung anak-anak, sehingga aku sampai kepada tuanku di Seir.

15Dan Esau berkata, Biar aku sekarang tinggalkan bagimu sesetengah orang yang ada bersamaku. Dan Yakub berkata, Apakah keperluan itu? Biar aku mendapat perkenan di pandangan tuanku.

16Maka Esau pulang pada hari itu ke Seir.

17Dan Yakub berangkat ke Sukot, dan membina bagi dirinya sebuah rumah, dan mendirikan pondok-pondok bagi ternakannya: oleh sebab itu, nama tempat itu dipanggil Sukot.

18Dan Yakub sampai ke Syalem, sebuah kota di Sikhem, yang berada di tanah Kanaan, ketika dia dahulu datang dari Padanaram; dan mendirikan khemahnya di hadapan kota itu.

19Dan dia membeli sebidang tanah, tempat yang dia memperluaskan perkhemahannya, dari tangan bani Hemor, ayah Sikhem, untuk sebanyak seratus keping wang.

20Dan dia mendirikan di sana sebuah mazbah, dan memanggilnya Elelohe-Israel.