1 Samuel 2

1 Samuel 2

1Dan Hana berdoa, Hatiku bersukacita dalam TUHAN, tandukku disanjungi di dalam TUHAN: mulutku membesar mengatasi musuh-musuhku; kerana aku bersukacita dalam keselamatanmu.

2Tiada yang kudus seperti TUHAN: sebab tiada yang seperti engkau: dan juga tiada apa pun gunung batu seperti Allah kita.

3Jangan lagi bercakap melampau sombong; biar keangkuhan jangan keluar daripada mulutmu: sebab TUHAN ialah Allah pengetahuan, dan olehnya perilaku disukat.

4Busur-busur orang pahlawan sudah dipatahkan, dan mereka yang tersandung diikatpinggangkan kekuatan.

5Orang yang kenyang sudah mencari upah untuk mencari makan; dan mereka yang dahulu lapar sudah berhenti: supaya yang mandul melahirkan tujuh anak; dan dia yang ada banyak anak bertambah lemah.

6TUHAN membunuh, dan menghidupkan: dia membawa ke dalam kubur, dan mengangkat bangkit.

7TUHAN memiskinkan, dan mengayakan: dia merendahkan, dan meninggikan.

8Dia membangkitkan orang miskin dari dalam debu, dan mengangkat pengemis dari timbunan najis, untuk menempatkan mereka di antara para penguasa, dan untuk menjadikan mereka mewarisi takhta kemuliaan: sebab tiang-tiang bumi kepunyaan TUHAN, dan dia telah menempatkan dunia di atas itu.

9Dia akan menjaga kaki orang kudusnya, dan orang durjana akan senyap di dalam kegelapan; sebab oleh kekuatan tidak seorang pun akan menang.

10Seteru-seteru TUHAN akan dipatahkan sampai bercerai-berai; dari syurga akan dia berguruh ke atas mereka: TUHAN akan menghakimi penghujung-penghujung bumi; dan dia akan memberi kekuatan kepada rajanya, dan menyanjungi tanduk orang yang diurapinya.

11Dan Elkana pergi ke rumahnya di Rama. Dan anak itu melayani TUHAN di hadapan Eli, imam itu.

12Dalam pada itu, anak-anak lelaki Eli merupakan anak-anak Belial; mereka tidak mengenal TUHAN.

13Dan budaya para imam dengan umat adalah bahawa ketika sesiapa pun mempersembahkan korban, hamba imam akan datang, sementara daging itu direbus, dengan gerapu yang begigi tiga pada tangannya;

14Dan dia memasukkan itu ke dalam pan, atau cerek, atau kawah, atau periuk; segala hasil yang ditarik gerapu itu akan diambil imam bagi dirinya sendiri. Demikianlah dilakukan mereka di Silo kepada semua orang Israel yang pergi ke sana.

15Malahan juga sebelum mereka membakar lemaknya, hamba imam datang, dan berkata kepada orang yang memberi korban, Berilah daging untuk dibakar bagi imam; sebab dia tidak akan menerima daging rebus daripadamu, tetapi mentah.

16Dan jika sesiapa orang berkata kepadanya, Biar mereka jangan gagal membakar lemak yang ada, dan kemudian ambillah sebanyak yang jiwamu inginkan; maka dia akan menjawab orang itu, Tidak; tetapi kamu akan memberinya kepadaku sekarang: dan jika tidak, aku akan mengambilnya secara paksa.

17Lantaran itu, dosa para lelaki muda itu sangat besar di hadapan TUHAN: sebab orang memandang keji persembahan TUHAN.

18Tetapi Samuel melayani di hadapan TUHAN, sementara hanya seorang budak, mengikatpinggangnya dengan kain efod.

19Lagi pula, ibunya membuat baginya jubah kecil, dan membawa itu kepadanya tahun demi tahun, ketika dia datang dengan suaminya untuk mempersembahkan korban tahunan.

20Dan Eli memberkati Elkana dan isterinya, dan berkata, TUHAN memberimu benih daripada perempuan ini bagi pinjaman ini yang dipinjamkan kepada TUHAN. Dan mereka pulang ke rumah mereka sendiri.

