2 Peter 3

2 Petrus 3

1Surat kedua ini, hai yang terkasih, yang aku sekarang tulis kepada kalian; di dalam kedua-duanya aku merangsangkan minda sucimu dengan memakai cara peringatan:

2Supaya kalian dapat berjaga-jaga mengingati kata-kata yang telah diucapkan dahulu oleh para nabi kudus, dan oleh perintah daripada kami, para rasul Tuhan dan Juruselamat:

3Dengan pertama-tama mengenal ini, bahawa akan datang pada hari-hari terakhir para pencemuh, yang berjalan menurut nafsu mereka sendiri.

4Dan berkata, Di manakah janji kedatangannya? sebab sejak bapa leluhur kita tidur, segalanya berterusan seperti biasa dari permulaan ciptaan.

5Sebab inilah yang mereka sengaja buat jahil, bahawa oleh firman Allah langit dari dahulukala, dan bumi yang ada di luar air dan yang ada di dalam air:

6Yang dengan itu dunia yang dahulu wujud, tatkala dibanjiri dengan air, telah binasa:

7Tetapi syurga dan bumi, yang ada sekarang, sedang oleh firman yang sama dipelihara sebagai simpanan, ia disimpan bagi api pada hari penghakiman dan kebinasaan orang yang tidak salih.

8Tetapi, saudara sekalian yang dikasihi, janganlah jahil akan satu hal ini, bahawa sehari dengan Tuhan adalah seperti seribu tahun, dan seribu tahun adalah seperti sehari.

9Tuhan tidak lalai berkenaan janjinya, seperti sesetengah orang kira kelalaian; tetapi adalah panjang sabar derita terhadap kita, dengan tidak ingin barang siapa pun dibinasakan, tetapi supaya semua harus beroleh pertaubatan.

10Tetapi hari Tuhan akan datang seperti pencuri pada waktu malam; yang pada waktu itu syurga akan lenyap dengan suatu bunyi yang kuat, dan unsur-unsur akan melebur dengan kepanasan yang membara, bumi juga dengan karya-karya yang ada di dalamnya akan dihanguskan.

11Maka memandangkan bahawa segalanya ini akan dileburkan, betapa sikap kalian patut berada dalam segala perangai kudus dan kesalihan,

12Sementara menantikan dan melekaskan diri kepada kedatangan hari Allah, yang pada waktu itu syurga yang membakar akan dileburkan, dan unsur-unsur dunia akan melebur dengan kehangatan yang membara?

13Walau bagaimanapun, kita, menurut janjinya, menantikan syurga baru dan bumi baru, yang di dalamnya didiami kewajaran.

14Oleh sebab itu, saudara-saudara kekasih, memandangkan kalian menantikan apa yang sedemikian, jadilah tekun supaya kamu didapati oleh dia di dalam damai sejahtera, tanpa bernoda, dan tanpa bercela.

15Dan anggaplah sabar derita Tuhan kita sebagai keselamatan; sepertimana saudara terkasih kita Paulus, menurut hikmah yang dianugerahkan kepadanya, juga telah menulis kepada kalian;

16Seperti juga di dalam semua suratnya, yang di dalamnya berbicara tentang hal-hal ini; yang sesetengah daripadanya sukar untuk difahami, dan mereka yang tidak terpelajar dan tidak stabil memutarbelitkannya, sepertimana mereka juga buat terhadap nas-nas kitab yang lain, dan mengakibatkan pembinasaan diri mereka sendiri.

17Maka kalian yang dikasihi, memandangkan kalian sudah tahu hal-hal ini dari dahulu, berwaspada supaya jangan kalian juga, sementara dipesongkan oleh kesesatan orang durjana, jatuh daripada keteguhan kalian sendiri.

18Tetapi bertumbuhlah dalam rahmat, dan dalam pengetahuan Tuhan dan Juruselamat Yesus Kristus. BagiNya kemuliaan sekarang dan selamanya. Amin.