2 Timothy 1

2 Timotius 1

1Paul, an apostle of Jesus Christ by the will of God, according to the promise of life which is in Christ Jesus,

2To Timothy, my dearly beloved son: Grace, mercy, and peace, from God the Father and Christ Jesus our Lord.

3Aku bersyukur kepada Allah, yang kulayani daripada bapa-bapa leluhurku dengan hati nurani yang suci, bahawa tanpa berputus-putus aku telah mengingatimu dalam doa-doaku malam dan siang;

4Greatly desiring to see thee, being mindful of thy tears, that I may be filled with joy;Greatly�: or, remembering thy tears, I greatly desire to see thee that

5Ketika aku mengenang iman tidak pura-pura yang ada di dalammu, yang telah berdiam dahulu dalam nenekmu Lois, dan ibumu Eunike; dan aku yakin ada dalam kamu juga.

6Lantaran itu aku memperingatkanmu supaya kamu mengobar-ngobarkan kurniaan Allah, yang ada di dalammu oleh penumpangan tanganku.

7Sebab Allah tidak memberi kita roh yang ketakutan; tetapi yang berkuasa, dan yang mengasihi, dan yang berminda sihat.

8Maka janganlah kamu malu akan kesaksian Tuhan kita, ataupun aku sebagai orangnya yang terpenjara: tetapi jadilah peserta sengsara injil menurut kuasa Allah;

9Yang telah menyelamatkan kita, dan memanggil kita dengan panggilan kudus, bukan menurut perbuatan kita, tetapi menurut tujuan dan rahmatNya sendiri, yang telah dianugerahkan kepada kita di dalam Kristus Yesus sebelum permulaan dunia,

10Tetapi sekarang dijadikan nyata oleh kemunculan Juruselamat kita Yesus Kristus, yang telah memansuhkan maut, dan telah membawa kehidupan dan keabadian kepada terang melalui injil:

11Yang baginya aku telah dilantik sebagai pengkhutbah, dan rasul, dan guru bagi orang bukan Yahudi.

12Bagi perjuangan itu aku juga menderita hal-hal ini: walau bagaimanapun aku tidak malu: sebab aku tahu siapa dia yang telah kupercaya, dan aku yakin bahawa dia mampu untuk memelihara apa yang telah kuserahkan kepadanya terhadap hari itu.

13Pegang teguh kepada bentuk kata-kata yang sihat, yang telah kamu dengar daripadaku, dalam iman dan kasih yang ada di dalam Kristus Yesus.

14Apa yang baik itu yang telah diserahkan kepadamu, pelihara melalui Roh Kudus yang berdiam di dalam kita.

15Ini kamu tahu, bahawa mereka semua yang ada di Asia sudah berpaling daripadaku; yang antaranya ialah Figelus dan Hermogenes.

16Kiranya Tuhan berbelas kasihan kepada rumah Onesiforus; sebab dia kerap kali menyegarkanku, dan tidak malu akan belengguku:

17Tetapi, ketika dia berada di Rom, dia mencariku dengan sungguh tekun, dan telah menemuiku.

18Kiranya Tuhan memberinya perkenan supaya dia dapat menemui belas kasihan Tuhan pada hari itu: dan bagi berapa banyak perkara yang dia melayani kepadaku di Efesus, kamu tahu sungguh baik.