1 Samuel 16

1 Samuel 16

1Dan TUHAN berfirman kepada Samuel, Berapakah lama lagi akan kamu berdukacita bagi Saul memandangkan aku telah menolaknya daripada bertakhta di atas Israel? isilah tandukmu dengan minyak, dan pergi, Aku akan mengutusmu kepada Isai, orang Betlehem itu: sebab aku telah menyiapkan bagi diriku seorang raja di kalangan anak-anak lelakinya.

2Dan Samuel berkata, Bagaimanakah akan kupergi? jika Saul mendengar akan itu, dia akan membunuhku. Dan TUHAN berfirman, Ambillah seekor lembu muda denganmu, dan berkata, Aku datang untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN.

3Dan panggillah Isai kepada persembahan korban itu, dan aku akan menunjukkan kepadamu apa yang harus kamu buat: dan aku akan mengurapi kepadaku orang yang kusebut kepadamu.

4Dan Samuel berbuat apa yang difirmankan TUHAN, dan sampai ke Betlehem. Dan para penatua desa itu gementar pada kedatangan Samuel lalu berkata, Datangkah kamu dengan damai?

5Dan Samuel berkata, Dengan damai: Aku datang untuk membuat korban kepada TUHAN: sucikanlah diri kalian, dan datanglah bersamaku kepada persembahan korban. Dan dia menguduskan Isai dan anak-anak lelakinya, lalu memanggil mereka ke persembahan korban itu.

6Dan ia terjadi, ketika mereka sudah datang, bahawa Samuel memandang kepada Eliab lalu berkata, Sudah tentulah orang yang diurapi TUHAN sedang berada di depannya.

7Tetapi TUHAN berkata kepada Samuel, Janganlah pandang kepada wajahnya, atau ketinggiannya; kerana aku telah menolaknya: sebab TUHAN tidak melihat seperti manusia melihat; kerana manusia memandang kepada penampilan luaran, tetapi TUHAN memandang kepada hati.

8Kemudian Isai memanggil Abinadab dan menyuruhnya lalu di hadapan Samuel. Dan Samuel berkata, TUHAN juga tidak memilih orang ini.

9Kemudian Isai menyuruh Syama untuk berlalu. Dan Samuel berkata, TUHAN juga tidak memilih orang ini.

10Sekali lagi, Isai menyuruh tujuh anak lelakinya untuk lalu di hadapan Samuel. Dan Samuel berkata kepada Isai, TUHAN tidak memilih orang-orang ini.

11Dan Samuel berkata kepada Isai, Ini sahajakah semua anakmu? Dan Isai berkata, Ada tertinggal yang bongsu, dan, lihatlah, dia sedang menjaga domba-domba. Dan Samuel berkata kepada Isai, Pergilah dan panggilnya: sebab kita tidak akan duduk diam sehingga dia datang ke sini.

12Dan Isai mengutus orang dan menjemputnya. Dalam pada itu, dia orang yang kemerah-merahan, dan selain itu indah rupa parasnya, dan elok untuk dipandang. Dan TUHAN berfirman, Bangkitlah, urapilah dia: sebab inilah dia.

13Kemudian Samuel mengambil tanduk minyak, lalu mengurapi dia di tengah-tengah saudara-saudaranya: dan Roh TUHAN datang ke atas Daud mulai pada hari itu. Maka Samuel bangkit, dan berangkat ke Ramah

14Tetapi Roh TUHAN meninggalkan Saul, dan suatu roh jahat daripada TUHAN menganggu dia.

15Dan hamba-hamba Saul berkata kepadanya, Lihatlah sekarang, ada roh jahat daripada Allah yang mengganggumu.

16Biarlah tuan kami sekarang memerintahkan hamba-hambamu, yang ada di hadapanmu, untuk mencari seorang lelaki, yang merupakan pemain kecapi yang mahir: dan ia akan terjadi, ketika roh jahat itu yang daripada Allah mendatangimu, bahawa dia akan main dengan tangannya, dan kamu akan beroleh elok.

17Dan Saul berkata kepada hamba-hambanya, Bekalkanlah sekarang bagiku orang yang dapat main dengan elok, dan bawanya kepadaku.

18Kemudian jawab salah seorang hamba, dan berkata, Lihatlah, aku pernah melihat seorang anak lelaki Isai orang Betlehem, yang mahir untuk main, dan seorang lelaki yang gagah perkasa, dan seorang lelaki yang siap untuk berperang, dan yang berhemat dalam perkara, dan seorang yang elok, dan TUHAN ada bersamanya.

19Lantaran itu, Saul mengutus orang utusan kepada Isai, dan berkata, Utuskanlah Daud, anak lelakimu, yang ada bersama domba-domba itu.

20Dan Isai mengambil seekor keldai yang dimuati roti, dan sekirbat wain, dan seekor anak kambing, lalu mengutusnya melalui Daud, anak lelakinya, kepada Saul.

21Dan Daud sampai ke Saul, dan berdiri di hadapannya: dan Saul sungguh mengasihinya; dan Daud menjadi pemegang perisainya.

22Dan Saul mengutus orang kepada Isai, dengan berkata, Biarlah Daud, aku mohon kepadamu, berdiri di hadapanku; sebab dia telah menemui keredaan di pandanganku.

23Dan terjadilah, ketika roh jahat daripada Allah mendatangi Saul, bahawa Daud mengambil sebuah kecapi, dan memainkannya dengan tangannya: maka Saul disegarkan, dan menjadi elok, dan roh jahat meninggalkannya.