1 Samuel 5

1 Samuel 5

1Dan orang Filistin mengambil tabut Allah, dan membawanya daripada Ebenhaezer ke Asdod.

2Ketika orang Filistin mengambil tabut Allah, mereka membawanya ke dalam rumah Dagon, dan meletakkannya di tepi Dagon.

3Dan apabila orang Asdod bangkit awal pada keesokan pagi, lihatlah, Dagon sudah tersungkur di hadapan tabut TUHAN. Dan mereka mengambil Dagon, dan menempatkannya di tempatnya semula.

4Dan apabila mereka bangun awal pada keesokan pagi, lihatlah, Dagon sudah tersungkur di hadapan tabut TUHAN; dan kepala Dagon dan kedua-dua belah tangannya terpenggal dan terpelanting di ambang pintu; hanya tunggul Dagon ditinggalkan baginya.

5Oleh sebab itu, baik para imam Dagon mahupun barang siapa yang masuk ke rumah Dagon, tidak memijak ambang pintu Dagon di Asdod sampai ke hari ini.

6Tetapi tangan TUHAN keras menekan orang Asdod, dan dia membinasakan mereka, dan menyambar mereka dengan buasir, bahkan Asdod dan pesisirannya.

7Dan ketika para lelaki Asdod nampak bahawa itu demikian, maka, mereka berkata, Tabut Allah Israel tidak akan berdiam bersama kita: sebab tangannya cukup teruk mengena kita, dan mengena Dagon, allah kita.

8Maka mereka mengutus orang dan mengumpulkan bersama semua raja orang Filistin kepada diri mereka, dan berkata, Apakah yang harus kita buat dengan tabut Allah Israel? Dan mereka menjawab, Biarlah tabut Allah Israel diangkat ke Gat. Dan mereka mengangkat tabut Allah Israel ke sana.

9Dan terjadilah demikian, bahawa, sesudah mereka mengangkatnya, tangan TUHAN menentang kota itu dengan pembinasaan yang sungguh besar: dan dia menyambar lelaki di kota itu, kedua-dua yang kecil dan yang besar, dan mereka mendapat buasir di bahagian rahsia mereka.

10Oleh sebab itu, mereka menghantar tabut Allah ke Ekron. Dan terjadilah, sementara tabut Allah masuk ke Ekron, bahawa orang Ekron berseru dengan berkata, Mereka telah membawa tabut Allah Israel kepada kita, untuk membunuh kita dan rakyat kita.

11Maka mereka mengutus orang dan mengumpulkan bersama semua raja orang Filistin, dan berkata, Hantar keluar tabut Allah Israel, dan biar ia dikembalikan semula ke tempatnya, supaya ia tidak membunuh kita, dan rakyat kita: sebab ada pembinasaan yang membunuh menerusi seluruh kota itu; tangan Allah sungguh keras menekan di sana.

12Dan orang yang tidak mati telah disambar dengan buasir: dan seruan kota itu naik sampai ke syurga.