1Dan orang Zif datang kepada Saul di Gibea, dengan berkata, Tidakkah Daud menyembunyikan dirinya di bukit Hakhila, yang berada di depan Jesimon?
2Kemudian Saul bangkit, dan pergi ke padang gurun Zif, dengan tiga ribu orang Israel terpilih bersamanya, untuk mencari Daud di padang gurun Zif.
3Dan Saul memasang khemah di bukit Hakhilah, yang ada di depan Jesimon, di tepi jalan. Tetapi Daud berdiam di padang gurun, dan dia nampak bahawa Saul datang untuknya di padang gurun.
4Maka Daud mengutus para pengintip, dan difahaminya bahawa Saul telah benar-benar datang.
5Dan Daud bangkit, dan datang ke tempat yang Saul telah memasang khemah: lalu Daud melihat tempat Saul berbaring, dan Abner anak kepada Ner, ketua angkatan Saul: dan Saul berbaring di dalam petak perkhemahan, dan rakyat telah memasang khemah mengelilinginya.
6Kemudian Daud berjawab dan berkata kepada Ahimelekh, orang Het, dan kepada Abisai, anak kepada Zeruya, saudara kepada Yoab, dengan berkata, Siapakah yang akan turun bersamaku kepada Saul di perkhemahan itu? Dan Abisai berkata, Aku akan turun bersamamu.
7Jadi Daud dan Abisai datang kepada rakyat itu pada waktu malam: dan lihatlah, Saul tidur berbaring di dalam petak perkhemahan, dan tombaknya terpacak di tanah di sebelah bantal lututnya: tetapi Abner dan rakyat berbaring mengelilinginya.
8Kemudian Abisai berkata kepada Daud, Allah telah menyerahkan musuhmu kepada tanganmu pada hari ini: maka sekarang biar aku menancapkannya, aku mohon kepadamu, dengan tombak itu sampai ke tanah sekali, dan aku tidak akan menancapkannya kali kedua.
9Dan Daud berkata kepada Abisai, Janganlah binasakannya: sebab siapakah yang boleh menghulurkan tangannya untuk menentang orang yang diurapi TUHAN, lalu tidak bersalah?
10Tambahan pula Daud berkata, Sementara TUHAN hidup, TUHANlah yang akan menancapkannya; atau hari kematiannya akan sampai; atau dia akan masuk ke dalam pertempuran, lalu binasa.
11Biar TUHAN melarang supaya aku menghulurkan tanganku untuk menentang orang yang diurapi TUHAN: tetapi, aku mohon kepadamu, ambillah tombak yang ada pada bantal lututnya, dan bekas air itu, dan marilah kita pergi.
12Jadi, Daud mengambil tombak dan bekas air itu dari sebelah bantal lutut Saul; dan mereka beralih dari tempat itu, dan tidak seorang pun yang nampak itu, atau mengetahui itu, atau terjaga daripada itu: sebab mereka semua tertidur; kerana suatu tidur yang nyenyak daripada TUHAN telah menimpa mereka.
13Kemudian Daud pergi ke seberang, dan berdiri di puncak bukit yang jauh; ada jarak yang besar di antara mereka:
14Dan Daud berseru kepada rakyat itu, dan kepada Abner anak kepada Ner, dengan berkata, Tidakkah kamu menjawab, hai Abner? Kemudian Abner menjawab dan berkata, Siapakah kamu yang berseru kepada raja?
15Dan Daud berkata kepada Abner, Bukankah kamu orang yang gagah perkasa? dan siapakah yang sepertimu di Israel? maka mengapakah kamu tidak menjaga tuanmu, iaitu raja? sebab ada orang di antara rakyat yang telah masuk untuk membinasakan raja, tuanmu itu.
16Apa yang telah kamu buat ini tidak baik. Sementara TUHAN hidup, kalian layak untuk dihukum mati, kerana kalian tidak menjaga tuanmu, orang yang diurapi TUHAN. Dan sekarang lihatlah di mana tombak raja itu, dan di mana bekas air yang ada di bantal lututnya.
17Dan Saul mengenal suara Daud, dan berkata, Adakah itu suaramu, hai anakku Daud? Dan Daud berkata, Ia suaraku, ya tuanku, raja.
18Dan Daud berkata, Mengapakah tuanku mengejar hambanya? sebab apakah yang telah aku buat? atau apakah kejahatan yang ada pada tanganku?
19Maka sekarang, aku mohon kepadamu, biar tuanku, iaitu raja, mendengar kata-kata hambanya. Jika TUHAN telah menggerakkanmu untuk menentangku, biar dia menerima suatu persembahan: tetapi jika anak-anak manusia yang menggerakkanmu, biar mereka terkutuk di hadapan TUHAN; sebab mereka telah menghalauku pada hari ini daripada berdiam di pusaka TUHAN, dengan berkata, Pergi layan allah-allah yang lain.
20Maka sekarang, jangan biar darahku tertumpah ke bumi di hadapan wajah TUHAN: sebab raja Israel telah keluar untuk mencari lalat, seperti orang yang memburu burung liar di pergunungan.
21Kemudian kata Saul, Aku telah berdosa: kembali, hai anakku Daud: sebab aku tidak akan berbuat celaka kepadamu lagi, kerana jiwaku berharga pada matamu pada hari ini: lihatlah, aku telah memainkan peranan orang bebal, dan teramat bersalah.
22Dan Daud menjawab dan berkata, Lihatlah tombak raja! dan biar salah seorang lelaki muda datang menyeberang untuk mengambilnya.
23Biar TUHAN membalas kewajaran dan kesetiaan setiap orang: sebab TUHAN telah menyerahkanmu ke dalam tanganku pada hari ini, tetapi aku tidak akan menghulurkan tanganku untuk menentang orang yang diurapi TUHAN.
24Dan lihatlah, seperti nyawamu sungguh dihargai pada hari ini di mataku, demikianlah hendaknya nyawaku dihargai di mata TUHAN, dan biar dia melepaskanku daripada segala seksaan.
25Kemudian Saul berkata kepada Daud, Diberkatilah kamu, hai anakku, Daud: kamu akan melakukan perbuatan yang besar, dan juga akan kekal berjaya. Jadi Daud meneruskan perjalanannya, dan Saul kembali ke tempatnya.