Yohanes 19

John 19

1Kemudian, oleh itu, Pilatus mengambil Yesus, dan menyesah dia.

2Dan askar-askar menganyam sebuah mahkota lalu menaruhnya di atas kepalanya, dan mereka mengenakan kepadanya jubah yang ungu,

3Lalu berkata, Daulat Raja Yahudi! dan mereka memukulnya dengan tangan mereka.

4Maka Pilatus pergi sekali lagi, dan berkata kepada mereka, Lihatlah, aku membawanya tampil menghadap kalian, supaya kalian dapat tahu bahawa aku tidak menemui apa pun kesalahan di dalamnya.

5Kemudian datanglah Yesus, dengan memakai mahkota duri, dan jubah ungu. Dan Pilatus berkata kepada mereka, Lihatlah orang itu!

6Maka ketika para ketua imam dan para pegawai melihatnya, mereka berseru, dengan berkata, Saliblah dia, saliblah dia. Pilatus berkata kepada mereka, Kalian ambillah dia, dan salibkanlah dia: sebab aku tidak menemui apa pun kesalahan di dalam dirinya.

7Orang Yahudi menjawab dia, Kami ada hukum, dan oleh hukum kami dia patut mati, kerana dia telah menjadikan dirinya Anak Allah.

8Maka ketika Pilatus mendengar perkataan itu, dia menjadi lebih takut;

9Dan memasuki semula ke balai penghakiman, dan berkata kepada YEsus, Dari manakah datangnya kamu? Tetapi Yesus tidak memberi apa pun jawapan kepadanya.

10Kemudian Pilatus berkata kepadanya, Kamu tidak mahu berbicara dengan aku? tidak tahukah kamu bahawa aku ada kuasa untuk menyalibkanmu, dan ada kuasa untuk melepaskanmu?

11Yesus menjawab, Kamu tidak mempunyai apa pun kuasa terhadap diriku, kecuali ia diberi kepadamu dari atas: oleh sebab itu, dia yang telah menyerahkanku kepadamu ada dosa yang lebih besar.

12Dan sejak itu Pilatus berusaha untuk melepaskannya: tetapi orang Yahudi berseru, dengan berkata, Jika kamu membebaskan orang ini, kamu bukan sahabat Kaisar: barangsiapa yang menjadikan dirinya raja berbicara menentang Kaisar.

13Sesudah Pilatus mendengar perkataan itu, dia menampilkan Yesus, lalu duduk di takhta penghakiman yang dipanggil Laman Batu, tetapi dalam bahasa Ibrani, Gabata.

14Dan hari itu waktu persediaan pesta pelangkauan, dan pada sekitar jam keenam: dan dia berkata kepada orang Yahudi, Lihatlah Rajamu!

15Tetapi mereka berseru, Nyahkan dia, nyahkan dia, salibkanlah dia. Pilatus berkata kepada mereka, Akankah aku menyalibkan Rajamu? Para ketua imam berjawab, Kami tidak mempunyai raja selain Kaisar.

16Maka kemudian Pilatus menyerahkannya kepada mereka untuk disalibkan. Dan mereka mengambil Yesus, dan membawanya keluar.

17Dan Yesus sambil memikul salibnya pergi ke tempat yang dipanggil tempat tengkorak, yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai Golgota:

18Itulah tempat yang mereka menyalibkannya, dan dua orang lain bersama-samanya, di sebelah setiap sisi seorang, dan Yesus di tengah-tengah.

19Dan Pilatus menulis sebuah gelaran, lalu menaruhnya ke atas salib. Dan tulisan itu berbunyi, YESUS DARI NAZARET RAJA ORANG YAHUDI.

20Gelaran ini kemudian dibaca oleh banyak orang Yahudi: sebab tempat yang Yesus disalibkan itu berdekatan dengan kota: dan ia ditulis dalam bahasa Ibrani, dan Yunani, dan Latin.

21Kemudian para ketua imam berkata kepada Pilatus, Janganlah menulis, Raja orang Yahudi; tetapi sebaliknya dia yang berkata, akulah Raja orang Yahudi.

