1Dan TUHAN berfirman kepada Musa, dengan berkata,
2Berbicaralah kepada bani Israel, dan ambil bagi setiap mereka sebatang tongkat menurut kaum bapa-bapa leluhur mereka, daripada semua penguasa mereka menurut kaum bapa-bapa leluhur mereka iaitu dua belas batang tongkat: tulislah kamu setiap nama orang ke atas tongkatnya.
3Dan kamu akan menulis nama Harun kepada tongkat Lewi: sebab sebatang tongkat akan dipakai bagi kepala kaum bapa-bapa leluhur mereka.
4Dan kamu akan membaringkannya di khemah jemaah di hadapan kesaksian, iaitu tempat yang akan aku bertemu dengan kalian.
5Dan ia akan terjadi, bahawa tongkat orang yang kupilih akan berbunga: dan aku akan menjadi supaya dihentikan rungutan bani Israel, yang telah dipakai mereka untuk merungut terhadap kalian.
6Dan Musa berbicara kepada bani Israel, dan setiap penguasa mereka memberinya sebatang tongkat masing-masing, bagi setiap penguasa sebatang, menurut kaum rumah bapa-bapa leluhur mereka, bahkan dua belas batang tongkat: dan batang tongkat Harun berada di antara tongkat-tongkat mereka.
7Dan Musa membaringkan tongkat-tongkat itu di hadapan TUHAN di khemah saksi.
8Dan terjadilah, bahawa pada keesokan harinya Musa memasuki khemah saksi; dan, lihatlah, tongkat Harun bagi kaum Lewi telah bertunas, dan mengeluarkan kuntum, dan berkembangan bunga, lalu menghasilkan badam.
9Dan Musa membawa semua batang tongkat itu dari hadapan TUHAN kepada seluruh bani Israel: dan mereka memandang, dan mengambil setiap orang batang tongkatnya.
10Dan TUHAN berfirman kepada Musa, bawalah semula tongkat Harusn ke hadapan kesaksian itu, untuk disimpan sebagai tanda terhadap para pemberontak itu; dan kamu akan cukup-cukup membuang rungutan mereka daripadaku, supaya mereka tidak mati.
11Dan Musa berbuat demikian: seperti yang telah diperintahkan TUHAN kepadanya, demikianlah dibuatnya.
12Dan bani Israel berbicara kepada Musa, dengan berkata, Lihatlah, matilah kami, binasalah kami, binasalah kami semua.
13Barangsiapa mendatangi apa pun dekat kepada khemah TUHAN akan mati: akankah kami dihanguskan dengan kematian?