1Dan kata-kata Samuel sampai ke seluruh Israel. Dalam pada itu, Israel pergi menentang orang Filistin dalam pertempuran, dan berkhemah di tepi Eben-Haezer: dan orang Filistin berkhemah di Afek.
2Dan orang Filistin mengaturkan barisan mereka terhadap Israel: dan ketika bertemu dalam pertempuran, Israel terpukul kalah di hadapan orang Filistin: dan mereka menewaskan sekitar empat ribu orang di medan perang.
3Dan ketika rakyat kembali ke perkhemahan, para tua-tua orang Israel berkata, Mengapakah TUHAN memukul kita pada hari ini di hadapan orang Filistin? Biar kita mengambil tabut waad TUHAN dari Silo kepada kita, supaya, ketika ia datang di antara kita, ia dapat menyelamatkan kita daripada tangan musuh kita.
4Jadi, rakyat mengutus orang ke Silo, supaya mereka dapat membawa dari sana tabut waad TUHAN angkatan alam semesta, yang berdiam di tengah-tengah malaikat kerub: dan dua anak lelaki Eli, Hofni dan Pinehas, berada di sana dengan tabut waad Allah.
5Dan ketika tabut waad sampai ke perkhemahan, seluruh Israel bersorak-sorai dengan sorakan yang sungguh besar, sehingga bumi bergetar semula.
6Dan ketika orang Filistin terdengar bunyi sorakan itu, mereka berkata, Apakah maksud bunyi sorakan yang sungguh besar di perkhemahan orang Ibrani ini? Dan mereka mendapat faham bahawa tabut TUHAN sudah sampai perkhemahan itu.
7Dan orang Filistin takut, sebab mereka berkata, Allah sudah sampai ke perkhemahan. Dan mereka berkata, Celakalah kita! sebab tiada apa pun seperti itu sebelum ini.
8Celakalah kita! siapakah yang akan menyelamatkan kita daripada tangan Allah-Allah yang gagah perkasa ini? ini merupakan Allah-Allah yang telah memukul kalah orang Mesir dengan segala tulah di padang gurun.
9Bertabahlah, dan perlakukan dirimu seperti lelaki, hai orang Filistin sekalian, supaya kalian tidak menjadi hamba-hamba orang Ibrani, seperti yang mereka jadi kepadamu: perlakukan dirimu seperti lelaki, dan berjuang.
10Dan orang Filistin berjuang, dan Israel dipukul kalah, dan setiap orang lari ke khemah mereka masing-masing: dan ada pembunuhan yang sungguh besar; sebab Israel ditewaskan tiga puluh ribu orang pasukan berjalan kaki.
11Dan tabut Allah telah diambil; dan dua anak lelaki Eli, Hofni dan Pinehas, terbunuh.
12Dan ada seorang dari suku Benyamin yang berlari dari angkatan itu, dan sampai ke Silo pada hari yang sama dengan bajunya terkoyak, dan dengan tanah di kepalanya.
13Dan ketika dia sampai, lihatlah, Eli sedang duduk di tempat pinggir jalan berjaga-jaga: sebab hatinya gementar bagi tabut Allah. Dan ketika orang masuk ke dalam kota, dan menceritakan khabar itu, seluruh kota berteriak.
14Dan ketika Eli mendengar bunyi teriak itu, dia berkata, Apakah maksudnya bunyi riuh-rendah ini? Dan orang itu datang dengan lekas, lalu memberitahu Eli.
15Dalam pada itu, Eli berusia sembilan puluh lapan tahun; dan matanya sudah kabur, sehingga dia tidak dapat melihat.
16Dan lelaki itu berkata kepada Eli, akulah dia yang keluar dari angkatan, dan aku melarikan diri pada hari ini dari pasukan askar. Dan Eli berkata, Hai anakku, apakah yang telah berlaku di sana?
17Dan pembawa pesan itu berjawab dan berkata, Israel sudah melarikan diri di hadapan orang Filistin, dan juga ada suatu pembunuhan yang sungguh besar di kalangan rakyat, dan dua anak lelakimu juga, Hofni dan Pinehas, sudah mati, dan tabut Allah sudah dirampas.
18Dan terjadilah, ketika dia menyebut sahaja tabut Allah, bahawa Eli terjatuh dari kerusinya ke arah belakang di tepi pintu gerbang, dan lehernya patah, lalu dia mati: sebab dia juga orang tua, dan sungguh berat. Dan dia telah menghakimi Israel untuk empat puluh tahun.
19Dan anak menantu perempuannya, iaitu isteri Pinehas, ada kandungan yang hampir waktu bersalin: dan ketika dia menerima khabar bahawa tabut Allah sudah diambil, dan bahawa ayah mentuanya dan suaminya sudah mati, dia menyujud dan mula bersalin; sebab kedatangan sakit bersalin.
20Dan sekitar waktu dia hampir mati, para perempuan yang berdiri berdekatannya berkata kepadanya, Jangan takut; sebab kamu telah melahirkan seorang anak lelaki. Tetapi dia tidak menjawab, dan juga tidak mengendahkan itu.
21Dan dia menamakan anak itu Ikabod, dengan berkata, Kemuliaan sudah beredar dari Israel: kerana tabut Allah sudah diambil, dan kerana ayah mentuanya dan suaminya.
22Dan dia berkata, Kemuliaan Allah sudah beredar dari Israel: sebab tabut Allah sudah diambil.