Mazmur 13

Psalms 13

1Kepada pemimpin Ahli Muzik, Suatu Mazmur Daud. Berapa lama lagi akankah engkau melupakanku, ya TUHAN? untuk selamanya? berapa lama lagi akankah engkau menyembunyikan wajahmu daripadaku?

2Berapa lama lagi akan kupertimbang di dalam jiwaku, sementara ada dukacita dalam hatiku setiap hari? berapa lama lagi akankah musuhku disanjungi mengatasiku?

3Perhati dan dengarlah aku, ya TUHAN Allahku: terangi mataku, supaya aku jangan meniduri suatu tidur maut;

4Supaya jangan musuhku berkata, Aku telah mengalahkannya; dan orang yang menyusahkanku bersukacita ketika aku goyah.

5Tetapi aku telah percaya kepada belas kasihanmu; hatiku akan bersukacita di dalam keselamatanmu.

6Aku akan menyanyi kepada TUHAN, kerana dia telah berurus secara berkelimpahan denganku.