1Barang siapa percaya bahawa Yesus ialah Kristus lahir oleh Allah: dan setiap orang yang mengasihi dia yang memperanakkan juga mengasihi orang yang diperanakkan oleh dia.
2Dengan ini kita tahu bahawa kita mengasihi anak-anak Allah, iaitu ketika kita mengasihi Allah, dan memegang perintah-perintahnya.
3Sebab inilah kasih Allah, iaitu kita memegang perintah-perintahnya: dan perintah-perintahnya tidak mendukakan.
4Sebab apa pun yang dilahirkan Allah mengatasi dunia: dan inilah kemenangan yang mengatasi dunia, yakni iman kita.
5Siapakah yang mengatasi dunia, selain dia yang percaya bahawa Yesus ialah Anak Allah?
6Inilah dia yang telah datang oleh air dan darah, yakni Yesus Kristus; bukan dengan air sahaja tetapi oleh air dan darah. Dan Roh itu yang memberi saksi, kerana Roh itu kebenaran.
7Sebab ada tiga yang naik saksi di syurga, Bapa, Firman, dan Roh Kudus: dan ketiga-tiga ini adalah satu.
8Dan ada tiga yang memberi kesaksian di bumi, iaitu roh, air dan darah: dan ketiga-tiga ini bersetuju dalam kesatuan.
9Jika kita menerima kesaksian manusia, kesaksian Allah adalah lebih besar: sebab inilah kesaksian Allah yang telah dia bersaksi berkenaan Anaknya.
10Barang siapa yang percaya kepada Anak Allah ada kesaksian dalam dirinya: barang siapa yang tidak percaya kepada Allah sudah menjadikannya seorang pembohong; kerana dia tidak percaya kesaksian bahawa Allah telah memberi Anaknya.
11Dan inilah kesaksiannya, iaitu Allah telah memberi kepada kita hidup yang kekal, dan hidup ini adalah dalam Anaknya.
12Dia yang ada Anak ada hidup; dan dia yang tidak ada Anak Allah tidak ada hidup.
13Ini semua telah kutulis kepada kalian yang percaya kepada nama Anak Allah itu; supaya kalian dapat mengenal bahawa kalian ada hidup yang kekal, dan supaya kalian dapat percaya kepada nama Anak Allah itu.
14Dan inilah keyakinan yang kita ada dalam dia, yakni, jika kita minta apa pun menurut kehendaknya, dia mendengar kita:
15Dan jika kita tahu bahawa dia mendengar kita, barang apa yang kita minta, maka kita tahu bahawa kita memperoleh permintaan-permintaan yang diingini kita daripadanya.
16Jika sesiapa nampak saudaranya berdosa sesuatu dosa yang tidak membawa maut, dia dapat mohon, dan Anak Allah akan memberinya kehidupan bagi dosa itu yang tidak membawa maut. Ada dosa yang membawa maut: aku tidak berkata bahawa dia patut berdoa baginya.
17Segala ketidakwajaran ialah dosa: dan ada dosa yang tidak membawa maut.
18Dan kita tahu bahawa barang siapa dilahir Allah tidak berdosa; tetapi dia yang diperanakkan Allah menjaga dirinya, dan si durjana tidak dapat menyentuh dia.
19Dan kita tahu bahawa kita berasal daripada Allah, dan seluruh dunia berada dalam kedurjanaan.
20Dan kita tahu bahawa Anak Allah telah datang, dan telah memberi kepada kita suatu pemahaman, supaya kita dapat mengenal dia yang benar, dan kita berada di dalam dia yang benar, di dalam AnakNya Yesus Kristus. Inilah Allah yang benar, dan hidup yang kekal.
21Hai anak-anak kecil, jagalah diri kalian daripada patung-patung berhala. Amin.