1 Samuel 6

1 Samuel 6

1Dan tabut TUHAN berada di negara orang Filistin tujuh bulan lamanya.

2Dan orang Filistin memanggil para imam dan para petenung, dengan berkata, Apakah yang harus kami buat kepada tabut TUHAN? beritahulah kami dengan apa harus kami hantar ia ke tempatnya.

3Dan mereka berkata, Jika kalian menghantar keluar tabut Allah Israel, maka jangan hantarnya dengan tangan kosong; tetapi dengan cara apa pun pulangkanlah kepadanya persembahan pelanggaran: kemudian kalian akan disembuh, dan kalian akan tahu mengapakah tangannya tidak ditarik balik daripada kalian.

4Kemudian mereka berkata, Apakah yang harus menjadi persembahan pelanggaran yang akan dipulangkan kami kepadanya? Mereka menjawab, Lima buasir emas, dan lima tikus emas, menurut bilangan raja orang Filistin: sebab satu azab terkena kepada kamu semua, dan kepada para raja kalian.

5Lantaran itu, kalian akan membuat gambar-gambar buasir kalian, dan gambar-gambar tikus yang telah merosakkan tanah; dan kalian akan memberi kemuliaan kepada Allah Israel: supaya mungkin dia akan meringankan tekanan tangannya dari atas kalian, dan dari atas allah-allahmu, dan dari atas tanahmu.

6Maka mengapakah kalian mengeraskan hatimu, seperti orang Mesir dan Firaun mengeraskan hati mereka? sesudah dia telah menempa keajaiban di kalangan mereka, tidakkah mereka melepaskan umat itu, dan mereka berangkat pergi?

7Maka sekarang buat pedati baru, dan bawalah dua lembu yang menyusu, yang ke atasnya tidak pernah dikenakan kuk, dan ikatlah lembu-lembu itu kepada pedati itu, dan bawalah anak-anak lembunya ke rumah menjauhinya:

8Dan ambillah tabut TUHAN, dan letakkanlah ia di atas pedati itu; dan taruhlah barang-barang kemas emas, yang kalian pulangkan kepadanya sebagai persembahan pelanggaran, di dalam sebuah peti di tepinya; dan hantarlah ia jauh-jauh supaya ia dapat pergi.

9Dan lihatlah, jika ia naik ke atas mengikut jalan persisirannya ke Betsemes, maka dia yang telah melakukan kecelakaan yang besar terhadap kita: tetapi jika tidak, maka kita akan tahu bahawa ia bukan tangannya yang telah menyambar kita: ia kebetulan sahaja itu terjadi kepada kita.

10Dan para lelaki itu berbuat demikian; dan mengambil dua lembu yang menyusu, dan mengikatnya kepada pedati itu, lalu menahan anak-anak lembunya di dalam rumah:

11Dan mereka meletakkan tabut TUHAN di atas pedati itu, dan peti itu yang mengandungi tikus-tikus emas dan gambar-gambar buasir mereka.

12Dan lembu-lembu itu memakai jalan yang lurus ke jalan Betsemes, dan pergi menurut jalan raya, dan melenguh di sepanjang jalan, dan tidak berpaling ke kiri atau ke kanan; dan para raja orang Filistin mengikutnya dari belakang sampai ke sempadan Betsemes.

13Dan orang dari Betsemes sedang menuai tuaian gandum mereka di lembah itu: dan mereka melayangkan pandangan mereka, dan nampak tabut itu, dan bersukacita untuk melihatnya.

14Dan pedati itu memasuki ladang Yosua, orang Betsemes, lalu berhenti di sana, di mana batu besar berada: dan mereka membelah kayu pedati itu, lalu mempersembahkan lembu-lembu itu sebagai persembahan bakaran kepada TUHAN.

15Dan orang Lewi menurunkan tabut TUHAN itu, dan peti yang ada disampingnya, yang di dalamnya berisi barang-barang kemas emas itu, lalu menaruhnya di atas batu yang besar itu: dan orang-orang Betsemes mempersembahkan persembahan-persembahan bakaran dan mengorbankan korban-korban pada hari yang sama itu kepada TUHAN.

16Dan sesudah lima raja orang Filistin itu melihatnya, mereka kembali ke Ekron pada hari yang sama itu juga.

17Dan inilah buasir-buasir emas yang telah dipulangkan orang Filistin sebagai persembahan pelanggaran kepada TUHAN; satu untuk Asdod, satu untuk Gaza, satu untuk Askelon, satu untuk Gat, satu untuk Ekron;

18Dan tikus-tikus emas, menurut bilangan semua kota orang Filistin yang kepunyaan lima raja itu, kedua-dua kota-kota yang bertembok, dan kampung-kampung di desa, sampai kepada batu besar Habel, di mana mereka menurunkan tabut TUHAN: iaitu batu yang kekal sampai ke hari ini di ladang Yosua, orang Betsemes itu.

19Dan dia menyambar mati orang Betsemes, kerana mereka telah melihat ke dalam tabut TUHAN, bahkan dia menyambar mati lima puluh ribu dan tiga kali dua puluh dan sepuluh orang: dan rakyat itu meratap, kerana TUHAN telah menyambar mati banyak orang dengan pembunuhan besar.

20Dan orang Betsemes berkata, Siapakah yang boleh bertahan di hadapan TUHAN Allah yang kudus ini? dan kepada siapakah akan dia pergi berangkat meninggalkan kita?

21Dan mereka mengutus para utusan kepada para penghuni di Kiryatyearim, dengan berkata, Orang Filistin telah membawa semula tabut TUHAN; kalian turunlah ke mari, dan bawalah ia naik kepada kalian.