1Dan terjadilah sesudah hal-hal itu, bahawa salah seorang memberitahu Yusuf, Lihatlah, ayahmu sakit: dan Yusuf mengambil bersamanya dua anak lelakinya, Manasye dan Efraim.
2Dan salah seorang memberitahu Yakub, dan berkata, Lihatlah, anak lelakimu Yusuf sedang mendekatimu: dan Israel menguatkan dirinya, lalu duduk di atas katil.
3Dan Yakub berkata kepada Yusuf, Allah Yang Maha Kuasa menyatakan dirinya kepadaku di Lus di tanah Kanaan, dan memberkatiku,
4Dan telah berfirman kepadaku, Lihatlah, aku akan menjadikanmu berbuah, dan menggandakan dirimu, dan aku akan menjadikan daripadamu bangsa yang berbilangan ramai; dan aku akan memberi tanah ini kepada benihmu yang kemudian dirimu untuk harta milik yang abadi.
5Dan sekarang dua anak lelakimu, Efraim dan Manasye, yang telah dilahirkan bagimu di tanah Mesir sebelum aku datang kepadamu ke Mesir, ialah kepunyaanku; seperti Ruben dan Simeon, mereka akan menjadi kepunyaanku.
6Dan yang terpancar daripadamu, yang kamu memperanak kemudian mereka, akan menjadi kepunyaanmu, dan akan dipanggil menurut nama saudara-saudara mereka dalam pewarisan mereka.
7Dan bagi diriku, ketika aku datang dari Padan, Rahel telah mati bersampinganku di tanah Kanaan dalam perjalanan, ketika adanya sedikit lagi jarak ke Efrata; yang sama itu ialah Betlehem.
8Dan Israel melihat anak-anak lelaki Yusuf, dan berkata, Siapakah mereka ini?
9Dan Yusuf berkata kepada ayahnya, Mereka ini anak-anak lelakiku, yang telah Allah beri kepadaku di tempat ini. Dan Yakub berkata, Bawalah mereka, aku mohon kepadamu, kepadaku, dan aku akan memberkati mereka.
10Dalam pada itu, mata Israel kabur kerana umur uzur, sehingga dia tidak dapat melihat. Dan dia membawa mereka dekat kepadanya; dan dia mencium mereka, dan memeluk mereka.
11Dan Israel berkata kepada Yusuf, aku tidak sekalipun menyangka bahawa aku akan melihat wajahmu: dan lihatlah, Allah juga telah menunjukkanku benihmu.
12Dan Yusuf membawa mereka keluar dari antara lututnya, lalu dia bersujud dengan mukanya ke bumi.
13Dan Yusuf mengambil mereka berdua, Efraim di tangan kanannya ke sebelah tangan kiri Israel, dan Manasye di tangan kirinya ke sebelah tangan kanan Israel, dan membawa mereka dekat kepadanya.
14Dan Israel menghulurkan tangan kanannya, lalu meletakkannya ke atas kepala Efraim, iaitu yang bongsu, dan tangan kirinya ke atas kepala Manasye, memandu tangannya sedemikian dengan sengaja; sebab Manasye itu anak sulung.
15Dan dia memberkati Yusuf, dan berkata, Allah, yang di hadapannya bapa-bapa leluhurku menjalani hidup, Allah yang telah memberi makan kepadaku sepanjang hidupku sampai kepada hari ini,
16Yakni Malaikat itu yang telah menebusku daripada segala kecelakaan, memberkati budak-budak lelaki ini; dan biar namaku disebut ke atas mereka, dan juga nama Abraham dan Ishak; dan biar mereka bertambah menjadi suatu bilangan yang ramai di tengah-tengah bumi.
17Dan sesudah Yusuf nampak bahawa ayahnya meletakkan tangan kanannya ke atas kepala Efraim, itu tidak menyenangkannya: dan dia memegang tangan ayahnya, untuk dipindahkan dari kepala Efraim ke kepala Manasye.
18Dan Yusuf berkata kepada ayahnya, Jangan demikian, ya ayahku: sebab dia ini yang sulung; letakkanlah tangan kananmu ke atas kepalanya.
19Dan ayahnya menolak, dan berkata, Aku tahu, ya anakku, aku tahu: dia juga akan menjadi suatu bangsa, dan dia juga akan menjadi besar: tetapi sesungguhnya, adik lelakinya akan menjadi lebih besar daripadanya, dan benihnya akan menjadi bangsa-bangsa yang berbilangan besar.
20Dia dia memberkati mereka pada hari itu, dengan berkata, Dalammu Israel akan memberkati, dengan berkata, Allah menjadikanmu seperti Efraim dan seperti Manasye: dan dia mendahulukan Efraim daripada Manasye.
21Dan Israel berkata kepada Yusuf, Lihatlah, aku mati: tetapi Allah akan berada bersama kalian, dan membawa kalian semula ke tanah bapa-bapa leluhurmu.
22Tambahan pula, aku telah memberi kepadamu satu bahagian lebih mengatasi saudara-saudaramu, yang telah aku rampas dari tangan orang Amori dengan pedangku dan dengan busurku.