Yeremia 24

Jeremiah 24

1TUHAN menunjukkanku, dan, lihatlah, ada dua bakul buah ara yang ditempatkan di bait suci TUHAN, sesudah Nebukadreza, raja Babel telah membawa keluar Yekhonya anak kepada Yoyakim, dengan para tukang kayu dan dengan para tukang besar, dari Yerusalem, dan telah membawa mereka ke Babel.

2Satu bakul ada buah ara yang baik, bahkan seperti buah yang pertama masak: dan satu lagi bakul ada buah ara yang jelek, yang tidak dapat dimakan, ia sebegitu buruk.

3Kemudian firman TUHAN kepadaku, Apakah yang dilihatmu, hai Yeremia? Dan aku berkata, Buah ara; buah ara yang baik, sangat baik; dan buah yang jahat, sungguh jahat, sehingga ia tidak dapat dimakan, ia sebegitu jahat.

4Kemudian firman TUHAN datang kepadaku, dengan berkata,

5Beginilah firman TUHAN, Allah Israel; Seperti buah ara yang baik, aku akan memperakui mereka yang dibawa tertawan dari Yehuda, yang aku telah bawa keluar dari tempat ini kepada tanah orang Kasdim bagi kebaikan mereka.

6Sebab aku akan menatapi mataku kepada mereka bagi kebaikan, dan aku akan membawa mereka semula ke tanah ini: dan aku akan membangunkan mereka, dan tidak merobohkan mereka; dan aku akan menanam mereka, dan tidak akan mencabut mereka.

7Dan aku akan memberi mereka hati untuk mengenalku, bahawa akulah TUHAN: dan mereka akan menjadi umatku: sebab mereka akan kembali kepadaku dengan segenap hati mereka.

8Bagi buah ara yang jahat pula, yang tidak dapat dimakan, ia sebegitu jahat; sudah tentulah begini firman TUHAN, Demikian aku akan serahkan Zedekia, raja Yehuda, dan para penguasanya, dan sisa-sisa Yerusalem, yang baki di tanah ini, dan mereka yang berdiam di tanah Mesir:

9Dan aku akan menyerahkan mereka untuk dicabut menyelerak ke semua kerajaan bumi bagi kesakitan mereka, untuk menjadi cercaan dan amsal persendaan, suatu sindiran dan kutuk, di segala tempat yang aku akan halau mereka.

10Dan aku akan menghantar pedang, kebuluran, dan wabak, di kalangan mereka, sehingga mereka dihanguskan dari tanah yang telah aku beri kepada mereka dan bapa-bapa leluhur mereka.