Yohanes 20

John 20

1Pada hari pertama minggu, datanglah Maria Magdalena awal-awal, ketika ia masih gelap, ke makam itu, lalu melihat batu sudah diambil dari makam itu.

2Kemudian dia berlari, dan pergi kepada Simon Petrus, dan seorang murid yang lain itu, yang dikasihi Yesus, lalu berkata kepada mereka, Mereka telah mengambil Tuhan dari makam itu, dan kami tidak tahu ke mana mereka membaringkannya.

3Maka Petrus pergi, dan juga murid yang lain itu, lalu datang ke makam itu.

4Maka mereka berdua berlari bersama: dan murid yang lain itu memotong Petrus, dan pertama sampai ke makam itu.

5Dan sementara dia sementara menunduk ke bawah, dan memandang ke dalam, dia nampak kain kapan linen terbaring; namun dia tidak masuk ke dalam.

6Kemudian datanglah Simon Petrus untuk mengikutinya, dan memasuki makam itu, lalu melihat kain kapan linen terbaring,

7Dan kain lampin, yang diikat di sekeliling kepalanya, tidak terbaring bersama kain kapan linen, tetapi terbalut pula di suatu tempat berasingan.

8Kemudian masuklah murid yang lain itu, yang pertama sampai ke makam itu, lalu dia melihat dan percaya.

9Sebab pada waktu itu mereka belum tahu nas kitab, bahawa dia harus bangkit semula dari kematian.

10Kemudian para murid itu pulang semula masing-masing ke rumah mereka sendiri.

11Tetapi Maria berdiri di luar makam dengan tangisan: dan sementara dia menangis, dia menunduk ke bawah, lalu melihat ke dalam makam itu,

12Dan dia melihat dua malaikat dengan baju putih sedang duduk, yang satu berada di bahagian kepala, dan yang satu lagi pada bahagian kaki, iaitu tempat terbaringnya dahulu jasad Yesus.

13Dan mereka berkata kepadanya, Hai perempuan, mengapakah kamu menangis? Maria berkata kepada mereka, Kerana mereka sudah mengambil Tuhanku, dan aku tidak tahu ke mana mereka membaringkannya.

14Dan sesudah dia berkata demikian, dia berpaling ke belakang, lalu nampak Yesus berdiri, dan tidak tahu bahawa itu Yesus.

15Yesus berkata kepada Maria, Hai perempuan, mengapa kamu menangis? Siapakah yang dicarimu? Maria, yang menganggap Yesus seorang tukang kebun, berkata kepadanya, Tuan, jika kamu telah mengangkatnya dari sini, maka beritahulah aku di mana tuan telah membaringkannya, dan aku akan mengambilnya.

16Yesus berkata kepadanya, Maria. Maria memalingkan dirinya, dan berkata kepadanya, Rabuni; yang bererti Guru.

17Yesus berkata kepadanya, Jangan menyentuh aku; sebab aku belum lagi naik kepada Bapaku: tetapi pergilah kepada saudara-saudaraku, dan berkata kepada mereka, Aku akan naik kepada Bapa, dan kepada Bapa kalia, dan kepada Allahku, dan kepada Allah kalian.

18Maria Magdalena datang dan memberitahu para murid bahawa dia telah melihat Tuhan, dan bahawa Tuhan telah berbicara hal-hal itu kepadanya.

19Pada hari yang sama pada waktu petang, sementara merupakan hari pertama minggu itu, ketika pintu-pintu ditutup di tempat berhimpunnya para murid kerana ketakutan orang Yahudi, datanglah Yesus dan berdiri di tengah-tengah, lalu berkata kepada mereka, Damai sejahtera kepada kalian.

20Dan sesudah dia berkata demikian, dia menunjukkan kepada mereka tangannya dan sebelah sisi tubuhnya. Kemudian para murid pun gembira, ketika mereka nampak Tuhan.

21Kemudian berkatalah Yesus kepada mereka sekali lagi, Damai sejahtera kepada kalian: seperti Bapa telah mengutusku, demikian juga aku mengutus kalian.

22Dan sesudah dia berkata demikian, dia menghembusi mereka, lalu berkata kepada mereka, Kalian terimalah Roh Kudus:

23Barang siapa punya dosa yang diampuni kalian, ia diampuni mereka; dan barang siapa punya dosa yang dikekalkan kalian, ia dikekalkan.

24Tetapi Tomas, salah satu di kalangan dua belas orang itu, yang dipanggil sebagai Didimus, tidak berada bersama mereka ketika Yesus datang.

25Maka para murid yang lain berkata kepadanya, Kami telah melihat Tuhan. Tetapi dia berkata kepada mereka, Kecuali aku melihat di tangannya kesan paku-paku itu, dan menaruh jariku ke dalam bekas paku-paku itu, dan menaruh tanganku ke dalam sisi tubuhnya itu, aku tidak akan percaya.

26Dan sesudah lapan hari sekali lagi para muridnya berada di dalam, dan Tomas berada bersama mereka: kemudian datanglah Yesus, sementara pintu-pintu tertutup, lalu berdiri di tengah-tengah mereka, dan berkata, Damai sejahtera kepada kalian.

27Lalu dia berkata kepada Tomas, Jangkauilah sini dengan jarimu, dan lihatlah tanganku; dan jangkauilah sini dengan tanganmu, dan masukkannya ke dalam sisiku: dan janganlah tidak beriman, tetapi percayalah.

28Dan Tomas berjawab dan berkata kepadanya, Ya Tuhanku dan Allahku.

29Yesus berkata kepadanya, Tomas, oleh sebab kamu telah melihatku, kamu telah percaya: diberkatilah mereka yang tidak pernah melihat, namun percaya.

30Dan banyak tanda lain benar-benar dilakukan Yesus di kehadiran murid-muridnya, iaitu yang tidak tertulis di dalam kitab ini:

31Tetapi yang tertulis ini adalah supaya kalian dapat percaya bahawa Yesus ialah Kristus itu, Anak Allah itu; dan bahawa dengan percaya kalian dapat peroleh hidup melalui namanya.