1Dan Yusuf dibawa turun ke Mesir; dan Potifar, seorang pegawai Firaun, ketua pengawal, dan seorang Mesir, membeli Yusuf dari tangan orang Ismael, yang telah membawanya ke situ.
2Dan TUHAN ada bersama Yusuf, dan dia orang yang makmur; dan dia berada di rumah tuannya, orang Mesir itu.
3Dan tuannya nampak bahawa TUHAN ada bersama Yusuf, dan bahawa TUHAN menjadikan segala perbuatannya untuk makmur di tangannya.
4Dan Yusuf mendapat rahmat di pandangan tuannya, dan Yusuf melayaninya: lalu tuan itu menjadikan Yusuf penyelia di rumahnya, dan segala yang dimilikinya diserahkan ke dalam tangan Yusuf.
5Dan terjadilah, mulai daripada waktu yang tuan menjadikan Yusuf penyelia di rumahnya dan atas segala miliknya, bahawa TUHAN memberkati rumah orang Mesir itu demi Yusuf; dan berkat TUHAN berada di atas segalanya yang dia ada di rumah, dan di ladang.
6Dan dia menyerah segala yang dimilikinya ke dalam tangan Yusuf; dan dia tidak mengetahui apa pun yang dimilikinya, kecuali roti yang dimakannya. Dan Yusuf merupakan orang yang elok, dan sungguh diredai orang.
7Dan terjadilah, sesudah hal-hal itu, bahawa isteri tuannya tertarik kepada Yusuf, dan dia berkata, Berbaringlah bersamaku.
8Tetapi dia menolak, dan berkata kepada isteri tuannya, Lihatlah, tuanku tidak mengambil tahu pekerjaanku di dalam rumah, dan dia telah menyerahkan segala kepunyaannya kepada tanganku;
9Tiada sesiapa pun yang lebih besar di rumah ini daripada diriku; dan dia juga tidak menahan apa pun daripadaku kecuali kamu, kerana kamu isteri kepadanya: bagaimanakah mungkin aku berbuat kedurjanaan yang besar ini, lalu berdosa terhadap Allah?
10Dan terjadilah, sementara perempuan itu berbicara kepada Yusuf hari demi hari, bahawa dia tidak mengendahkannya, untuk berbaring bersampingannya, atau untuk berada bersamanya.
11Dan terjadilah, di sekitar waktu ini, bahawa Yusuf pergi ke rumah untuk melakukan urusannya; dan tiada sesiapa pun yang ada di dalam rumah itu.
12Dan perempuan itu menangkap Yusuf dengan memegang bajunya, dengan berkata, Berbaringlah bersamaku: dan dia meninggalkan bajunya di tangannya, lalu melarikan diri, dan mengeluarkan dirinya dari situ.
13Dan terjadilah, ketika perempuan itu nampak bahawa Yusuf telah meninggalkan bajunya di dalam tangannya, dan telah melarikan diri,
14Bahawa dia memanggil kepada lelaki-lelaki di rumahnya, dan berbicara kepada mereka, dengan berkata, Lihatlah, dia telah membawa masuk seorang Ibrani kepada kita untuk memperolok-olok kita; dia masuk kepadaku untuk berbaring denganku, dan aku berseru dengan suara yang lantang:
15Dan terjadilah, ketika dia mendengar bahawa aku mengangkat suaraku dan berseru, bahawa dia meninggalkan bajunya dengan aku, lalu melarikan diri, dan mengeluarkan dirinya dari sini.
16Dan perempuan itu menaruh baju Yusuf di samping dirinya, sehingga tuannya pulang ke rumah.
17Dan perempuan itu berbicara kepada Potifar menurut segala perkataan ini, dengan berkata, Hamba Ibrani, yang telah kamu bawa kepada kita, telah masuk kepadaku untuk memperolok-olokkanku:
18Dan terjadilah, sementara aku mengangkat suaraku dan berseru, bahawa dia meninggalkan bajunya dengan aku, lalu melarikan diri ke luar.
19Dan terjadilah, ketika tuan Yusuf mendengar segala perkataan isterinya, yang telah dibicarakan kepadanya, dengan berkata, Dengan cara sekian hambamu telah berbuat kepada diriku; bahawa murkanya ternyala.
20Dan tuan Yusuf mengambilnya, lalu memasukkannya ke dalam penjara, iaitu tempat yang orang-orang tahanan raja dikurung: dan Yusuf berada di sana dalam penjara.
21Tetapi TUHAN ada bersama Yusuf, dan menunjukkannya belas kasihan, dan memberinya keredaan di pandangan penjaga penjara itu.
22Dan penjaga penjara itu menyerah kepada tangan Yusuf semua orang tahanan yang berada di penjara itu; dan barang apa yang dilakukan mereka di sana, Yusuf yang menjadi penggerak perlakuan itu.
23Penjaga penjara itu tidak memandang kepada sebarang apa pun yang ada di bawah tangan Yusuf; kerana TUHAN ada bersamanya, dan apa yang dilakukan Yusuf, TUHAN menjadikan itu supaya makmur.