1 Corinthians 10

1 Korintus 10

1Tambahan pula, saudara sekalian, aku tidak ingin supaya kalian jahil bagaimana bapa-bapa leluhur kita semua telah berada di bawah awan, dan semua melintasi laut;

2Dan semua dibaptis kepada Musa di dalam awan dan di dalam laut;

3Dan mereka semua telah makan makanan rohani yang sama;

4Dan mereka semua minum minuman rohani yang sama: sebab mereka minum daripada Batu yang rohani itu yang mengikuti mereka: dan Batu itu ialah Kristus.

5Tetapi bagi kebanyakan mereka Allah tidak senang hati: sebab mereka ditewaskan di padang gurun.

6Dalam pada itu, hal-hal ini adalah untuk contoh bagi kita, bagi tujuan supaya kita tidak akan bernafsu terhadap hal-hal jahat, seperti mereka juga bernafsu.

7Kalian juga jangan jadi penyembah berhala, seperti sesetengah mereka; seperti sudah tertulis, Umat duduk untuk makan dan minum, dan bangun untuk bermain.

8Biar kita juga jangan berbuat perbuatan berkendak, seperti sesetengah orang buat, dan tewas dalam satu hari dua puluh tiga ribu orang.

9Biar kita juga jangan mencubai Kristus, seperti sesetengah mereka juga mencubai, dan telah dibinasakan ular.

10Biar kalian juga jangan merungut, seperti sesetengah mereka juga merungut, dan telah dibinasakan oleh si pembinasa.

11Dalam pada itu, segalanya ini telah terjadi kepada mereka untuk dijadikan contoh: dan ia tertulis bagi teguran kepada kita, yang kepada kita akhir dunia sudah datang.

12Lantaran itu, biar dia yang memikir dirinya berdiri teguh berwaspada supaya jangan dia jatuh.

13Tiada apa pun pencubaan yang melanda diri kalian kecuali jenis apa yang biasa bagi manusia: tetapi Allah setia, dan dia tidak akan membenarkan kalian tergoda melebihi kemampuan kalian; tetapi akan dengan pencubaan itu juga membuka jalan pelepasan, supaya kalian mampu untuk menanggungnya.

14Lantaran itu, saudara sekalian yang sungguh terkasih, lari diri daripada sembahyang berhala.

15Aku berbicara seperti kepada para lelaki berhikmah; kalian hakimilah apa yang dikatakanku.

16Cawan berkat yang kita memberkati, bukankah ia komuni dengan darah Kristus? Roti yang dipecahkan kita, bukankah ia komuni dengan tubuh Kristus?

17Sebab kita yang banyak merupakan satu roti, dan satu tubuh: sebab kita semua turut menjadi peserta satu roti itu.

18Lihatlah Israel menurut daging: bukankah mereka yang makan korban-korban itu menjadi peserta mazbah itu?

19Maka apakah yang harus kukatakan? bahawa patung berhala ialah apa pun, atau bahawa apa yang dipersembahkan sebagai korban kepada patung-patung berhala ialah apa pun?

20Tetapi aku berkata, bahawa apa yang dikorbankan orang bukan Yahudi, dikorbankan mereka kepada setan-setan, dan bukan kepada Allah: dan aku tidak mahu supaya kalian ada persekutuan dengan setan-setan.

21Kalian tidak boleh minum daripada cawan Tuhan dan juga daripada cawan iblis: kalian tidak boleh menjadi peserta di meja jamuan Tuhan dan juga di meja jamuan iblis.

22Akankah kita memprovokasi Tuhan untuk cemburu? adakah kita lebih kuat daripadanya?

23Segala apa pun dibenarkan bagiku, tetapi bukan segala apa pun berfaedah: segala apa pun dibenarkan bagiku, tetapi bukan segala apa pun membangun.

24Janganlah sesiapa pun mencari kepentingannya sendiri, sebaliknya setiap orang bagi kemakmuran orang yang lain.

25Barang apa yang dijual di pasar, makanlah itu, tanpa bertanyakan apa pun soalan demi hati nurani:

26Sebab bumi kepunyaan Tuhan, dengan segala kepenuhannya.

27Jika sesiapa yang bukan percayawan mengundang kamu ke jamuan, dan kamu ingin pergi; barang apa yang dihidangkan di hadapanmu, makan, tanpa bertanyakan apa pun soalan demi hati nurani.

28Tetapi jika sesiapa pun berkata kepadamu, Ini telah diberi sebagai korban kepada patung, maka janganlah makan demi dia yang telah mendedahkannya, dan demi hati nurani: sebab bumi kepunyaan Tuhan, dan dengan kepenuhannya.

29Aku berkata hati nurani, bukan kamu punya, tetapi orang lain punya: sebab harus mengapakah kebebasanku dihakimi oleh hati nurani orang lain?

30Jika oleh rahmat aku menjadi peserta, maka mengapakah aku disebut jahat bagi apa yang telah diucapkan syukur aku?

31Maka, jika kamu makan atau minum, atau barang apa yang kamu buat, buat segalanya bagi kemuliaan Allah.

32Jangan bersalah terhadap sesiapa pun, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, dan juga gereja Allah:

33Seperti mana aku juga menyenangkan semua orang di dalam segala perkara dan tidak mencari-cari keuntunganku sendiri, tetapi keuntungan banyak orang supaya mereka dapat diselamatkan.