1Dan orang Kiryatyearim datang, dan mengangkut tabut TUHAN, dan membawanya ke dalam rumah Abinadab yang di bukit itu, dan menguduskan Eleazar anak lelakinya untuk menjaga tabut TUHAN.
2Dan terjadilah, sementara tabut itu tinggal di Kiryatyearim, bahawa jangka masa itu panjang; sebab ia selama dua puluh tahun: dan seluruh umat Israel meratap merindui TUHAN.
3Dan Samuel berbicara kepada seluruh umat Israel, dengan berkata, Jika kalian memang kembali kepada TUHAN dengan segenap hati kalian, maka buanglah allah-allah asing dan Asytoret dari kalangan kalian, dan siapkan hati kalian kepada TUHAN, dan layanilah dia sahaja: dan dia akan melepaskan kalian dari tangan orang Filistin.
4Kemudian bani Israel membuang Baal-baal dan Asytoret, dan hanya melayani TUHAN.
5Dan Samuel berkata, Kumpulkanlah seluruh Israel ke Mizpa, dan aku akan berdoa bagi kalian kepada TUHAN.
6Dan mereka berkumpul bersama di Mizpa, dan menimba air, lalu menuangkannya di hadapan TUHAN, dan berpuasa pada hari itu, dan berkata di sana, Kami telah berdosa terhadap TUHAN. Dan Samuel menghakimi bani Israel di Mizpa.
7Dan ketika orang Filistin mendengar bahawa bani Israel telah berkumpul bersama di Mizpa, para tuan orang Filistin naik menentang Israel. Dan ketika bani Israel mendengar itu, mereka ketakutan orang Filistin.
8Dan bani Israel berkata kepada Samuel, Jangan berhenti untuk berseru kepada TUHAN Allah kita bagi kami, supaya dia akan menyelamatkan kami dari tangan orang Filistin.
9Dan Samuel mengambil seekor domba yang menyusu, dan mempersembahkannya sebagai persembahan bakaran sepenuhnya kepada TUHAN: dan Samuel berseru kepada TUHAN bagi Israel; dan TUHAN mendengarnya.
10Dan sedang kala Samuel mempersembahkan persembahan bakaran, majulah orang Filistin untuk bertempur dengan Israel: tetapi TUHAN berguruh dengan guruh yang sungguh besar pada hari itu ke atas orang Filistin, lalu menyesakkan mereka; dan mereka terpukul kalah di hadapan Israel.
11Dan orang-orang Israel maju keluar ke Mizpa, dan mengejar orang Filistin, lalu memukul mereka kalah, sehingga mereka sampai hilir Betkar.
12Kemudian Samuel mengambil sebuah batu, dan menempatkannya di antara Mizpa dan Shen, dan memanggil namanya Ebenhaezer, dengan berkata, Sampai sinilah TUHAN telah menolong kita.
13Maka orang Filistin ditundukkan, dan mereka tidak lagi memasuki persisiran Israel: dan tangan TUHAN menentang orang Filistin sepanjang hayat Samuel.
14Dan kota-kota yang orang Filistin ambil daripada Israel dipulihkan semula kepada Israel, dari Ekron sampai ke Gat; dan persisirannya pula orang Israel merebut dari tangan orang Filistin. Dan ada damai di antara Israel dan orang Amori.
15Dan Samuel menghakimi Israel sepanjang hari-hari hayatnya.
16Dan dia pergi tahun demi tahun menurut litarnya ke Betel, dan Gilgal, dan Mizpa, dan menghakimi Israel di semua tempat itu.
17Dan kekembaliannya adalah ke Rama; sebab di sanalah rumahnya; dan di sana dia menghakimi ISrael; dan di sana dia mendirikansebuah mazbah kepada TUHAN.