1Simon Petrus, seorang hamba dan seorang rasul Yesus Kristus, kepada mereka yang telah menerima iman berharga yang serupa dengan kami melalui kewajaran Allah dan Juruselamat kita Yesus Kristus:
2Rahmat dan damai sejahtera digandakan kepadamu melalui pengetahuan Allah, dan Yesus Tuhan kita,
3Menurut sepertimana kuasa ilahinya telah mengurniai kepada kita segala yang berkenaan dengan kehidupan dan kesalihan, melalui pengetahuan akan dia yang telah memanggil kita kepada kemuliaan dan akhlak mulia:
4Yang dengannya telah dianugerahi kepada kita janji-janji yang teramat besar dan yang berharga: supaya melaluinya kalian dapat menjadi peserta di dalam sifat ilahi, sementara sudah terlepas daripada kerosakan yang ada di dalam dunia oleh hawa nafsu.
5Dan selain itu, dengan memberi segala ketekunan, tambahkanlah kepada imanmu akhlak mulia; dan kepada akhlak mulia pengetahuan;
6Dan kepada pengetahuan penguasaan diri; dan kepada penguasaan diri kesabaran; dan kepada kesabaran kesalihan;
7Dan kepada kesalihan kebaikan persaudaraan; dan kepada kebaikan persaudaraan belas ihsan.
8Sebab jikalau ini semua ada di dalam kalian, dan dengan berkelimpahan, ia akan menjadikan kalian tidak ketandusan dan juga tidak kekosongan buah di dalam pengetahuan Tuhan kita Yesus Kristus.
9Tetapi dia yang kekurangan semua ini buta, dan tidak dapat nampak jauh, dan telah lupa bahawa dia telah disucikan daripada dosa-dosa lamanya.
10Oleh sebab itu, sebaliknya, saudara sekalian, bertekun untuk menjadikan panggilan dan pemilihan kalian itu pasti: sebab jika kalian melakukan semua ini, kalian sesekalipun tidak akan jatuh:
11Sebab sedemikian suatu kemasukan akan dilayani kepada kalian dengan berkelimpahan ke dalam kerajaan abadi Tuhan dan Juruselamat kita Yesus Kristus.
12Oleh sebab itu, aku tidak akan cuai untuk menjadikan kalian selalu ingat akan semua ini, walaupun kalian sudah mengetahuinya, dan dimantapkan di dalam kebenaran semasa ini.
13Ya, aku fikir ini sesuai, selama aku masih ada di dalam khemah ini, untuk membangkitkan semangat kalian dengan menjadikan kalian ingat;
14Sedangkan aku tahu bahawa tidak lama lagi aku harus menanggalkan khemah aku ini, sepertimana Tuhan Yesus Kristus kita telah menunjukkan aku.
15Lebih-lebih lagi, aku akan berusaha supaya kalian berkemampuan selepas aku meninggal untuk selalu ada hal-hal ini di dalam ingatanmu.
16Sebab kami tidak mengikuti dongeng yang direkakan dengan licik, ketika kami menyatakan kepada kalian kuasa itu dan kedatangan Tuhan Yesus Kristus kita, tetapi telah menjadi saksi keagungannya dengan mata kami sendiri.
17Sebab dia telah menerima daripada Allah Bapa penghormatan dan kemuliaan, apabila datangnya suara sebegitu kepadanya dari kemuliaan sempurna itu, Inilah Anak yang kukasihi, dialah yang aku sungguh berkenan.
18Dan suara ini yang telah datang dari syurga kami telah dengar, sewaktu kami berada bersamanya di atas gunung yang kudus.
19Kita juga mempunyai firman nubuatan yang lebih pasti; yang kalian berbuat elok jika kalian mengendahkannya, seperti cahaya yang bersinar di dalam tempat gelap, sehingga fajar pagi menyinsing, dan bintang siang bangkit di dalam hatimu:
20Sedang kala mengenal ini terdahulu, bahawa tiada nubuatan daripada kitab yang berdasarkan apa pun tafsiran persendirian.
21Sebab nubuat itu dari dahulukala tidak datang melalui kehendak manusia: tetapi orang-orang kudus Allah berbicara sepertimana mereka digerakkan oleh Roh Kudus.