1 Timothy 6

1 Timotius 6

1Biarlah seberapa banyak hamba yang di bawah kuk itu menganggap tuan mereka sendiri layak untuk segala kemuliaan, supaya nama Allah dan doktrinnya tidak dikufuri.

2Dan mereka yang ada tuan yang percayawan, biarlah mereka jangan menghina tuan mereka, sebab tuan mereka itu saudara; tetapi sebaliknya layanilah mereka, sebab mereka itu setia dan kekasih, peserta di dalam faedah itu. Hal-hal ini ajar dan gesakan.

3Jika sesiapa pun mengajar sebaliknya, dan tidak bersetuju dengan kata-kata yang sihat, iaitu kata-kata Tuhan Yesus Kristus, dan dengan doktrin itu yang menurut kesalihan;

4Dia angkuh, tidak tahu apa pun, tetapi suka mencari soal dan persengketaan kata-kata, yang di situlah datangnya iri hati, persengketaan, cacian, dan kecurigaan jahat,

5Pertikaian yang babil oleh manusia yang rosak minda, dan kekosongan kebenaran, sementara menganggap keuntungan sebagai kesalihan: jauhkanlah dirimu daripada orang sedemikian.

6Tetapi kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar.

7Sebab kita tidak membawa apa pun ke dalam dunia ini, dan memang tentu kita tidak dapat membawa apa pun keluar.

8Dan sementara ada makanan dan pakaian biarlah kita berpuas hati.

9Tetapi mereka yang ingin menjadi kaya jatuh ke dalam godaan dan jerat, dan ke dalam banyak nafsu yang bebal dan yang melukakan, yang melemaskan orang dalam kebinasaan dan kerosakan jahanam.

10Sebab cinta akan wang ialah akar segala kejahatan: yang sementara sesetengah orang mendambakannya, mereka telah menyimpang daripada iman, dan menikam diri mereka sendiri dengan banyak dukacita.

11Tetapi kamu, hai manusia Allah, lari diri daripada hal-hal itu; dan ikutlah kewajaran, kesalihan, iman, kasih, kesabaran, dan sikap suka menurut.

12Berjuang dalam perjuangan baik iman, capai untuk hidup yang kekal, yang kepadanya kamu juga telah dipanggil, dan telah mengakui pengakuan yang baik di hadapan banyak saksi.

13Aku mempertanggungjawabkan kamu di hadapan mata Allah, yang menghidupkan segalanya, dan di hadapan Kristus Yesus, yang di hadapan Pontius Pilatus telah memberi kesaksian akan pengakuan yang baik;

14Supaya kamu memegang perintah ini tanpa noda, dan dengan tidak perlu ditegur, sehingga kemunculan Tuhan Yesus Kristus kita:

15Yang pada waktunya akan dia menunjukkan siapakah Yang Berbahagia dan Yang Satu-satunya Diraja, Raja segala raja, dan Tuan segala tuan;

16Yang satu-satunya pemilik keabadian, sedang kala berdiam dalam cahaya yang tidak seorang pun dapat mendekati; yang tidak seorang pun pernah melihat, dan juga tidak dapat melihat: baginya kehormatan dan kuasa abadi. Amin.

17Pertanggungjawabkan mereka yang kaya dalam dunia ini, supaya mereka tidak tinggi hati, atau percaya kepada kekayaan yang tidak tentu, tetapi kepada Allah yang hidup, yang dengan kaya memberi kepada kita segalanya untuk dinikmati;

18Supaya mereka berbuat baik, supaya mereka kaya dalam perbuatan baik, bersedia untuk mengagih-agih, rela untuk berhubung;

19Mengumpulkan bagi diri mereka sendiri suatu dasar yang baik bagi masa yang akan datang, supaya mereka dapat berpegang kepada hidup yang kekal.

20Wahai Timotius, peliharalah apa yang telah diamanahkan kepadamu, sementara mengelak bebelan yang cabul dan yang sia-sia, dan tentangan yang kononnya dipanggil sains:

21Yang sesetengah orang telah tersilap berkenaan iman. Rahmat menyertaimu. Amin.