21Dan TUHAN melawat Hana, supaya dia mengandung, dan melahirkan tiga anak lelaki dan dua anak perempuan. Dan anak itu, Samuel membesar di hadapan TUHAN.

22Dalam pada itu, Eli sungguh tua, dan mendengar segalanya yang dibuat anak-anak lelakinya kepada seluruh Israel; dan bagaimana mereka berbaring bersama perempuan yang berhimpun di pintu khemah jemaah.

23Dan dia berkata kepada mereka, Mengapakah kalian berbuat hal sedemikian? sebab aku dengar tentang urusanmu yang jahat daripada semua orang ini.

24Jangan, hai anak-anak lelakiku; sebab itu bukanlah khabar yang baik yang aku dengar: kalian menjadikan umat TUHAN untuk membuat pelanggaran.

25Jika seseorang berdosa terhadap orang yang lain, seorang hakim akan menghakiminya: tetapi jika seseorang berdosa terhadap Tuhan, siapakah yang akan merayu baginya? Walau bagaimanapun mereka tidak mengendahkan suara ayah mereka, kerana TUHAN ingin membunuh mereka.

26Dan Samuel, budak itu, semakin membesar, dan diredai oleh kedua-dua TUHAN dan manusia.

27Dan adanya seorang hamba Allah yang mendatangi Eli, lalu berkata kepadanya, Beginilah firman TUHAN, Adakah aku dengan jelas menyatakan diri kepada bani bapa leluhurmu, ketika mereka berada di Mesir di rumah Firaun?

28Dan adakah aku memilih dia daripada semua suku kaum Israel untuk menjadi imamku, untuk membuat persembahan pada mazbahku, untuk membakar kemenyan, untuk memakai efod di hadapanku? dan adakah aku memberi kepada bani ayahmu segala persembahan yang dibuat melalui api oleh bani Israel?

29Jadi mengapakah kalian menendang korbanku dan persembahanku, yang telah kuperintahkan di tempat kediamanku; dan menghormati anak-anak lelakimu melebihiku, untuk menjadikan diri kalian gemuk dengan segala persembahan yang terbaik daripada Israel, umatku?

30Lantaran itu, firman TUHAN Allah Israel, aku memang telah berfirman bahawa keluargamu, dan bani bapa leluhurmu, akan berjalan di hadapanku untuk selamanya: tetapi sekarang TUHAN berfirman, Biar itu jauh daripadaku; sebab mereka yang menghormatiku aku akan hormati, dan mereka yang menghinaku akan dipandang rendah.

31Lihatlah, waktunya menjelang, yang akan kupotong keluar cabangmu, dan cabang bani bapa leluhurmu, sehingga tiada seorang tua-tua pun di keluargamu.

32Dan kamu akan melihat suatu musuh di kediamanku, di tengah-tengah segala kekayaan yang Allah akan beri kepada Israel: dan seorang tua-tua pun tidak akan berada di keluargamu untuk selamanya.

33Dan orangmu, yang tidak kupotong keluar daripada pelayanan mazbahku, adalah untuk memedihkan matamu dan untuk mendukakan hatimu: dan segala tambahan keluargamu akan mati pada puncak kehidupan mereka.

34Dan inilah yang akan menjadi tanda kepadamu, yang akan menimpa dua anak lelakimu, menimpa Hofni dan Pinehas; dalam sehari sahaja kedua-dua mereka akan mati.

35Dan aku akan membangkitkan seorang imam yang setia, yang akan berbuat menurut apa yang ada dalam hatiku dan dalam mindaku: dan aku akan membina baginya suatu rumah yang teguh; dan dia akan menjalani hidup di hadapan orang yang diurapiku untuk selamanya.

36Dan akan terjadilah, bahawa setiap orang daripada keluargamu yang tertinggal akan datang dan sujud kepadanya untuk sekeping wang perak dan sepotong roti, dan akan berkata, Tempatkanku, kumohon kepadamu, ke dalam salah satu jawatan seorang imam, supaya aku dapat makan sekerat roti.