22Pilatus menjawab, Apa yang sudah aku tulis sudah aku tulis.

23Kemudian para askar, sesudah mereka menyalibkan Yesus, mengambil pakaianNya, dan membahagikannya kepada empat bahagian, bagi setiap askar satu bahagian; dan juga ubahnya: dalam pada itu, jubah itu tidak berjahit, sementara ditenun dari atas sampai menyeluruh.

24Maka mereka berkata sesama diri, Biarlah kita jangan mengoyakkannya, tetapi membuang undi untuknya, untuk menentukan ia kepunyaan siapa: ini supaya nas kitab dapat digenapi yang berbunyi, Mereka membahagikan pakaianku di antara mereka, dan bagi jubahku mereka membuang undi. Maka hal-hal ini telah dilakukan para askar itu.

25Dalam pada itu, ada berdiri di samping salib Yesus, ibunya, dan saudara ibunya, Maria isteri kepada Klopas, dan Maria Magdalena.

26Maka sesudah Yesus melihat ibunya, dan murid yang berdiri di samping, yang dia kasihi, dia berkata kepada ibunya, Hai perempuan, lihatlah anak lelakimu!

27Kemudian dia berkata kepada murid itu, Lihatlah ibumu! Dan sejak saat itu murid itu mengambil dia ke rumahnya.

28Sesudah itu, Yesus sementara mengenal bahawa segalanya sudah sekarang terlaksana, supaya nas kitab dapat digenapi, berkata, Aku dahaga.

29Dalam pada itu, ada ditempatkan di situ bejana yang penuh dengan cuka: dan mereka mengisi span dengan cuka, lalu menaruhnya pada batang hisop, dan mencecahkannya ke mulut Yesus.

30Maka, selepas Yesus menerima cuka itu, dia berkata, Sudah selesai: dan dia menundukkan kepala, lalu menyerahkan rohnya.

31Maka, orang Yahudi, oleh sebab hari itu hari persiapan, dan mayat-mayat tidak harus tertinggal di atas salib pada hari sabat, (sebab hari sabat yang ini ialah suatu hari agung,) bermohon kepada Pilatus supaya mayat-mayat itu dipatahkan kaki, dan dibawa pergi.

32Kemudian datanglah para askar, dan mematahkan kaki orang yang pertama, dan kemudian yang satu lagi yang disalibkan bersama Yesus.

33Tetapi ketika sampai kepada Yesus, dan melihat bahawa dia sudah mati, mereka tidak mematahkan kakinya:

34Tetapi salah satu askar dengan tombak menikam bahagian tepinya, dan dengan serta-erta keluarlah darah dan air.

35Dan dia yang telah melihat itu naik saksi, dan rakaman saksinya adalah benar: dan dia tahu bahawa dia menyatakan benar, supaya kalian dapat percaya.

36Sebab hal-hal itu terlaksana supaya nas kitab dapat digenapi, satu batang tulang pun tidak akan terpatah.

37Dan sekali lagi satu lagi nas kitab berkata, Mereka akan memandang kepadanya yang telah ditikam mereka.

38Dan sesudah itu Yusuf dari Arimatea, sementara seorang murid Yesus, tetapi dengan rahsia kerana takut kepada orang Yahudi, merayu kepada Pilatus supaya dia dapat mengambil mayat Yesus: dan Pilatus memberi izin kepadanya. Maka dia datang, dan mengambil mayat Yesus.

39Dan ada juga datangnya Nikodemus, yang pada mulanya datang ke Yesus pada waktu malam, lalu membawa campuran mur dan gaharu, sekitar seratus paun beratnya.

40Kemudian mereka mengambil mayat Yesus, dan mengapaninya dengan kain linen bersama-sama rempah-rempah itu, menurut ragam orang Yahudi untuk penguburan.

41Dalam pada itu, tempat yang Yesus disalibkan ada taman; dan di taman itu ada makam yang baru, yang tidak pernah mana-mana mayat orang dibaringkan.

42Maka di situlah mereka membaringkan Yesus kerana hari persiapan orang Yahudi; kerana makam itu dekat.