Kejadian 49

Genesis 49

1Dan Yakub memanggil anak-anak lelakinya, dan berkata, Himpunlah diri kalian bersama, supaya aku dapat memberitahu kalian apa yang akan mendatangi kalian pada hari-hari terakhir.

2Himpunlah diri kalian bersama, dan dengarlah, hai kalian anak-anak lelaki Yakub; dan endahkanlah Israel, ayahmu.

3Ruben, engkaulah anak sulungku, kegagahanku, dan permulaan kekuatanku, kecemerlangan maruah, dan kecemerlangan kuasa:

4Seperti air yang tidak stabil, kamu tidak akan maju; kerana kamu telah naik ke katil ayahmu; kemudian mencemarinya: dia naik ke tilamku.

5Simeon dan Lewi bersaudara; alat-alat kekejaman berada di tempat-tempat kediaman mereka.

6O jiwaku, janganlah kamu mendekati rahsia mereka; kepada perhimpunan mereka, hai kehormatanku, janganlah kamu disatukan: sebab di dalam kemarahan mereka, mereka telah membunuh seorang lelaki, dan di dalam kehendak mereka sendiri mereka telah menggali roboh tembok.

7Terkutuklah kemarahan mereka, sebab ia sungguh ganas; dan kemurkaan mereka, sebab ia kejam: aku akan membahagikan mereka di Yakub, dan menyerakkan mereka di Israel.

8Yehuda, kamu merupakan orang yang akan dipuji saudara-saudaramu: tanganmu akan berada pada leher musuh-musuhmu; anak-anak ayahmu akan sujud di hadapanmu.

9Yehuda ialah anak singa: sejak dari mendapat mangsa, hai anakku, kamu telah naik tinggi: dia menunduk, dia mendekam seperti singa, dan sebagai singa yang tua; siapakah yang akan membangunkannya?

10Cokmar pemerintahan tidak akan meninggalkan Yehuda, demikian juga penggubal hukum dari antara kakinya, sehingga datangnya Silo; lalu kepadanya akan dihimpunkan umat.

11Sementara mengikat anak kudanya di pokok anggur, dan anak keldainya kepada pokok anggur pilihan; dia membasuh pakaiannya di dalam wain, dan pakaian di dalam darah anggur:

12Matanya akan menjadi merah dengan wain, dan giginya putih dengan susu.

13Zebulon akan berdiam di pelabuhan laut; dan dia akan menjadi pelabuhan kapal-kapal; dan batasannya akan sampai ke Sidon.

14Isakhar ialah keldai yang kuat yang meniarap di antara dua beban:

15Dan dia nampak bahawa peristirahatan itu baik, dan tanah itu menyenangkan; lalu menundukkan bahunya untuk memikul, dan menjadi hamba kepada pemberian ufti.

16Dan akan menghakimi umatnya, seperti salah satu suku kaum Israel.

17Dan akan menjadi seekor ular di perjalanan, seekor ular adder di lorong, yang mematuk tumit-tumit kuda, sehingga penunggangnya jatuh ke belakang.

18Aku telah menantikan keselamatanmu, ya TUHAN.

19Gad, suatu pasukan akan mengatasinya: tetapi dia akhirnya akan mengatasi.

20Dari Asyer rotinya akan gemuk, dan dia akan menghasilkan makanan istimewa diraja.

21Naftali ialah rusa yang dilepaskan: dia memberi kata-kata yang elok.

22Yusuf ialah cabang yang berbuah banyak, yakni cabang yang berbuah banyak di tepi perigi; yang ranting-rantingnya menular mengatasi tembok:

23Para pemanah telah mendukakannya dengan cukup teruk, dan telah memanahnya, dan membencinya:

24Tetapi busurnya berdiam dalam kekuatan, dan lengan-lengan tangannya diperkuatkan oleh tangan Allah Yang Maha Kuat Yakub; (dari situlah gembala itu, batu Israel itu)

25Yakni oleh Allah ayahmu, yang akan membantumu; dan oleh Yang Maha Kuasa, yang akan memberkatimu dengan berkat-berkat samudera raya yang ada di bawah, berkat-berkat payu dara, dan rahim:

26Berkat-berkat ayahmu telah mengatasi berkat-berkat para leluhurku sampai kepada batas yang paling hujung di bukit-bukit abadi: semua itu akan berada di kepala Yusuf, dan di atas mahkota kepalanya yang berpisahan dengan saudara-saudaranya.

27Benyamin akan menjadi menjadi rakus seperti seekor serigala: pada waktu pagi dia akan membaham mangsa, dan pada waktu malam dia akan membahagi-bahagikan jarahan.

28Semua itu ialah dua belas suku kaum Israel: dan inilah itu yang telah ayah mereka berbicara kepada mereka, dan memberkati mereka; setiap satu masing-masing menurut berkatnya, Yakub memberkati mereka.

29Dan dia mempertanggungjawabkan mereka, dan berkata kepada mereka, Aku harus kumpulkan kepada umatku: kuburkanlah aku bersama bapa-bapa leluhurku di gua yang ada di ladang Efron, orang Het itu,

30Di gua yang berada di ladang Makhpela, yang ada sebelum Mamre, di tanah Kanaan, yang telah dibeli Abraham berserta ladang Efron, orang Het itu, sebagai harta milik untuk tapak perkuburan.

31Di situ mereka menguburkan Abraham dan Sara, isterinya; di sana mereka menguburkan Ishak dan Ribka, isterinya; dan di situ aku telah menguburkan Lea.

32Pembelian ladang itu dan gua yang ada di dalamnya itu adalah daripada bani Het.

33Dan sesudah Yakub selesai memberi perintah-perintah kepada anak-anaknya, dia menarik kakinya ke atas katil, dan menyerahkan rohnya, lalu dikumpulkan kepada kaumnya.