1 Corinthians 9

1 Korintus 9

1Bukankah aku seorang rasul? bukankah aku bebas? bukankah aku telah melihat Yesus Kristus, Tuhan kita? bukankah kalian hasil kerjaku dalam Tuhan?

2Jika aku bukan rasul kepada orang lain pun, ia tidak diragukan bahawa akulah rasul kepada kalian: sebab meterai kerasulianku ialah kalian dalam Tuhan.

3Jawapanku kepada mereka yang ingin menyelidikiku ialah ini,

4Tidakkah kami mempunyai kuasa untuk makan dan minum?

5Tidakkah kami mempunyai kuasa untuk memimpin seorang saudari, seorang isteri, sama seperti para rasul yang lain, dan sama seperti para saudara ​Tuhan, dan Kefas?

6Atau aku sahaja dan Barnabas, tidakkah kami mempunyai kuasa untuk henti bekerja?

7Siapakah yang masuk ke dalam peperangan pada bila-bila masa dengan belanjanya sendiri? siapakah yang menanam kebun anggur, dan tidak memakan hasil buahnya? atau siapakah yang memberi makan kepada kawanan domba, dan tidak makan daripada hasil susu kawanan itu?

8Adakah perkhabaran aku ini disebut sebagai seorang manusia? atau bukankah hukum juga menyatakan yang sama juga?

9Sebab ia sudah tertulis di dalam hukum Musa, Kamu tidak harus memberangus mulut lembu jantan yang mengirik biji-bijian. Lembu jantankah yang dipedulikan Allah?

10Atau adakah dia berkata itu sama sekali demi kita? Sudah tidak diragukan bahawa ia demi kita itu telah ditulis: supaya dia yang membajak patut membajak dalam harapan; dan dia yang mengirik dalam harapan patut menjadi peserta di dalam harapannya itu.

11Jika kita telah menabur kepada kalian hal-hal yang rohani, maka adakah ia sesuatu hal yang besar jika kami menuai hal-hal badaniah kalian?

12Jika orang lain menjadi peserta bagi kuasa ini atas kalian, bukankah kami lebih lagi demikian? Walau bagaimanapun kita tidak memakai kuasa ini; tetapi telah menderita segala perkara, supaya jangan kami menghalang injil Kristus.

13Tidakkah kalian tahu bahawa mereka yang melayani akan hal-hal kudus mendapat penghidupannya dari hal-hal bait suci? dan mereka yang melayani di mazbah juga menjadi peserta daripada mazbah itu?

14Demikian juga Tuhan telah mentahbiskan supaya mereka yang mengkhutbahkan injil harus mendapat penghidupannya daripada injil.

15Tetapi aku tidak memakai mana-mana daripada segala apa itu: dan aku juga tidak menulis segala apa itu, supaya itu akan dilakukan kepada diriku: sebab ia lebih baik untuk diriku mati, daripada supaya mana-mana orang meniadakan kemegahanku.

16Sebab walaupun aku mengkhutbahkan injil, aku tiada apa pun untuk dimegahkan: sebab keperluan telah dikenakan kepadaku; ya, celakalah aku jika aku tidak mengkhutbahkan injil!

17Sebab jika aku melakukan ini dengan rela, aku ada ganjaran: tetapi jika bercanggahan dengan kerelaanku, suatu pengagihan injil telah ditugaskan kepadaku.

18Maka apakah ganjaranku? Sesungguhnya ia supaya, sesudah aku mengkhutbahkan injil, aku dapat menjadikan injil Kristus tanpa bayaran, supaya aku tidak menyalahgunakan kuasaku dalam injil.

19Sebab walaupun aku merdeka daripada semua manusia, namun aku telah menjadikan diriku hamba kepada semua, supaya aku dapat memenangi lebih.

20Dan kepada orang Yahudi aku menjadi seperti Yahudi, supaya aku dapat memenangi orang Yahudi; kepada mereka yang di bawah hukum, seperti orang yang di bawah hukum, supaya aku dapat memenangi mereka yang di bawah hukum;

21Kepada mereka yang tanpa hukum, seperti mereka yang tanpa hukum, (bukan ketiadaan hukum kepada Allah, tetapi berada di bawah hukum Kristus,) supaya aku dapat memenangi mereka yang tanpa hukum.

22Kepada mereka yang lemah aku menjadi seperti lemah, supaya aku dapat memenangi yang lemah: Aku dijadikan segalanya kepada semua orang, supaya aku dapat dengan segala cara memenangi sesetengah mereka.

23Dan ini kulakukan demi injil, supaya aku dapat menjadi pesertanya dengan kalian.

24Tidak tahukah kalian bahawa mereka yang berlumba lari semuanya lari, tetapi satu sahaja yang menerima hadiah? Jadi larilah supaya kalian dapat memperoleh.

25Dan setiap orang yang bertanding dalam sukan menguasai diri dalam segala hal. Sekarang, mereka melakukannya untuk mendapat mahkota yang fana; tetapi kita mahkota yang tidak fana.

26Maka aku lari sedemikian, bukan dengan tidak tentu; aku berjuang sedemikian, bukan seperti orang yang memukul angin:

27Tetapi aku menaklukkan tubuhku, dan menjadikannya tunduk: supaya jangan melalui apa cara pun, apabila aku telah berkhutbah kepada orang lain, aku sendiri menjadi orang buangan.