1Tambahan lagi, Elihu berjawab dan berkata,
2Dengarlah kata-kataku, hai kalian orang berhikmah; dan sendenglah telinga kepadaku, hai kalian yang berpengetahuan.
3Sebab telinga mencubai kata-kata, seperti mulut mengecapi makanan.
4Biar kita memilih bagi diri kita penghakiman: biar kita tahu di antara diri kita apa yang baik.
5Sebab Ayub telah berkata, Aku benar: dan Allah telah merampas penghakimanku.
6Patutkah aku berbohong terhadap hakku? lukaku yang tidak dapat disembuhkan adalah tanpa pelanggaran.
7Siapakah seperti Ayub, yang meminumi pencemuhan seperti air?
8Yang masuk ke dalam pergaulan dengan para pekerja kejahatan, dan berjalan dengan orang durjana.
9Sebab dia telah berkata, Seseorang tidak diuntungkan apa pun kalau dia menyukakan dirinya dengan Allah.
10Maka endahkanku, hai kalian yang ada pemahaman: Jauhlah daripada Allah bahawa dia akan berbuat kedurjanaan; dan jauhlah daripada Yang Maha Kuasa, bahawa dia akan melakukan ketidakadilan.
11Sebab kerja manusia akan diganjari dia kepadanya, dan menyebabkan setiap orang untuk peroleh sesuai dengan jalan-jalannya sendiri.
12Ya, sudah tentu Allah tidak akan berbuat durjana, dan Yang Maha Kuasa juga tidak akan mencabuli penghakiman.
13Siapakah yang telah memberi dia kuasa atas seluruh bumi? atau siapakah yang telah mengaturkan seluruh dunia?
14Jika dia menatapi hatinya kepada manusia, jika dia mengumpulkan kembali rohnya dan nafasnya;
15Segala daging akan dibinasakan bersama, dan manusia akan kembali semula kepada debu.
16Sekarang jika kamu mempunyai pemahaman, dengarlah ini: endahkan suara kata-kataku.
17Akankah dia yang membenci kewajaran memerintah? dan akankah kamu mengutuk dia yang paling adil?
18Adakah ia wajar untuk berkata kepada raja, Engkau durjana? dan kepada para penguasa, Kalian tidak salih?
19Apatah lagi kurang kepada dia yang tidak mengistimewakan para penguasa, dan yang tidak memandang bulu orang kaya melebihi orang miskin? sebab mereka semua ialah buatan tangannya.
20Dalam seketika sahaja mereka akan mati, dan orang-orang akan disesakkan pada waktu tengah malam, lalu dilenyapkan: dan orang kuat akan diragut nyawa tanpa pemakaian tangan manusia.
21Sebab matanya ada pada jalan-jalan manusia, dan dia melihat segala pergerakannya.
22Tiada kegelapan, atau bayang-bayang maut, yang dalamnya para pekerja kedurjanaan dapat menyembunyikan diri mereka.
23Sebab dia tidak akan menimpa kepada manusia lebih daripada apa yang wajar; sehingga manusia memasuki penghakiman dengan Allah.
24Dia akan memecah sampai hancur berkecai orang-orang gagah perkasa yang tidak terbilang banyaknya, dan menggantikan mereka dengan orang lain.
25Oleh sebab itu, dia mengenal pekerjaan-pekerjaan mereka, dan dia menunggangbalikkan mereka pada waktu malam, sehingga mereka dibinasakan.
26Dia memukul mereka sebagai orang durjana di depan pandangan orang lain;
27Sebab mereka berpaling daripadanya, dan tidak mahu pertimbangkan mana-mana jalannya:
28Sehingga mereka menyebabkan rintihan orang miskin mendatanginya, dan dia mendengar rintihan orang yang disengsarakan.
29Ketika dia memberi ketenteraman, siapakah pula yang dapat membuat kacau? dan ketika dia menyembunyikan wajahnya, siapa pula yang dapat melihatnya? baik itu dilakukan terhadap suatu bangsa, atau terhadap seorang sahaja:
30Supaya orang munafik tidak memerintah, supaya jangan rakyat dijeratkan.
31Tentulah ia sesuai untuk berkata kepada Allah, aku telah menanggung hukuman, aku tidak akan bersalah sekali lagi:
32Apa yang aku tidak nampak engkau ajarlah aku: jika aku telah melakukan kedurjanaan, aku tidak akan melakukannya lagi.
33Patutkah ia menuruti fikiranmu? dia akan membalas itu, sama ada kamu menolak, ataupun kamu memilih; dan aku tidak: maka bicaralah apa yang kamu tahu.
34Biar orang yang ada pemahaman beritahuku, dan biar orang berhikmah mengendahkanku.
35Ayub telah berbicara tanpa pengetahuan, dan kata-katanya adalah tanpa hikmah.
36Kemahuanku adalah supaya Ayub akan dicubai sampai akhir kerana jawapan-jawapannya bagi orang-orang durjana.
37Sebab dia telah menambahkan pemberontakan kepada dosanya, dia menepuk tangannya di antara kita, dan menggandakan perkataannya menentang Allah.